Showing posts with label bulan Ramadhan. Show all posts
Showing posts with label bulan Ramadhan. Show all posts

Wednesday, August 25, 2010

Dengdang perantau....

Bila nak dekat nak raya ni, lagi kemuncak perasaan nak balik kampung. Nak-nak puasa kali ni, aku belum balik berpuasa di kampung. Tak sabar rasanya. Tapi, kakak ajak teman dia ke Sarawak plak. Kalau jadi, nak tak nak aku kena ikut. Kang tak pasal kena kentut free. Hahaha.


Semalam after kerja aku kedebung tidur.. pukul 6.30 petang baru bangun. 6.45 petang baru start masak. Lagi syok masak last-last minit ni. Tak payah nak menunggu lama sambil bau lauk-lauk. Kang tak pasal kriok kriok perut.


Dan ini lah hasilnya. Masak bodoh-bodoh je. Asal kenyang.


Ni persiapan nak berbuka. Perasan adalah nak terkam air soya jagung dan terus makan. Hish anak dara nih! Tapi, hati....ermmm ingat kat makkk... makkk makkkkkk... nak kerabu pucuk paku bersama kerang!


Misi :) .


.:. By .:.

Tuesday, August 17, 2010

Day 7 orang berpuasa, aku tak puasa.

Patutlah masa kat Muar, Johor aku pening kepala macam nak pecah. Rupanya nak period. Hoh! Harini, aku period (period pun nak bagitahukan?). Sedih je. Penat nak ganti nanti! Nak-nak mahu 7-9 hari aku kena ganti.



Bukan nak hebah-hebahkan. Sebenarnya tiap kali period mesti aku teringat sesuatu. Masa 1st day aku kena period :D. Aku tanya mak aku, apa benda ni (sambil tunjuk spender rambu ramba..). Malu masa tu, tapi selamba dek aku tunjuk. Sebab, aku takut. Mana tau darah tercucuk jarum ke? Hadoi! *ngilu plak*.



Pastu mak cakap, Uya dah besar lah tu. Dah period. Masa ni muka tercengang-cengang, tanya habis tu macam mana? Mak bagi la tuala wanita tu. Aku tertanya lagi, macam mana nak pakai. Aku masuk bilik, pakai sendiri.



Mak tanya, macam mana uya pakai? Aku cakap kan ada gam kan? Uya tepekkan kat 'bunga' gam tu. Nanti jatuh macam mana?



Mak aku tepuk dahi. Dia ajar cara yang betul..



Kadang-kadang fikir, ape ke bodoh gila aku ni tampal tuala wanita kat 'bunga' hahahaha! Nasib baik tak luka tak apa.



Korang ade tragedi tak?


Sekarang, tengah period pain. Rasa nak hantok-hantok kepala sakit. Nak buat air teh jasmin seganla plak. Mahu pitam ni aku jap lagi. Kaki dah sejuk dah.


Eh eh penutup cerita pasal period....










Macam dah lama tak tepek muka aku kat belog. Nilah muka orang yang gigih masa berpuasa :D.






.:. By .:.

Thursday, August 12, 2010

Berbuka di Hotel Nikko, semalam.

Kan mula-mula nak masak kan? Tak jadi kengkawan. Terbengkalai semua. Beriya aku mengidam dari lunch hour. Hahaha!


Dalam perjalanan pulang ke rumah, abang ipar aku ajak berbuka sekali dengan ipar duai aku. Bila dah on semua, maka cancellah untuk ke kedai beli bahan mentah.


Rumah dekat je dengan Hotel Nikko. So, aku sempatlah tidur dulu. Hehehe. Letih bekerja. Cait! Pukul 7.20 baru sampai di Hotel. Baru bestkan? Ni datang awal, menunggu. Huh, godaan amat kuat kalau menunggu. Nak nak tengok bangsa lain dah ambil makanan dan makan. Tak tertelan airliur ko? :P


Sekepala RM 90+. Boleh tahan mahal. Memula aku makan lauk-pauk dan 2 sudu nasi je. Macam rugi plak ambil nasi lebih. Kalau kenyang, tak boleh makan benda lain.


Bermacam jenis lauk kat Hotel Nikko ni. Banyak masakan ala kampung. Lauk adalah seperti :
- sambal ikan bilis petai.
- masak lemak perut.
- gulai kambing.
- udang goreng kari.
- asam pedas.
- burung puyuh berempah.
- ulam-ulaman, petai pun ado.
- telur masin.
- kambing panggang.

