Showing posts with label persiapan bertunang. Show all posts
Showing posts with label persiapan bertunang. Show all posts

Monday, June 20, 2011

Review my day : Dan bila hari Jumaat pun menjelma!

27 Mei 2011 - Masa ni tak tahu lah perasaan macam mana. Nak graba sangat pun tak boleh, nak seronok sangat pun tak boleh. Tapi masa ni betul-betul rindu kat wak Ajim! Pergh kalau dia baca entry ni mesti dia senyum-senyum kambing. Rindulah, sebab kitaorang kena kuarantin.


Genap seminggu kots tak jumpa T_T. Kan wak?


Pagi haritu, mendung je. Semua orang duk suruh aku campak baju atas atap. Bukan baju tshirt ke hape. Disuruhnya campak sotong yang aku tengah pakai! Hahaha. Gila apa weh. Buatnya sotong aku terbang, tak ke malu! Hahaha nak nak masa tu pakai sotong terkoyak skit. :P No no no! Disebabkan baju aku pakai malam tadi tu buruk. So aku campakkan atas atap. Tapi malangnya jatuh ke bawah. Pastu, aku campak seluar Nina yang dipakai oleh aku pada waktu tu.


Diorang cakap apa saja baju yang dipakai oleh pengantin adalah afdal untuk dicampakkan ke atas atas rumah!


Bantai{read : belasah} je la. Sian Nina. Nanti Cik Su ganti seluar baru :P.


Hari Jumaat adalah hari yang paling sibuk. Pagi ada bacaan Yassin. So, pagi-pagi dah start sibuk memasak. Aku bangun seawal 5 pagi. Gila awal kannn!


Pagi-pagi lagi mak dah bising. Dia tak puas hati dekor tangga yang aku buat. Maklumlah mak, tangan aku ni kerassssss.

So ni kerja mak. Sempat tu sibuk-sibuk nak memasak, dia luangkan sikit masa kat dekor tangga.


Kat dapur? Mestilah riuh rendah. Kupas bawang kupas itu, siang ini. Dapur penuh dengan makcik-makcik aku. Biasalah makcik-makcik kena duk dapur ye dak? Anak dara kena duduk tengok tv kat depan. Uhuk uhuk :D.



Untuk majlis bacaan Yassin akak aku panggil anak-anak yatim je. Masakan oleh bibik. Buat nasi ayam je. Dan nikah mak buatkan bihun goreng. Take a way! Bukan taknak sediakan khemah kat masjid. Disebabkan malam tu ada malam berinai. So, decide take a way je. So far 2-2 family pun dah setuju kan. Oklah.


Setibanya anak-anak yatim dan ustaz diperkarangan rumah sekitar 9.30 pagi. Masa tu, hujan renyai-renyai dah. Alhamdulillah, orang tua cakap hujan rahmat.


Comel-comel tau anak-anak yatim ni! Geram aku. Dah la pandai baca yassin. Oh masa ni aku sedekah doorgift yassin. Ambil berkat orang cakap :D.



Dah selesai bacaaan yassin. Kebetulan vendor untuk pelamin pun dah sampai untuk pasang pelamin.


Untuk khemah diaorang nak setkan petang, masa aku pergi nikah nanti. Can't wait tau! Takut diaorang dekor salah. Huhuhu. Aku selalu sms kak Lina (vendor katering), nak pastikan itu ini. Cerewet tau aku ni ^_^.



So inilah rupanya pelamin yang sedang dipasang. Dah selesai satu majlis. Alhamdulillah.


Dan tepat pukul 11.00 pagi adalah masanya aku menunggu mak andam datang makeup aku untuk majlis nikah!



Wak kita sudah hampir ke satu step lagi!!!! *menjerit dalam hati*


Saturday, October 9, 2010

saya hadapi perion pain so, macam mana nak hadapi majlis itu?

Owh keadaan sekarang asyik sakit perut je. Period pain bercampur perasaan neves? Lagi la sakit kan?


Dah banyak minyak letak kat perut ni..dah macam orang berpantang dah. Dengan baju kelawarnya. tskkk. Amat hodoh. Tak ada seri dah. Hahaha.


Harap esok jangan la period pain. Nanti bakal mak mertua (???) tengok mencuka je muka. tsk tsk...sedih-sedih.


