Wednesday, June 9, 2010

Yogyakarta day 3

OK start day 3 pulak. Boring? Belum habis lagi ni. Korang tunggulah sampai day 6. Hahaha!

Hari ke-3, kitaorang pergi ke South Ring Road. Pergh nama nak englishkan? Dekat sini memang rambang mata tengok perabot. Sesiapa yang ada rumah dan suka ala-ala bali, anda wajib pergi ke tempat ni.

Semua ukiran kayu ada kat sini. Pintu berukir, almari, kerusi, arca semua ada. Akak aku paling gila meroyan kat sini. Semua dia nak hangkut bawak balik. Fewwh~

Kalau aku ada rumah sure aku habiskan duit kat Ring Road ni. Memang murah gila-gila. Yang hanya aku beli, benda-benda kecil je lah. Nak buek cam no. Orang tak ada rumah lagi.

First kedai yang di terjah. Ukiran kat pintu tu baru dalam 100++ duit kita.


Kerusi ni pulak dalam 300++ duit kita. Tak ke murah? Kalau sini, boleh sampai puluhan ribu. Cuba korang terjah kedai Barang Barang. Tengok harga kerusi macam ni.

Ntah apa aku berangan. Sampai macam tu muka aku. Cait!

Katil ni aku dah lupa harga dia. Tapi bawah 2k la.

Sempat. Wak tu layankan je lah aku. Hahaha. Aku nak bawa beca dia bagi. Jangan dia berkenan sudah *__*.



Sekolah. Aku ingatkan rumah. Tengok-tengok ada student main bola sepak. Kecik je sekolah tapi decor dasyat.


Pintu ni berharga 10 juta. Means RM3500 eik?



Ha ni BIL aku dah berkenan. Tapi malangnya habis. Takkan nak pecah rumah orang pulak semata-mata nakkan pintu tu kan?



Aku yang tak ada kerja. Tolong jangan gelak :D. Diaorang sibuk duk bincang harga. Aku tengok apa yang patut. Tup tup benda ni jadi mangsa. Hahaha!


Ukiran yang tergantung tu lebih kurang rm150 harganya. Kakak aku rembat satu.


Wak ni banyak bawa kitaorang ke sana kemari. Satu hari beca dia charge 20rph. RM 7.00. Murahkan????


Nina melayan perasan. Layan lagu Shahir. Dia lapar. Maka muka memang masam macam tu :D.



Lepas merembat beberapa ukiran, aku ke tempat silver pulak!!! Tempat proses silver dan white gold!!


Best gila tempat ni. Murah bangat!!!

Ni tempat proses. Tempat leburkan silver dan white gold.

"Mas saya mahu ambil gambar ya". Ya ya sila.

Aku berjaya merembat dua bentuk cincin white gold. Dan satu kerongsang. Ikutkah hati nak beli semua. Memang murah!! Nanti bila dah sampai waktu aku tunjukkan kat korang cincin tu :P.


Lepas jalan ke Ring Road. Aku dan akak aku pergi habiskan terjah butik-butik kat Malioboro. BIL datang malam, sebab dia dah letih. Aku berjaya merembat baju bertunang jubah manik-manik. Cun woo!! Kat sini mahunya, dalam 1k-500ratus. Sana baru 100++. Fewwh~

Ha ini pokok misteri. Satu jantan satu betina. Pokok ni ada mistik tersendiri. Nak tahu kitaorang cuba ke tak, tunggu second last episod, ok?


Mengikut kepercayaan orang jawa kat situ. Kalau, kita jalan dan dapat menebusi jalan tengah di antara dua pokok ni, maka cita-cita kita tercapai. Ramai yang dah cuba tapi melencong ke kiri atau ke kanan. Ajaib kan? Rules dia kena jalan tutup mata.


Melencong ke Taman Sari pulak. Di sini ada butik pengantin. Wak tu bawa khas untuk aku. Banyak baju pengantin jawa la.... Takkan aku nak pakai ke'jawa'an?? Hihihihi.

Ni belanga akak aku dah terminat. Harga lebih kurang rm350++. Aku hasut je lebih. Dengan alasan boleh pinjam untuk mandi bunga waktu kawin nanti :D.


Tiap-tiap malam kitaorang akan ke Jalan Malioboro. Memang tak jemu. Banyak kedai. Boleh borong macam-macam. Tapi, tak macam di Bandung la. Bandung banyak barang branded. Sini, semuanya keluaran asli. Batik asli. Batik tak luntur punya kalau basuh.


Walaupun nampak simple, tapi sedap okkk!! Sambal tu power. Tebal bibir lepas makan.


Ha ni band indon. Hahaha. Mula sorang je datang nyanyi. Tiba-tiba lepas sorang-sorang join. Best gila!! Makan sambil ada orang nyanyi. Cakap je nak nyanyi lagu apa. Wali band? Semua diaorang hafal.




.:. By .:.

8 comments:

mrs shaifull said...

bestnya menyopping, hangkut bawak balik semua tu ke dik? :)

Bai said...

mrs shaifull : tak adelah angkut semua kak. angkut yang berkenan di hati. hihihi

kal jis (im not carl zeiss) said...

suka suka suka dengan entry ni :)

Bai said...

kal jis : ooo suke ye :P

fabulous.farah said...

ulam ngan sambal. suka~

Bai said...

f.f : sedapppp.teringat!

.::WaNiE::. said...

apsal ko raba patung tu ahahaha

ok ape2hal aku nak gtau

aku xsabar nak tgk white gold tu

Bai said...

WaNiE : gersang!! wakakaka..

white gold? tettttttt!!!:P