Showing posts with label pertunangan. Show all posts
Showing posts with label pertunangan. Show all posts

Friday, November 12, 2010

Makanan rasmi masa dirisik dan bertunang.

Semalam, call Mak Ngah nak wish congrats untuk anaknya yang dapat 5A UPSR. Tiba-tiba, dia wish aku lak.


Selamat hari pertunangan yang ke sebulan!


Mak Ngah sebulan pun kena wish ke? -__-". Tetapi, aku tetap terharu. Ada gak orang ingat :D.


Ya diam tak diam dah sebulan. Alhamdulillah. Semoga kekal ke jinjang pelamin dan akhir hayat.Amin.


Oh nak cerita sikit pasal makanan rasmi masa merisik dan bertunang hari itu. First, mestilah ikan phatin.


Ikan phatin masak tempoyak. Mula-mula taknak repeat lagi, time bertunang. Tetapi atas permintaan ramai, mak masak juga ikan phatin.

Ikan Phatin masak tempoyak.


Selain Ikan Phatin masak tempoyak, kerabu mangga (kitaorang panggil pecal mangga) ini pun mak buat atas permintaan ramai. Adik-beradik, sanak saudara suka makan kerabu mangga ini. So mak repeat juga kali kedua untuk majlis.


Kerabu mangga (pecal mangga).


Tapi kan. Tapi kan.Tapi kan.


Masa majlis kahwin janganlah repeat lagi. Aku lagi suka nasi minyak, daging masak hitam, dalca, gulai daging tetel, acar mentah, ayam masak merah dengan acar buah.


Lepas tu, sambil makan, sambil dengar lagu...


Selamat Pengantin Baru, Bahgia ke anak cucuk.


mood : verangan.

.:. By .:.

Thursday, November 11, 2010

Betul la orang tua kata...

Hai.

Ha.Mood dah ok. Kesihatan pun dah stabil. Tidak pening kepala lagi. Suka!! Tahu, betapa azabnya tahan sakit kepala tu. Makan actifast pun tak jalan. Makan lagi dan makan lagi. Lepastu banyakkan minum air suam, then pergi main badminton. Ha baru badan segar bugar! Rasa ringan je badan ni.


Otak pun dah stabil sikit ^_^. Semoga urusan tu dipermudahkan oleh Tuhan. (urusan dirahsiakan sehingga mendapat comfirmation).


Ok berbalik pada tajuk. Lupa nak sharekan serba sedikit rintangan dugaan yang aku hadapi masa majlis bertunang haritu. Sharing is sexy kan, Kasut Pink? ngeh!


So far semuanya berjalan lancar,alhamdulillah. Cuma aku je yang meroyan fikir duit kan?? Ingat?? Ingat?? Aku luahkan dekat belog, aku serabut gila? Ingat??


Macam-macam fikir masa itu, bajet orang datang macam mana. Macam mana dengan makan. Macam mana dengan desert. Macam mana dengan hantaran, dorgift, bla bla bla... baru bertunang -__-".


Ye lah. Masa tu tetiba pula bateri kereta rosak! Hai.. masa nak pakai duitlah, bateri nak rosak kan?? Pastu tarikh tunang dekat dengan vacation! Pergh macam mana nak gagau duit pun tatau.


Tapi, bila family, wak Ajim, kawan-kawan membantu.. alhamdulillah..Siap ada yang nak belanja masa vacation. Siap ada yang nak sponsor(bagi pinjam! hahaha) dulu duit vacation.


Terharu.


Dengan kesabaran ketabahan cewah!! alhamdulillah. Masa majlis ada yang membantu. So, duit lebihan untuk standby jadi apa-apa untuk majlis tu..boleh digunakan masa vacation.


Duit keruk? Oh itu tak tahulah. Serahkan aja pada mak/ayah jika dapat.


Lain-lain aku anggap sifar stress bak kata Xora. Malas nak fikir. Sebab benda kecil, kalau difikirkan jadi remeh. So just put in your mind, 'sifar stress'. (betul ke ayat ni? belasah!)


Konklusi.


Betullah orang tua cakap, jika jalannya baik..diredhai..Tuhan akan bukakan jalan yang luas. Tapi, jalan yang luas itu pasti ada bengkoknya. Dan akhirnya, Tuhan dipermudahkan jua..