Tadi pagi...sms mr.boyfie..

"awal bangun??"


"ibu kejutkan suruh cari sirih..hahahaha!"


tetiba terasa mr.boyfie sangat sweet ketika ini :)


Tata beb! Wanna to go... nak kemas kini barang.. apa perlu tambah. Nak snap-snap picture!!!

.:. By .:.

Friday, October 8, 2010

2 days!!

Macam counting apa lak kan? Padahal baru fasa 2... Pahamkan fasa 2? Hiks. Malu plak nak cakap...


OK la.. nak masak puding roti + koktail. Mak request lak. Kena la buat ;)...


Tata! Kepada yang berkahwin selamat berkahwin. Kepada yang bertunang selamat bertunang...


Oh Dr.SMS kahwin ada sesiapa frust tak? Hahaha!


.:. By .:.

Thursday, October 7, 2010

Intai Projek DIY yang dah siap 100%

Seronok tengok follower semakin hari semakin bertambah. Thanks all. Aku dah terjah satu-satu. Cuma ada yang aku baca, aku tak tinggal komen. Aku lak jadi silent reader korang. Hahahaha.


Hari ini hari last keje. Aku cuti esok. Tak sabar rasanya nak balik kampung untuk buat persiapan seterusnya. Esok adalah misi nak siapkan semuanya. Kecuali sirih junjung, bunga rampai dan buah je pada malam esoknya kejadian.


Ni antara projek DIY yang berjaya 100%.

Ingat tak pada bunga carnation ni? Aku dah buatkan sebanyak 5 biji pomander ball. Dan misi seterusnya untuk bunga ini, anggaplah tidak berjaya. Tin susu? Ingat? Aku tak sentuh lagi. Kalau ada masa aku curi-curi buat.


Projek doorgift yang buatkan aku hampir pening kepala. Lain ada lagi(berbentuk lain). Ni aku bagi untuk budak-budak. Aku agihkan sebab tau je la budakkan? Nanti dia kacau maknya pula.


Dan ini alas dulang. Aku tambah manik-manik tu supaya alas tu menjadi berat. Oh dulang orang panggil lampan kan? Serius aku tak tahu. Bantai je panggil dulang.


Jangan fikir apa-apa untuk majlis ini ok? Sila kosongkan pemikiran anda. Hahaha


Mungkin belog ini akan sepi untuk sementara waktu. Mungkin jugak aku hangkut laptop ni balik kampung, untuk tidak sepikan belog ini!


Ya Allah permudahkan segalanya. Amin amin amin..

.:. By .:.

Wednesday, October 6, 2010

DIY : Pelamin Anganku musnah

Peringatan, jangan fikir apa-apa untuk entry ini ok. Just anggap je macam cerita cinderella yang suka berangan. Hahaha. Ok boleh?


Saja lukis-lukis gambar lakaran mini pelamin dekat paint. Ermmm.. ini memang angan-angan sahaja. Tak tahu jadi ke idaknya lagi.


Untuk makluman, aku tak guna mana-mana khidmat vendor untuk majlis aku nanti. Semuanya hasil kerja kesenian diri sendiri dan family.


ok ini lakaran dia.

Ok tak? if kerusi merah itu diduduki oleh seorang gadis yang memakai baju kaler peach?


Karpet dan langsir adalah berwarna putih. Pomander ball akan menyerikan pelamin itu nanti. Aku berjaya siapkan 5 biji pomander ball! Gigih tak gigih la. Semua aktiviti malam aku bekukan semata-mata untuk projek DIY ni.


Moga-moga Mak tak reject DIY yang ni. Tapi, semuanya DIY aku lulus! Alhamdulillah.



.:. By .:.

Tuesday, October 5, 2010

Pejam celik pejam celik..

Agak lega sikit sekarang ni, tinggal benda-benda kecil je yang belum setle. Hajat dihati nak buat mini pelamin.. Tapi, Jumaat ini baru usahakan. Berjaya atau tidak belum tentu.. barang dah siap. tunggu nak pasang je. Aku buat sendiri. Ntah macam mana gayanya =D.


