Monday, July 19, 2010

Sabtu dan Ahad.

Sabtu.

Training sampai nak dekat pukul 12 tengahari. Maka gelaplah muka. Kaki tak elok lagi. Tak boleh lompat. Serius aku rasa macam nak pergi berurut! Takot Jumaat tak dapat naik main. Dan serius aku akan lagi frust kalau aku tak boleh main.

Apa kes tunjuk kaki kat belog? Bukti kaki membengkak dan aku rendam kaki dengan ais. Rasa dia? Macam nak kerammmm!! Kebas sampai ke kepala.

*pergi urut + mengedet. soka!*


Balik rumah kakak, ajak pergi Stadium. Ada konsert katanya, konsert kehidupan orang Jepun. Semangat ni nak pergi. Aku suka pertunjukkan sejarah-sejarah 'live' ni. Tapi, kalau baca buku Sejarah aku bosan.

Sampai je hampeh. Kena lepak kat padang. Duduk kat VIP kena halau. Walaupun dah explain kenapa. Dia support orang dia je. Orang kita dia tak support, tapi orang kita yang terlebih support diaorang, siap pakai baju Kimono. Tu lah Melayu. Semangat lebih.


Maka lepak tepi-tepi bangunan sampai orang main drum habis. Ingatkan dia duduk cerita pasal kehidupan Jepun. Tapi, lebih pada macam poco-poco. Makanan pun was-was nak makan. Kempunan makan sushi!


Lepas tu pergi layan Rhythm konsert. Ella, M Nasir, Black, Rashmonu (ke Roshmonu?) dengan Zainal Abidin je aku kenal. Lain ntah siapa-siapa. Aku usha awek sebelah je. Lawa, dah tu joget plak. Lagu Tamil pun dia joget. Layan :D.






Ahad.


"Yang jom g pantai ke..asyik shopping je....bosanlah.."*ayat pertama muncul dari akak aku. Takpernah dia cakap bosan g shopping.

"Boleh layan Pantai Remis.. dekat sini. Makan bakar-bakar. Nak setlekan rumah uya dulu..."













Nah amik! Tak jadi pergi Pantai Remis. Dah ke Kuala Lumpur, tak ada maknanya ke Pantai-pantai ke sungai-sungai.

Ke ZARA kita. Ada clearance stok hokeh!

Nasib baik gaji tak masuk lagi. Kalau tak aku yang kena jadi bank bergerak
('_' ")





p/s: minggu ni bz sikit. Aku nak cabut hari Khamis, pastilah kerja pun kene tiptop masa 3 days ni :D.



.:. By .:.

2 comments:

fabulous.farah said...

huhuhu..tu nama dia pantai zara

Bai said...

f.f : haruuuuuuuu :D. Walaupun ada yang berkenan di hati.