Wednesday, September 15, 2010

Rasa macam nak update pasal theme dan DIY e-card.

Kejap macam nak update kejap macam taknak. Bukan apa takut. Erm takpelah aku doakan yang baik-baik sahaja. Semoga entry ini mengingati akan aku bahawa tarikhnya sudah dekat!



Walaupun, orang lain berkata banyak lagi masa. Tetapi, aku rasa tidakkk. Banyak lagi tak setle. Nanti aku buatkan list apa yang done atau tidak di side bar. Tunggu sahaja mood itu datang. Hahaha.



Ok the theme masa majlis tu nanti, InsyaAllah men kaler is peach! Kalau terperasan entry sebelum ini ada hint-hint.


Aku combine dengan kaler-kaler di atas. Nak juga pink sebab mood pink adalah lain =D. Pink memberikan aku kekuatan untuk mengatasi perasaan gemuruh!





Like this! Tapi, bagi aku ini gempak sangat. Aku tidaklah sebegitu. Hanya ala kadar. Namapun nak bertunang sahaja. Biar ia berjalan lancar, sempurna cukup syukur bagi aku.



Owh tie tu, aku rasa tak mungkin Wak Ajim (bakal fiance) nak pakai macam tu. Aku suruh pakai baju melayu pun dia taknak.



Dan ini hasil e-card dari Marcos dan aku juga. Siapa ingat entry ini, ini? Marcos juga melukis kartun e-card ini untuk aku. Aku hanya bagi sketsa dan Marcos men-translate-kan segalanya melalui hasil lukisan beliau.

Tada! Disebabkan ramai saudara mara di FB. Maka aku sudah pun meng-invite di FB, beberapa minggu yang lalu. Tapi, untuk saudara-mara kena call juga ya, Itu lagi formal dan beradap.

Dan ini pula hasil kerja aku. Gigih tahu buat peta!



Kepada sesiapa yang tak dapat invitation, aku minta maaf. Minta maaf sangat-sangat. Tapi, masa aku kahwin, insyaAllah aku akan invite semua termasuklah rakan belog. InsyaAllah!



Allah, permudahkan segalanya. Semua yang baik itu datang dari mu Tuhan. Amin.


entry ini baru diedit oleh;

.:. By .:.

4 comments:

Lady of Leisure said...

moga semuanya berjalan lancar..
:)

Byzura Mj (By) said...

Lady : terima kasih Lady ;). Amin.

mimis said...

cute gak card DIY tu yer....

Byzura Mj (By) said...

mimis : biasa2 je. ala kadar. just e-card je :).