Alhamdulillah. Syukur...




.:. By .:.

Saturday, November 6, 2010

Teaser : story book E-day.

Semalam, just tanya wak Ajim..apa kata I buatkan story book then kita pergi print... Hihihi Gatal kan? Boleh pulak timbul idea nak buat sotry book untuk E-day hari itu! Tssk. Menjawab lah By!


Dengan berbekalkan segala ilmu yang ada, so startlah mengedit sana sini. Inilah hasil karya tangan sendiri yang segan mati tak mahu =).







feeling-feeling graphic designer =P

.:. By .:.

Wednesday, November 3, 2010

Close-up baju!!

Rasa macam dah banyak entry menjurus kepada majlis hari tu dan kahwin. Nanti, orang bosan pulak! Bosan? Bosan? Bosan? Nasib baik cakap tak bosan kalau tak, sila close tahap pangkah kat atas tu. Hahahaha.


Ok ni adalah permintaan Harzharun dan yang lain-lain. Mak pelupa dek non. Harap maklum =D. Sebenarnya baju tunang hari itu adalah baju ready made. Last minit berkenan. So, rembat je la. Asal mata sendiri rasa sejuk mata memandang, mak tak kisah dik. Nasib baik BIL dan kakak juga suka!!


Oh tentang pemilihan baju, BIL amatlah cerewet. Dia sangat-sangat memilih. Nak-nak baju, makeup yang hendak dipakai waktu photoshoot majlis. Kalau tak lawa, dengar je la jawapan dia ..."ok lah...not bad".. Huhuhu.



Ok berbalik pada tadi. Baju adalah ready made. Dan, kain adalah design sendiri. Begitu juga dengan veil dan tudung.


Ni kira close-up tak Harzharun ? Kawan-kawan? Hehehe.



Dengan peminat. Heh =D tipu . Ni bakal anak buah(InsyaAllah). Cik Su garang tau!! Grrr :P. Oh kain tu dijahit kembang payung..


Alamak. Ni penyakit sekarang. Tulis-tulis, lupa nak taip apa dah.


Sesiapa berkenan nak sewa, pm By. By bagi sekali tempat letak cincin.

.:. By .:.

Tuesday, October 19, 2010

DIY video, patutkah?

Gagah? Tak adalah sangat. Just gunakan ilmu di dada. Dah lama tak buat kerja-kerja macam ni. Sedang edit-edit dan pilih gambar yang mana sesuai dengan lagu.


Dan lagu itu dipilih sendiri oleh Wak Ajim. Hiks! Sebak pula bila dengar lagu yang dia pilih tu. Dalam sibuk-sibuk aku nak buat video, aku kena perli. Ada ke patut?


"Agak-agak setahun lagi la I dapat tengok video U buat tu"


Takpe-takpe. Just bagi I Seminggu. I cuba. *matilah kalau tak siap*


Salah satu gambar yang akan diselitkan dalam video itu.


Video pergi Taman Negara pun baru siap. Hahaha. Setahun yang lepas. Gila!


Eh tak cerita pun lagi pasal vacation pergi Sabah. Tengah syok edit gambar ;).


Soon k!!


.:. By .:.

Monday, October 18, 2010

Erti cinta : Part 2, tententen.....Alhamdulillah.

Mulakan dengan kenangan 1.8.10 dulu, dengan majlis merisik. Atas persetujuan 2-2 belah pihak, berlansunglah majlis merisik dengan sempurna. Alhamdulillah.


Aku tak pasti time ni aku sama-sama tepuk bahu ke terus peluk... Yang pasti masa sarung cincin tu aku ketar nak mampus. Macam orang parkison. Sampaikan mak Wak Ajim tegur, nape ngan jari ko ni? Selambe aku pegang jari jari lain (read-genggam) dan biarkan jari manis je. Hihihi.



Dan tanggal 10.10.10 termaktri la aku seorang tunggangan tunangan orang. Masa ni Tuhan dan kawan rapat je tahu, bagaimanakah perasaan aku ketika itu. Rasa macam tak percaya pun ada. Betul ke aku nak bertunang dan kahwin dan seterusnya mengandung tahap perut ke depan dan ada anak? Oh gila melampau sampai tahap tu aku fikir.