Dan macam-macam lagi. Aku dah lupa. Aku ingat yang aku makan je (banyakkan?). Ops kantoi makan petai kat hotel! :D.


Yang lain-lain seperti mee kari, mee bandung, mee sup, nasi ayam, popia basah, roti tempayan, satay, ketupat, rendang...yang ni semua aku tak ambil. Aku lagi selera bila nampak benda alah ni.....

*



*



*

Korang suka tak makan ni? Sedapppppp! Ni semua mentah-mentah. Macam binatang aku makan semalam. Hahaha! Ipar aku cakap, ko ni masuk hutan aku rasa ko boleh hidup. Hampeh.



Dan desert, ini penge'last' desert aku. Aiskrim bersama puding roti! Puding roti tu lembut gila. Rasa susu lebih! Yum yum!




p/s : Aku dah ubah title web aku. Tunggu masa nak tukar header dengan background. Macam dah bosan.



.:. By .:.

Tuesday, August 10, 2010

Salam Ramadhan dan amalan semperna Ramadhan :)

Wah title macam skema je kan? Semperna Ramadhan ni ayat kena manis, tulus dan mulus, lemah lembut gelamai. Heh. Banyak benda kena cover :).


Okla, semperna Ramadhan ni kita kekalkan akhlak mulia. Jangan mengata-ngata di belog mahupun di FB. Kalau ada salah silap mohon dimaafi. *Dah macam pantun pulak*


Salam Ramadhan ya semua. Rasa belog ni dah 2 kali sambut Ramadhan. Taniah belog!


Dan semperna Ramadhan...aku dah buat amal ibadat yang amat beharga!!! Aku dah menempah tiket ke suatu destinasi untuk family!!!


Dan dan dan.... akhirnya aku berjaya membuat pembayaran online (di sini ), dari pagi aku pulun sambil buat kerja. Sori bos! *tabik hormat*. Janji kerja siapkan? :D *rasa nak nangis bila transaction tu berjaya. Iz wa sudah faham perasaan kamu masa booking pukul 4 pagi itu. hahaha*



Hanya bercuti dalam Malaysia je... Sebenarnya nak bawa ayah naik kapal terbang. Kita tengok dia ketar lutut ke tak?!!!Ayah jangan cakap besar hokeh!:B


Kami dah berjaya. Anda bila lagi?



p/s : sorry entry tuan punya belog macam teruja. Bukan apa just gembira dapat bayar! Susah lol tiket online ni. Selalu je kena isi data banyak kali!



.:. By .:.

Friday, August 6, 2010

Misi-misi tertentu..

Hujung minggu ni macam tak ada misi sangat. Cuma kakak ajak pergi karok dengan kawan-kawan dia. Sambut besday kawan dialah. Fewh! Tak pasal anak dara kena join mak dara club :D. Semua nak aku involve. Apa ko ingat aku ni badut? Kalau tiada aku, tidak ceria majlis itu? Hahaha. Lawakje.


Suci dah sekolah. Ntah apa lah dia belajar. Haritu aku nak pergi jalan. Dia boleh jerit "Ichu wait for me!!". Hamboi dah pandai speaking. Tanya belajar dari mana. Dia jawab, sponge bob. *tepuk dahi*


Oh lupa nak update pasal Suci jumpa pakar haritu. Sebenarnya, dia alahan pada bulu kucing. So, kucing-kucing tu mebi akan berpindah ke rumah mak. Nak bagi orang kesian lak. Kang ntah macam mana orang tu jaga.



Rabu depan nak puasa plak. Aku nak pergi chow kit hari Isnin tu. Nak beli barang-barang untuk Ramadhan :).



List-list :

- bawang kecil/besar
- halia
- cili boo
- cili api
- kobis
- kacang panjang
- ikan bilis
- beras
- agar-agar
- instant puding
- sirap
- biji selasih
- oren
- susu cair
- lauk untuk seminggu
- nata de coco


Cukuplah kot itu dulu. Kalau ada daun pandan boleh gak. Buat ondeh-ondeh time berbuka. Sedappp.



.:. By .:.

Wednesday, August 4, 2010

7 hari lagi...

Pejam celik pejam celik dah nak puasa kan? Cepat gila masa berlalu tak lama lagi dah nak kawin fewh.


Baju raya dah ada. Haritu balik kampung sempat rembat satu pasang. Mula-mula macam taknak beli, tapi berkenan dengan jenis kain. Pejam sebelah mata je la.

