Thursday, August 12, 2010

Berbuka di Hotel Nikko, semalam.

Kan mula-mula nak masak kan? Tak jadi kengkawan. Terbengkalai semua. Beriya aku mengidam dari lunch hour. Hahaha!


Dalam perjalanan pulang ke rumah, abang ipar aku ajak berbuka sekali dengan ipar duai aku. Bila dah on semua, maka cancellah untuk ke kedai beli bahan mentah.


Rumah dekat je dengan Hotel Nikko. So, aku sempatlah tidur dulu. Hehehe. Letih bekerja. Cait! Pukul 7.20 baru sampai di Hotel. Baru bestkan? Ni datang awal, menunggu. Huh, godaan amat kuat kalau menunggu. Nak nak tengok bangsa lain dah ambil makanan dan makan. Tak tertelan airliur ko? :P


Sekepala RM 90+. Boleh tahan mahal. Memula aku makan lauk-pauk dan 2 sudu nasi je. Macam rugi plak ambil nasi lebih. Kalau kenyang, tak boleh makan benda lain.


Bermacam jenis lauk kat Hotel Nikko ni. Banyak masakan ala kampung. Lauk adalah seperti :
- sambal ikan bilis petai.
- masak lemak perut.
- gulai kambing.
- udang goreng kari.
- asam pedas.
- burung puyuh berempah.
- ulam-ulaman, petai pun ado.
- telur masin.
- kambing panggang.

Dan macam-macam lagi. Aku dah lupa. Aku ingat yang aku makan je (banyakkan?). Ops kantoi makan petai kat hotel! :D.


Yang lain-lain seperti mee kari, mee bandung, mee sup, nasi ayam, popia basah, roti tempayan, satay, ketupat, rendang...yang ni semua aku tak ambil. Aku lagi selera bila nampak benda alah ni.....

*



*



*

Korang suka tak makan ni? Sedapppppp! Ni semua mentah-mentah. Macam binatang aku makan semalam. Hahaha! Ipar aku cakap, ko ni masuk hutan aku rasa ko boleh hidup. Hampeh.



Dan desert, ini penge'last' desert aku. Aiskrim bersama puding roti! Puding roti tu lembut gila. Rasa susu lebih! Yum yum!




p/s : Aku dah ubah title web aku. Tunggu masa nak tukar header dengan background. Macam dah bosan.



.:. By .:.

6 comments:

~zack~ said...

aiskrim bersama puding roti sgt menggiurkan...

Mag said...

haaa..petai gak ko cari.mengidam ke ape ni?=p

Byzura Mj (By) said...

zack_blossom : huhuhu sekarang tengok pun giur :P

Byzura Mj (By) said...

f.f : :D. Bukan. ulam tu sedap. kena lak lauk kampung.

Lynn Abd Latib said...

yea ler bab aiskrim tuh jerk dah 3 kali teguk air liur sendiri..aiyokhh..cant stand!

Byzura Mj (By) said...

littlehumblelynn : 3 kali teguk? dah dah. sila close! hahaha :P