Ada berbau sedih dan gembira. Yang nyata dalam hati aku bersyukur. Tapi, masih tak percaya betul ke tak aku bertunang dengan Wak Ajim. Hahaha. Rasa nak lempang laju-laju kan?



Tempat pukul 12.40 tengahari Wak Ajim dan rombongan sampai dengan selamatnya. Alhamdulillah kira sempat dengan Tok Imam. Tok Imam mengetuai majlis tersebut. Wak Ajim cerita kat aku (after majlis), Tok Imam tu salah sebut nama. Nama yang disebut bukan wak Ajim, tapi abang wak Ajim!!! Kang tak pasal aku jadi tunangan abang wak Ajim lak -__-".



Aku tak dengar pun masa diaorang bincang. Sebab, aku kena control macho kat dalam bilik. Baby adalah mak andam aku pada hari itu. Thanks B!! Dah berapa kali dah aku ucap =D. Seriously aku suka!!



Dan masa sarung cincin. Jari aku tak berapa nak ketar sangat.Wuhuuuu!! Ada juga sesi suap-menyuap madu. Ni permintaan mak aku. Dia kata, biar Wak Ajim pandang aku manesssss. Dah udah madu tu mak! Sensitipppppp!!!



Kehadiran tetamu juga memuaskan.. Tak sangka seramai begitu. Bak kata makcik aku, majlis aku adalah majlis jejak kasih. Alhamdulillah..



Menu pula adalah ikan phatin masak tempoyak, kerabu pucuk paku + kerang, masak lemak labu + cendawan sisir, kerabu mangga, ikan talam goreng pedas, ayam goreng. Desert yang aku sempat jeling, buah pisang, oren, kuih serimuka, talam.. Ada 3 jenis talam kot...



Untuk sekian kalinya, aku tak guna mana-mana vendor. Semuanya atas idea sendiri. Termasuklah hantaran...

Peachy konsep. Ilham dari diri sendiri.... Siapa nak tempah sila PM me. hihihi.


Dan ini hantaran pihak lelaki kepada aku. Dah terbalik patutnya aku balas banyak. Tapi, hantaran pihak lelaki lagi banyak bilangannya hantaran dari aku. Ada lagi barang yang aku tak sempat snap. Dah dilahap oleh orang lain.


Gambar semasa majlis berlangsung...


Gambar sesi suap menyuap madu. Dua kali mak Wak Ajim suap. Last-last aku cakap sikit je suap sebab maneeees... Dan mak Wak Ajim pun menyampuk, ah ah nanti kena kencing manis. Hihihi.


Sesi bergambar dengan keluarga dan teman-teman. Gambar 1st tu nampak tak? Aku sengeh macam kerang busuk. Masa tu tengah menyakat Wak Ajim, suruh dia cium pipi mak =D.


Saya telah menjadi tunangan orang -__-.


Tengoklah suka buat aksi muka macam tu! Sebenarnya masa ni bisik-bisik manja, "ramainya orang ambil gambar, dah macam kahwin".




Semoga kita berdua ke jinjang pelamin. Amin.


.:. By .:.

Sunday, October 17, 2010

The making of...101010

Tarik nafas lega kerna aku tak apa-apa..harap semua ini membantu huuuuu (lagu hujan), alhamdulillah. Semuanya berjalan lancar on 10.10.10..


Walaupun ada kelam-kabut sedikit untuk menge-cop-kan Tok Imam. Tapi, akhirnya Tok Imam sebulat suara hendak datang untuk menghadiri dan tak langsung mengetuai pada majlis tersebut.


Alhamdulillah. Tengah-tengah malam duduk fikir siapa nak bacakan doa selamat. Ye la 10.10.10 tu kan ramai orang kahwin. Aku dan dan pula buat majlis pertunangan. Apa ko ingat ko setaraf DR. SMS By? =P.


Pada malam harinya, barulah kelam kabut. Nak buat pelaminnya. Last dekor untuk hantaran. Semuanya malam sebelum kejadian. Pukul 1 pagi gak la dapat tidur. Pastu gelabah cari timun, takut mata lebam macam panda! Last-last sapu aloevera je...Jadilah , asalkan dapat cover mata yang dah lebam ni.