Itupun mak cakap macam nak kawin dah.. potong sana sini. Tsk.. Flower Bouquet, mak dah reject dari awal.. Katanya, nanti kahwin nak bawa sepasu bunga pun boleh. Haih perli nampak! Hahaha. Mak cakap, nanti hilang seri. Dah tunang pun sama dengan kahwin. Eh betul ke? Oh cakap emak jangan melawan.


Aku bukannya apa.. Nanti flower bouquet tu boleh jadi teman time sarung cincin. Betulkan? Hihihi.


Dah tinggal beberapa hari lagi.. Ermm aku ni bukan suka kerja last minit. Nanti mulalah aku moody semacam. Walaupun tinggal benda kecil je, tapi benda tu perlu di-confirm-kan. So aku nak elak moody, aku makan PMO. Hahaha!


Oh haritu kakak cakap nak sponsor satu hantaran...

Dia order cupcake. Thanks Kak Ani, at least, ringan tulang aku yang dah ringan ni. Kakak cakap warna peach ada seketul bunga ros. So, aku cakap lulus!


Cerita pasal kek ini, banyak pengalaman tau... Dari cerita my friend hinggalah saudara mara. Ada yang terbalik masa bertukar dulang. Ada yang budak kecil tepuk atas kek tu. tsskkk minta jauh~


Ok ni pula cerita baju. Dah fitting aritu, ohhhh masih tangkap muat! Baju ni ready made. Aku berkenan so rembat je. Kain, tudung dan veil atas idea sendiri dan kakak. Nampak macam pink kan? Tapi, sebenarnya peach. Haritu balik, baju ni tergantung kat bilik hadapan. Gerun tetiba, terasa macam nak nikah!



Minyak bunga rampai. Huda I curi picture you.. I lupa nak snap I punya.. Hihihi. Yes, i read this from Huda's blog. Thanks Huda. By gagah pergi cari kat Masjid India. Tak try lagi. Rata-rata orang cakap minyak ni wangi. Sangat teruja nak bau bila buat bunga rampai nanti...


Ini je la kot dulu.

.:. By .:.

Friday, October 1, 2010

Buah pinang vs bunga pinang.

-pict google-ed-

Dulu memang femes buah pinang letak dekat sirih junjungkan? Siap dengan kacip dan kapur bagai. Aku suka macam tu. Nampak tradisi. Tapi sekarang dah jarang-jarang orang letak buah pinang dengan kacip. Tak tahu lah kenapa.


Mungkin dah susah nak cari kacip dengan buah pinang sebiji. Kalau dulu, rumah nenek aku siap tanam pokok pinang. Senang anak cucu nak guna katanya. Itu dululah. Pokok pinang pun dah tak ada sebab tak ada orang nak jaga selepas dia meninggal ;(.


Baru ni nampak mak simpan bunga pinang...

-pict google-ed-

macam ni... Balik ni kena cari balik. Mana mak campakkan. Boleh buat selit-selit kat sirih junjung nanti.



Tapi aku teringin nak letak buah pinang dengan kacip. Nampak klasikkan? Tapi mana nak cari?



.:. By .:.

Thursday, September 30, 2010

Ermmm ermmm... lagi 10 hari.

Mungkin bloger-bloger/pembaca/rakan-rakan yang tahu pasal belog ini adalah orang yang lagi bertuah daripada kawan di facebook mahupun di luar. Kebanyakkan cerita diluahkan di sini. Di belog kesayangan. Sayang sampai bila, belum tentu.


Bila difikirkan majlis itu, hati ini mula berdebar... Risau...Sejuk tangan. Gila melampau perempuan ni =D.


Lagi 10 hari!! Nah sekarang bilang sendiri berapa hari lagi untuk majlis itu. Then, terbongkarlah rahsia untuk tarikh keramat itu. Keramat? InsyaAllah.


Kalau nak fikirkan pasal dugaan pula adalah juga. Tipulah kalau tak ada kan? Sangat-sangat menguji kesabaran dan ketabahan hati. Bila masuk fasa ini, betullah kata orang... fasa yang mengenali hati budi lagi dan lagi dan lagi.


Dan ada good news! Tapi, tak tahu di mana kebenaran untuk good news itu lagi. Tunggu dan berdoa.


Semalam, call mak tanya itu ini... Nanti hari Sabtu followup balik dengan mak apa yang perlu done.