Seakan macam ni. Jenis kain Lycra. Tak payah susah-susah nak gosok. Kat leher penuh dengan manik-manik. RM 90+. Murah eah harga baju kurung sekarang? Kalau tempah, sure harga tempah lagi mahal dari kain. Huhuhu. Tapi, sedap lagi tempah. Senang, kalau tak puas hati suruh tukang jahit buka balik. Hihihi*kejam*.


Satu lagi kebaya. Mak hadiah waktu besday haritu. Pilih warna sama dengan mr.boyfie. Konon-konon nak jadi macam Mawi,Ekin nak pakai sepasang. *gedik*


Dan satu lagi kat kedai. Belum siap. So 3 pasang baju raya kali ni. Cukuplah tu. Banyak-banyak nak buat apa. Lepas sembahyang raya, mana ada pakai dah. Duduk depan TV pakai seluar trek lagi selesa. Hahaha.


Pasal kuih raya pula, tahun ni share dengan kakak. Beli sahaja. Malas nak buat. Tahun lepas konon-konon nak buat. Last-last kedaung. Balik rumah mak tengok barang buat kuih tahun lepas pun masih ada lagi. Hahaha. Belum expired hokeh!matilah takde orang nak makan biskut raya aku nanti.kuikuikuikui


Berbalik pada puasa. Rasa-rasa tahun ni nak masak kat rumah je... Malas nak beli kat luar. Bukan sedap mana pun. Diaorang masak pun ala kadar.



Ok listkan keperluan barang dapur sekarang!





.:. By .:.

Sunday, September 6, 2009

Lauk berbuka semalam di rumah kakak..

Al-maklumlah bulan puasa ni..maka dipenuhi dengan segala gambar-gambar makanan. Seronok bulan puasa ni..kamu seronok? Bila dah pukul 12.00 tengahari je 'confirm' aku dah fikir apa aku nak masak untuk berbuka..


Mak dan akak pula, suruh beli je masa berbuka. Ye lah sorang-sorangkan? Buat apa nak masak. Tapi aku lagi suka masak. Jimat dan puas hati.. Kalau beli, dah la mahal.. Kadang-kadang basi pulak tu!!! Dari memaki hamun masa tengah berbuka tu (sebab tak puas hati makanan yang di beli tu basi), baik la masak sendiri. Kalau terlebih masin ke, tak adalah rasa terkilan sangat. Sebab, salah sendiri :P.


Cuma kalau hari Sabtu dan Ahad je aku bercuti memasak. Sebab balik rumah kakak..Kadang-kadang tak payah masak langsung, kadang-kadang aku masak 1 jenis lauk je (tolong-menolong, amalan mulia) :D.


Semalam dalam kekecohan.. yelah balik pun lambat kan? Pergi jalan-jalan kat Jalan TAR, sempat gak la masak! Nasib baik.. Mak sempat masak ayam percik..Aku? sediakan air sudah :). Agak pemalas jika mak ada XD.







p/s : Sudah siap menjahit labuci di sepasang baju kurung :D. Akan meneruskan usaha untuk satu baju lagi! Psst.. Aku kena tegur dengan kakak sebab duk snap pict.. "Orang sibuk nak berbuka, ko sibuk nak ambil gambar". Nasib baik mak pandai cover.. " nak masuk internet la tu ".. lalalalala~~~


Cik By

Tuesday, September 1, 2009

Rezeki bulan Ramadhan...

Wahhh!! Teruja gila bila tengok rakan-rakan sudah aktif menceritakan hal masing-masing di blog meng'update' blog. Terasa ingin ber'marathon' dan berkepochi sebentar membaca semua story-morie. Terasa terkilan, juga jika tidak membaca aktiviti kawan-kawan, selama cuti 3 hari lepas! Tapi apakan daya mata sudah kuyu :P.

Ni pun tengah baca laju-laju (sebab nak kerja masa..time tidur sudah sampai)..sampai naik juling mata aku ni nyah! Apa tak nye 2-3 page bukak...semua nak baca...ape kejadahnya!!

Esok kalau sempat bukak internet, aku buat 'marathon' la gamaknya :P

Esok sudah kena kembali ke pangkal jalan... ;) (aku adalah masih bercuti hari ini).

Sesi malam pada hari ini adalah sangat menyonokkan sebab dapat makan free! Juga dapat menjadi model tambahan..Hiks! Syukur..rezeki bulan Ramadhan! Nak tengok gambar?? Tengok la, kalau muka aku cantik macam maya karin aku akan tepekkan di sini :D. maka tidak terkilan la tidak dapat berbuka di PJ Hilton hari ini
Cik By