Friday, August 13, 2010

Mari kita bersembang mengenai CS agent.

Pernah tak korang dapat panggilan customer service agent? Dalam erti kata lain, agent yang minta kita langsaikan hutang atau kaji selidik mengenai kad kredit atau nombor akaun bank.


Meh aku nak kongsi cerita. Semalam, aku dapat call dari customer service kad kredit. Untuk makluman aku tak pernah gunakat kerdit, apatah lagi menyimpan kad kredit dalam purse.


OK. CS tu cakap aku ada akaun kad kredit. Aku sampai nak bergaduh dengan CS tu, aku cakap aku tak ada. Aku tak pernah miliki pun.


Lepas tu CS tu minta nombor akaun. Apa ke bengong la kan? Aku dah cakap aku tak ada kad kredit, apa ke hal nak nombor akaun kan?


CS suruh aku call Maybank dan meminta akaun. Aku bertengkak lagi dengan CS tu. CS tu call daripada private number. Aku dah syak sesuatu.


Aku call lah Maybank dan tanya pasal kad kredit tu. Pihak maybank cakap memang ada yang kad kredit tu tapi akaun aku dah tutup lama sebab aku taknak.


Pihak bank tanya aku kenapa.. Aku cerita lah perkara sebenar....bla bla bla...


Pihak bank pesan jangan percaya pada CS agent tu. Biar pihak bank yang call... Baru sahih. Untuk pengetahuan, perbezaan pihak bank adalah mereka akan tanya hal personal (ingat tak kita isi borang? semua detail dia minta based on borang tu), bila diaorang call.


Dan lagi satu pasal CS agent yang minta hutang tak kisahlah bil atau loan (padahal kita dah diskus bayar sikit-sikit). Aku dah tanya pihak berkenaan, diaorang cakap ignore saja :).


So jangan percaya pada agent-agent yang pernah mengugut kita!








Edisi khas;

.:. By .:.

6 comments:

fabulous.farah said...

hoh...bahaya jugak kalo percaya g bagi no kaun segala bai.

Bai said...

f.f : yerp! so jangan percaya mana2 agent

Lady of Leisure said...

skrg ni ramai menipu.. i kalau no pelik skit mmg malas nak jawab huhu

Bai said...

Lady : sama lah. but dia guna private num. erm my fren ramai gak yang tukar priv num...huhuhuhu

akak gina said...

sila lah rujuk aku yang pernah menguruskan kompeni sedemikian hahahah

Bai said...

akak gina : hahaha! tapi ko punya kompeni ada kelulusan kot? ni cm apa ntah.