Oh majlis itu tak grand pun. Hanyalah sederhana. Tapi tahap tetamu nak datang dah macam nak kahwin! Semangat betul diaorang ni!! Tapi tak tahu lah berapa ramai nak datang nanti.


Ermm... ye aku tengah membilang hari. Dan memikirkan sempat ke aku buat semua persiapan? Lainlah kalau aku ada adik perempuan ke. Boleh gak buli suruh dia siapkan doorgift...


Ermmm... mak boleh beranak lagi seorang lagi tak? Tapi nak yang basar terus. Hahaha!


.:. By .:.

Wednesday, September 29, 2010

Pemilihan tarikh... 3hb

Eh no no. Majlis itu bukan 3 hb. Hihihi. 3hb ni mungkin penetapan tarikh atau berapa lama mahu ikat.


Tarikh-tarikh pemilihan telah dihantar ke belah lelaki. Tunggu confirmation je nanti. InsyaAllah..


Rasa macam cepat je untuk pemilihan tarikh bagai... Dalam hati masih tetap ada persoalan, Bersediakah?


Kalau dipercepatkan how, itu ini.. semua bermain dalam otak. Tak paham? Takpelah aku pun tak paham dengan diri aku sekarang. So aku mengarut kat belog. Hahaha.


Kalau b2b atau yang ada pengalaman, selalunya bila pemilihan tarikh dibuat? Semasa bertunang? Semasa selepas? atau main terjah je. Nah! Bila eik?


Aku dah tak ingat dah. Last sekali abang dan kakak aku..tu pun dah 14 tahun lepas.


Harap-harapnya semuanya smooth~ Amin.




.:. By .:.

Tuesday, September 28, 2010

Banyak lagi benda remeh belum setle.

Bila tengok belog orang yang nak merisik, bertunang.. lagi rasa macam berdebar. Rasa takut, rasa risau, ntah apa-apa rasa dah ni. Mesti duduk termenung. Banyak benda kecil-kecil yang belum setle.


Erm...macam doorgift, alas dulang yang perlu diubahsuai. Oh malam ni nak donekan alas dulang tu. Then, esok, lusa tulat boleh sambung untuk project DIY yang lain.


Bila tengok gambar seperti di bawah teringat balik, macam mana aku dan mak siapkan. Mula-mula gagah nak buat sorang kat dalam bilik. Last-last, keluarkan..letak depan mak yang sedang enak menonton tv. Hahaha.


Mak memang pandai menggubah. Kalau dulu dialah orang kuat buat hantaran. Tapi sekarang dah tak larat sangat. Kata mak, idea pun dah kurang..


Aku bagitahu mak, aku nak buat macam ni, macam ni... Then ... Eh eh.. ingat tak aku pernah buat DIY carnation?












at last...




hasilnya!
Nanti tengok fully majlis k. Letak kat mana benda alah ni.
.:. By .:.

Friday, September 24, 2010

Pembelanjaan untuk majlis itu...

Dah tak tahu nak update apa. Hahaha. Aku update pasal majlis itu la ok? Diingatkan bukan sangat teruja (sebab dah banyak entry pasal persiapan), tetapi untuk share. Dah tinggal beberapa belas hari lagi untuk majlis itu. Semoga berjalan dengan lancar dan Tuhan permudahkan segalanya. amin...



Cerita pasal pembelanjaan. Walaupun majlis tu tak adalah besar atau grand pun. Tetapi, aku rasa bajet tentang pembelanjaan ni penting. Nak-nak orang macam aku ni.. keluar je duit.. kalau kaya tak apalah.Ni tak, jenis tak sedar diri. Hahaha. So kali ini aku rekod semua pembelanjaan.



Dari majlis merisik sampai lah pertunangan. Dan, insyaAllah ke majlis kahwin pun aku akan rekodkan.



Dan aku pula jenis tak mengharapkan orang sangat. Bukan semua benda aku nak buat. Kalau ikutkan tulang 4 kerat ni tak mampu nak buat semua. Tapi, jenis aku dari kecil lagi memang tak pernah mengharapkan atau menunggu bantuan orang. Kalau ada yang nak membantu itu, alhamdulillah lah kan?