Orang yang bertungkus lumus pada malam tersebut adalah Kakak, BIL dan jiran. Mak cik saudara juga ada yang datang awal. Kakak dan BIL adalah ditugaskan untuk menjadi pengomen untuk decoration aku. Dan jiran dah start untuk potong bahan makanan yang hendak dimasak pada keesokannya.


Kata orang aku darah manis kan? Selambe aku keluar beli pucuk paku bagai.. Hahaha. Tapi aku tak drive la.. Aku duk sebelah rehat...Dengan petir samba menyambar nya.. Last-last kena marah..kena duduk rumah, nanti hilang seri. Hiks!


Ok ingat tak mini pelamin anganku tu? Aku tak ambil vendor mana-mana. Just semuanya sendiri... Tapi, vendor ni baik hati pada malam tersebut. Dia sanggup memerah peluh untuk dekor mini pelamin aku. Nak tahu siapa?








Oh dialah kakak gemok aku. Tengok! Siap sukarela nak memaku sana sini. Terima kasih Kak Ani. Dia tegas tapi, dia sangat baik ;). *puji ada makna sebenarnya,nak minta tolong masa majlis kahwin pula hahaha*


Inilah hasilnya.. Sama tak dengan dekor yang aku lukis tu? *clap-clap* Nampak biasa-biasa saja. Itulah yang aku idamkan. Nampak atas almari tu kosong? OK tengok gambar last nanti. Mak tambah sesuatu.. Me kacih mak *sayang mak*.


Dah udah. Budak dua orang ni tak sabar nak gayakan baju-baju mereka. Sebenarnya saja nak tengok kaler peach ni masuk tak dengan mini pelamin aku ni.



Dan ini baju aku. Malas nak pakai. Just letak ke atas pangku.


Over tak? Siap ambil cincin umi diaorang (read- kak ani) !


Dan ini, tetiba datang baring baik punya! Abah (read-BIL) dah risau, "Ko dekk nanti jadi nyah siap ko". Hahaha!


Test 1 2 3. Just sedap mata aku memandang, aku dah cukup puas =D.



Dan last...






















Akhirnya, pakai jugakkkkkk! Tak tahan mak nyah tengok duaorang tu bergaya atas mini pelamin wa ni... Tetiba syok sendiri (read-berangan). Hahaha!





.:. By .:.

Sunday, October 10, 2010

Alhamdulillah... semuanya smooth..

Thanks to family belah perempuan dan lelaki, teman-teman rapat... Thanks all!! Semua harapan dan doa termakbul.. semuanya smooth...


and


Luv u wak ajim :D


.:. By .:.

Saturday, September 18, 2010

Dah sampai!

Dah sampai di kota KL. Tadi terus ke Jalan TAR dan Sungai Wang. Ada hal tertentu. Oh Veil sudah siap! Tadi pergi bling-bling kan Veil. Suka. Nampak nice dan simple. Owh tidak sama sekali pakai crown. Tu dah macam kahwin.


Erm cincin itu besar tak boleh nak ubah mana-mana. Nampaknya melayang lagi duit untuk carikan benda lain. OK stop pasal itu. Sedeh!


Rasa macam mimpi bila berada di KL. Rasa macam pelancong yang dah berhenti bekerja. Gila melampau kan?


Duit pun dah ala-ala kering ni. Ermmm... sebenarnya bulan 10 ni ada 2 perkara yang hendak dilakukan. 1, majlis itu dan 2, vacation. Memandangkan duit kering...vacation tu tatau la dapat pergi ke tak! Sedeh!Taknak fikir apa-apa lagi! Tapi plan dah lama. Hish!


Bestnya kalau dapat duit durian runtuh time ni!


Owh dah rasa tempias-tempias dugaan ;) peace!


.:. By .:.

Meh nah update sikit.

1. Semalam, pergi tengok-tengok doorgift untuk majlis bertunang. Kira bajet. Hahaha. Ingat nak bagi biasa-biasa je. Erm.. ada orang bagi telur. Tapi, rasanya tu nak buat time kahwinlah kot. InsyaAllah. Dah pupus dah tradisi bagi telur kan? Ramai orang cakap telur lagi mahal dari doorgift lain. Betul ke?


