Suci dah sekolah. Ntah apa lah dia belajar. Haritu aku nak pergi jalan. Dia boleh jerit "Ichu wait for me!!". Hamboi dah pandai speaking. Tanya belajar dari mana. Dia jawab, sponge bob. *tepuk dahi*
Oh lupa nak update pasal Suci jumpa pakar haritu. Sebenarnya, dia alahan pada bulu kucing. So, kucing-kucing tu mebi akan berpindah ke rumah mak. Nak bagi orang kesian lak. Kang ntah macam mana orang tu jaga.
Rabu depan nak puasa plak. Aku nak pergi chow kit hari Isnin tu. Nak beli barang-barang untuk Ramadhan :).
List-list :
- bawang kecil/besar
- halia
- cili boo
- cili api
- kobis
- kacang panjang
- ikan bilis
- beras
- agar-agar
- instant puding
- sirap
- biji selasih
- oren
- susu cair
- lauk untuk seminggu
- nata de coco
Cukuplah kot itu dulu. Kalau ada daun pandan boleh gak. Buat ondeh-ondeh time berbuka. Sedappp.
.:. By .:.
4 comments:
tu yg aku confuse ni bulan puasa ni nak beli lauk ke tak yah
huhuhu boleh?
aku pon beli biji selasih last week kat giant. kesian husband tak pernah tahu " telur katak" tu berasal dari biji tumbuhan. dia ingat "telur katak" tu boleh masak macam kita masak kuih. siap tanya lagi,
'yang, u pandai tak buat telur katak dalam air sirap tu?"
dia siap kagum lagi biji kecik2 jadi telur katak bila rendam air panas.
adeh laki aku.
WaNiE : masak lagi best. puas hati
f.f : hahaha lawak! tp aku terfikir kalau buat macam mana? hahaha!
biji selasih best!
Post a Comment