Friday, July 9, 2010

Kelemahan zahir dan batin..

Aku memang lemah. Sangat lemah. Lemah dari segala.Semua benda nak lemah. Haish banyak kali aku cakap lemah.


Memang, memang lemah. Rasa macam tension kadang-kadang. Kadang-kadang je hokeh! Aku tak suka simpan rasa lemah tu lama-lama. Tak elok untuk batin. Eh apa kena mengena.


Actually, aku nak cerita kelemahan aku dalam netball. Aku nak listkan, then aku nak improve 1 by 1.


  • Stepping - aku dah tak ada masalah stepping. Dari dulu lagi, so far ok. Jarang referee tiup wisel, denda aku.


  • Body contact - Ha jangan tak tahu, korang tengok je aku lemah gemalai. Selalu juga aku terima kesalahan body contact sebab aku suka lompat pastu naik atas orang tu :D. Nasib baiklah aku jenis badan ringan. Eh ringan ke? Kalau tak mati budak tu kena lenyek. So aku cuba buangkan tabiat lompat atas orang :D. Nanti kahwin boleh. Eh.


  • Melompat untuk ambil bola - ni memang ketara kelemahan aku. Aku malas nak lompat. Dulu rajinlah sebab tetek pun tak tumbuh lagi muda. Sekarang dah tua, malas plak. So, kena buang tabiat malas ni. Perlu lompat katak dari sekarang hokeh!


  • Split - Oh ini bukan banana split. Ini split masa ambil bola. Kangkang luas supaya kedudukan dekat dengan goal. Dulu aku boleh buat, tetapi lepas peristiwa tisu aku koyak..terus aku macam fobia. Lagipun, dengan siapa aku nak berlatih kangkang. Hoh! Lu fikir lucah! So, aku perlu buat split macam dulu. Tolonglah kembalikan split aku dulu! Oh pls!


  • Shoot menggunakan dua tangan - Dari dulu, aku shoot pakai 1 tangan. Sekarang tak lagik!!! Yahoo!! Coach kata mana ada orang shoot satu tangan dah. Sekarang orang main macam basketball. OK aku sahut seruan!


  • Jangan takut dengan musuh - Aku bukan takut. Aku geli main-main laga tetek. Nak-nak tetek orang tu besar. Lagilahhhhhhhh mati! Pastu aku pakai span je lebih. Eh. Ok sekarang perlu berlatih laga tetek! :D


  • Pantas - Ye aku kena berlari pantas.Aku rasa macam dah pantas. Huhuhu.


*pict google-ed

Sumber inspirasi.



OK hari ni wa sahut cabaran lu coach!! Walaupun aku tahu tulang aku dah macam alibaba bujang lapuk dah *lakonan aziz satar*.



p/s : semalamku berlatih lari guna jari kaki je. gila kejang!



.:. By .:.

4 comments:

.::WaNiE::. said...

gila tegar ko bermain netball

Lady of Leisure said...

hehe i lagi la kaki bangku.. tangan pun bangku langsung tak reti main netball..
:D

suhaisweet said...

Visiting here friend, cool blog n n3..nice..Very special brought for u.. Check it out!

Bai said...

WaNiE : sangat sebab aku minat :D