2. Mak pesan jangan syok sangat. Itu penting! Oh menu untuk majlis nanti pun dah bincang, semalam... Menu permintaan ramai. Masak lauk kampung je. No more nasi minyak lagi!


3. Hanya 3 hari beraya sakan. Lain aku nak uruskan hal-hal kecil. Bukan apa, nanti kerja..time bila lagi aku nak buatkan? Sedikit sebanyak aku dah done beli barang untuk pihak lelaki. Tinggal sejadah dan baju melayu je. Hias belum lagi. Itu nanti bila cukup semuanya, baru hias.


4. Doorgift untuk keluarga 20% baru siap! Hadoi~ Susah gak kalau semuanya nak buat sendiri.


5. Veil pun dah nak done, esok ambil. Tinggal tudung je.Veil tu pun tatau lagi nak pakai ke tidak. Standby je dulu.


6. Bunga untuk mini pelamin pun dah gubah tadi dengan mak... Minta tolong mak. Mak memang pakar mengubah. Tapi mak cakap takyah la mini-mini, macam kahwin pula. Aku yang beriya nak. So tunggu je la. Jadi ke tak aku ada mini pelaminnya.


7. Makeup, aku ambil kawan aku je baby. Aku percaya pada ketulusan kau makeup aku b! *peluk*


8. Lens tak beli lagi. Orang cakap nak nampak lain, pakai lens.Nak beli warna apa? Dan dan dan bulu mata palsu. B, kita test dulu pagi tu. kalau tak ok aku taknak pakai. muahahaha


9. Threading kening. Erm.. dah bagi tahu mak. Mak cakap sikit je threading-nya. Nanti tak nampak series. Baik~ terima kasih mak!


10. Ramai dah pesan darah manis. hati-hati... Baik~


11. Kanopi pun dah selamat book. Standby je. Nanti Wak Ajim takkan nak masuk dalam dengar orang bincang pulak kan?


Apa lagi eik?


Semoga tuhan permudahkan segalanya. Amin amin amin



p/s : hantaran belah lelaki hanya tak done 1 je lagi! cis! Lagi hebat! Itu sahaja lah aku update dulu. Belog ni pun dah penuh dengan persiapan pertunangan dah... Aku letak sini semuanya adalah untuk peringatan dan share. Mana-mana terkurang-terlebih, blogger lain boleh nasihatkan kan kan? Thanks you all!


.:. By .:.

Wednesday, September 15, 2010

Rasa macam nak update pasal theme dan DIY e-card.

Kejap macam nak update kejap macam taknak. Bukan apa takut. Erm takpelah aku doakan yang baik-baik sahaja. Semoga entry ini mengingati akan aku bahawa tarikhnya sudah dekat!



Walaupun, orang lain berkata banyak lagi masa. Tetapi, aku rasa tidakkk. Banyak lagi tak setle. Nanti aku buatkan list apa yang done atau tidak di side bar. Tunggu sahaja mood itu datang. Hahaha.



Ok the theme masa majlis tu nanti, InsyaAllah men kaler is peach! Kalau terperasan entry sebelum ini ada hint-hint.


Aku combine dengan kaler-kaler di atas. Nak juga pink sebab mood pink adalah lain =D. Pink memberikan aku kekuatan untuk mengatasi perasaan gemuruh!





Like this! Tapi, bagi aku ini gempak sangat. Aku tidaklah sebegitu. Hanya ala kadar. Namapun nak bertunang sahaja. Biar ia berjalan lancar, sempurna cukup syukur bagi aku.



Owh tie tu, aku rasa tak mungkin Wak Ajim (bakal fiance) nak pakai macam tu. Aku suruh pakai baju melayu pun dia taknak.



Dan ini hasil e-card dari Marcos dan aku juga. Siapa ingat entry ini, ini? Marcos juga melukis kartun e-card ini untuk aku. Aku hanya bagi sketsa dan Marcos men-translate-kan segalanya melalui hasil lukisan beliau.

