Tuesday, October 5, 2010

Pejam celik pejam celik..

Agak lega sikit sekarang ni, tinggal benda-benda kecil je yang belum setle. Hajat dihati nak buat mini pelamin.. Tapi, Jumaat ini baru usahakan. Berjaya atau tidak belum tentu.. barang dah siap. tunggu nak pasang je. Aku buat sendiri. Ntah macam mana gayanya =D.


Itupun mak cakap macam nak kawin dah.. potong sana sini. Tsk.. Flower Bouquet, mak dah reject dari awal.. Katanya, nanti kahwin nak bawa sepasu bunga pun boleh. Haih perli nampak! Hahaha. Mak cakap, nanti hilang seri. Dah tunang pun sama dengan kahwin. Eh betul ke? Oh cakap emak jangan melawan.


Aku bukannya apa.. Nanti flower bouquet tu boleh jadi teman time sarung cincin. Betulkan? Hihihi.


Dah tinggal beberapa hari lagi.. Ermm aku ni bukan suka kerja last minit. Nanti mulalah aku moody semacam. Walaupun tinggal benda kecil je, tapi benda tu perlu di-confirm-kan. So aku nak elak moody, aku makan PMO. Hahaha!


Oh haritu kakak cakap nak sponsor satu hantaran...

Dia order cupcake. Thanks Kak Ani, at least, ringan tulang aku yang dah ringan ni. Kakak cakap warna peach ada seketul bunga ros. So, aku cakap lulus!


Cerita pasal kek ini, banyak pengalaman tau... Dari cerita my friend hinggalah saudara mara. Ada yang terbalik masa bertukar dulang. Ada yang budak kecil tepuk atas kek tu. tsskkk minta jauh~


Ok ni pula cerita baju. Dah fitting aritu, ohhhh masih tangkap muat! Baju ni ready made. Aku berkenan so rembat je. Kain, tudung dan veil atas idea sendiri dan kakak. Nampak macam pink kan? Tapi, sebenarnya peach. Haritu balik, baju ni tergantung kat bilik hadapan. Gerun tetiba, terasa macam nak nikah!



Minyak bunga rampai. Huda I curi picture you.. I lupa nak snap I punya.. Hihihi. Yes, i read this from Huda's blog. Thanks Huda. By gagah pergi cari kat Masjid India. Tak try lagi. Rata-rata orang cakap minyak ni wangi. Sangat teruja nak bau bila buat bunga rampai nanti...


Ini je la kot dulu.

.:. By .:.

8 comments:

harzharun said...

bunga tangan bukan peneman i ms sarung cincin.. bunga tangan boleh buat prop cover perut...hahahaha.... tp tu ms tunang dulu...skang ni, pasu bunga pun cam xble nak cover kegemukan i..haishhh tensen gue!

INTANKUTERPILIH said...

wah, tak lama lagi dah...tahniah!!

Bai said...

harzharun : Hahaha. perut pun boleh kan? kaber dulu sebelum orang nampak. lepas majlis nampak pun takpe. hahaha

Bai said...

INTANKUTERPILIH : memang tak lama lagi dah tssk.. thanks =)Doakan eah.

Mimis said...

nmpak mcm sgt cantik baju tunang tu...

zack_blossom said...

bestnye bai...xsbr nye nk tgk pict tunang tu nnti..ambek pict bebyk tau..=)

Bai said...

Mimis : biasa-biasa je ;). neway thanks...

Bai said...

zack_blossom : hehehe insyaAllah dear~ =D