Monday, July 19, 2010

Ayam penyet bukan Wong Solo.

Aku try ayam penyet lain lak. Sedap tak sedap tu lain cerita. Aku suka test-test makanan. Kedai ini kedai itu. Kalau tak sedap, tak payah pergi dah. Bosan je kalau makan kat kedai yang sama.



Dulu, aku pernah try ayam penyet, epal sapi, pecalele kat Wong Solo. Memang semuanya sedap, tak nafikan. Cuma mahal sedikit. Tapi berbaloilah. Kalau-kalau rasa tak ada duit amik set sekali dengan air mineral, sudeh~.



Minggu lepas, aku kebulur tahap nak makan orang. OK tipu. Sampai ketar lutut. Nak tapau bawa balik takut budak rumah jeling-jeling, telan air liur. Ye la ruang tamu pun sekakang kera.



Aku pergi makan sorang-sorang. Sedih je kan? Macam orang hilang laki. EH.



Aku ke kedai berdekatan dengan rumah aku. Kedai warga Indonesia tapi kedai ni bersihlah. Agak-agak tekak aku boleh tibai, tibai je lah.


Oren jus yang amat memuaskan nafsu sejagat. Sedapppp. Gelas besau pulak tu. Dah order, aku nampak pulak menu Alpokat! Hampeh!


Dan ayam penyet. Sambal dia sedap!!! Sedap dari Wong Solo. Bezanya tak ada terung sambal, tempe dengan taufu. Lain ok.


Harga? RM 7.00 sekali dengan air.



Aku dah tahu macam mana nak buat ayam penyet, sambal. Oh nanti ke Chow Kit cari ulam. Baru syiok buat ayam penyet.


.:. By .:.

9 comments:

fabulous.farah said...

buat2..pastu tempek resepi okeh~~

SheLLy said...

nape x ajak aku????..hahahah!!

Bai said...

f.f : okeh beres! next month. hahaha

Bai said...

SheLLy : lain kali kita p makan sama k!!! victoria station kak elis!!

Lynda said...

ko masak aku makan ek

Lynda said...

ko masak aku makan ek

Madi @ Aed said...

alamak..terliurrr..:P''''

Bai said...

Lynda : boleh~ :)

Bai said...

Madi @ Aed : hehehe.