Tada! Disebabkan ramai saudara mara di FB. Maka aku sudah pun meng-invite di FB, beberapa minggu yang lalu. Tapi, untuk saudara-mara kena call juga ya, Itu lagi formal dan beradap.

Dan ini pula hasil kerja aku. Gigih tahu buat peta!



Kepada sesiapa yang tak dapat invitation, aku minta maaf. Minta maaf sangat-sangat. Tapi, masa aku kahwin, insyaAllah aku akan invite semua termasuklah rakan belog. InsyaAllah!



Allah, permudahkan segalanya. Semua yang baik itu datang dari mu Tuhan. Amin.


entry ini baru diedit oleh;

.:. By .:.

Saturday, September 11, 2010

Dah mula takut, dah mula berdebar-debar...

Ni dah mula rasa macam tu. Mana tak nya... Datang sorang tanya, dah siap ke belum persiapan untuk bertunang. Dah ready belum. Haih! Banyak benda tak siap lagi.


Betul. Semua tak siap lagi. Just beli, then susun je kat bilik. Tak pun campakkan barang-barang hantaran, semuanya tu kat tempat yang sama. Kang puas pula nak cari.


Yang belum done hanya Baju Melayu dan Sejadah. Untuk sejadah dah pesan dekat orang suruh belikan. Kalau la last minit, dia tak beli...mau Masjid Jamek itu akan ku redah. Cincin for bakal..(bakal?) pun terbesar pula. Tatau sempat ke idak kecikkan. Silap haribulan buat hadiah besday dia je nanti :P.


Banyak lagi oit!!! Isnin depan la kot operasi semua tu. Nak cat itu lah ini lah. Time beraya tak ingatlah, tapi bila nak dekat tidur pastu belek-belek majalah...mulalah ingat itu ini.


Erm apa lagi eik? Kalau fikir mengalahkan orang kahwin pening dia. Hahaha!


Tema?








Ermmm... nanti cerita. Sekarang dah mengantok. 2 days ni ramai betul orang datang beraya. Alhamdulillah.





.:. By .:.

Tuesday, September 7, 2010

Ada sesuatu nak share!

Wes!


Hari ini adalah hari last bekerja. Then, akan bercuti sampai 19 hb *dalam kurungan ingat bapak ko punya company?*. Kata mandatory cuti :D. Terima kasih company bagi cuti lama-lama.


Sangat tak sabar nak balik kampung tengok rumah kecil tiang seribu itu, dah siap renovate. Kesian mak punggah barang sorang-sorang .


pict google-ed

Mungkin balik kampung nanti, kerja mengemas rumah sudah menanti. Sebab, mak sudah dua hari call.. "baliklah baliklah..kemas rumah ni". For sure aku kena mop, angkat ini itu. Takpe mak demi mak! Janji dapat minum segelas dua


Tapi, kakak pulak nak balik esok. Nak shopping lagi katanya. Haih! Wa dah tak sabar ni woittt! Boleh tak wa bawa angkut semua anak lu, pastu esok lu naik bas sesorang esok, boleh? Hehehe.


*************************


Dan ini pula, nak cerita pasal Marcos (atas permintaan, aku diminta merahsiakan identiti Marcos sebenar).


Sebenarnya, Marcos inilah banyak tolong aku dalam DIY card dan doorgift tag. Terima kasih, Marcos! Hasil tangan anda sangat memuaskan hati semua pihak. *tepuk!!!! wuuuhuuuu!*


Mula-mula nak design card dan tag dengan corak bunga-bunga je. Tapi bila tengok projeck-projek DIY Mat Salleh, so aku nak tukar lain sikit.


So, dapat idea dengan menyuruh si Marcos ni melukis gambar aku dan dia.

Jadi tak? Ngeh ngeh ngeh. Aku tukarkan reaksi muka aku kelihatan sengeh gedik sikit. Dan, aku pekatkan lagi line-line garisan itu. Takpekan Marcos?



Pada mulanya, nak buat E-invitation card, tetapi plan telah berubah. Tak jadi nak buat E-invitation card.. Tapi, InsyaAllah jadi doorgift tag.






Tada! Hasil last dari kesenian diri sendiri.



Semoga tuhan permudahkan segala urusan. InsyaAllah amin.

.:. By .:.