Ramai orang cakap, keluarga akan bantu. Memang... Skit-skit kita bantulah keluarga. Tak salah.. Kita belajar erti 'mencari duit'. Cewah! *nasihat konon*. Menggagau juga cari duit!



Lepas itu, aku ni jenis pelupa. Orang tanya aku mulalah aku duduk fikir apa benda barang aku nak kasi. So, dari nak elakkan semua tu... aku rekodkan semua dalam excell! Satu aku simpan. Dan satu lagi Wak Ajim simpan.

Thanks pada kawan-kawan B2b! Sedikit sebanyak membantu. Link anda ada kat side bar. Kalau ada yang mana By tak update, sila bagi link k!



p/s : lagi satu ada plan bulan oktober tu. lagi parah fikir duit. so rekod ni, buat aku sedar diri :P. Dan entry pasal persiapan ni aku dah minta permission dari beberapa pihak. Diorang setuju...

.:. By .:.

Thursday, September 23, 2010

DIY: Veil (tapi semua orang buatkan, cuma design sendiri :P)

Dah masuk post yang ke 889 ! Banyaknya aku merapu.. Hahaha. Gila kental aku menaip, walaupun kadang-kadang ada orang baca atau pun tidak.


Dan beberapa belas hari lagi untuk majlis itu! Berdebar ye juga. Takutpun ye juga. Kadang-kadang kan terfikir, erm dah banyak aku cerita kat belog.. kalau tak menjadi macam mana? Ah itu kerja Tuhan. Kita berdoa je. Tu kadang-kadang Wak Ajim pun bebel. Aku suka fikir mengarut, negatif! *lempang diri sendiri*


Ok cerita pasal DIY Veil.... Cadangnya nak pakai selendang je. Tapi memandangkan baju sudah crawded (bagi akulah. Aku, kalau bling skit pun aku cakap crawded...hehehe) macam tak sesuai lak.


Puas kakak aku tunjuk jenis-jenis veil. Tapi terlalu crawded dengan bling-bling. So, aku cadangkan buat veil sendiri! Lagipun, ada lebihan kain chiffon (untuk kain haritu).


Puas cari siapa nak tolong potongkan. Takut nak potong sendiri. Nanti kalau tersalah potong, tak ke ranap (rosak) kain tu? Last-last jumpa, kedai mak andam.... Aku suruh dia potong je.. Salah seorang pekerja dia(Kak Nor) aku kenal. Dia tak charge apa-apa pun. Free!! Rezeki. Alhamdulillah...


Oh ya. Sumber inspirasi adalah di belog ini! sila click untuk lanjutan. Thanks Juebejue!

Aku pilih bentuk D, design 2.


Then, aku pergi kedai jahit Mei Mei, Mentakab, Pahang. Aku jahit halus di tepi. Upah dalam RM 3. Kakak belanja. Rezeki lagi. Alhamdulillah. Tukang jahit adalah lelaki cina ok?! Sangat 'tabik hormat' bila tengok jahitannya amat teliti (kemas).


Ini Juebeyue. All picture above adalah hak milik blog Juebeyue. Dan veil aku, bukan panjang macam ni. Just sampai pinggang je.


Hasilnya?


*

*


*


*


*


*

Ini hasilnya. Peachy! Bling tu pun atas idea sendiri. Cuma tak tahu macam manalah gaya aku pakai nanti :P.



Bila dah siap, baru tahu..rupanya senang je buat veil ni. Siapa nak tempah contact aku. Hahaha!




Dan last, InsyaAllah panjang umur, murah rezeki, panjang jodoh ada sambungan untuk entry ini ;).



.:. By .:.

Wednesday, September 22, 2010

Cerita Nina dan Suci nak jadi pengapit wa...

Nina dan Suci ni memang peneman hidup aku. Kadang-kadang macam anjing dengan kucing. Asyik gaduh je. Yang si Suci suka bercerita... Kejap-kejap ichu,ichu, ichu... Tengah drive pun dia bantai tarik kepala aku suruh tengok dia buat aksi. Haih!


Tapi, kalau diaorang tak ada aku jadi sunyi. Dah perlu ada anak ke? Hahaha.


Haritu, Nina sibuk tanya..


"Cik Su bila nak kahwin? Bulan 10 ni kahwin kan?"


"Ada pulak. Tu tunang la..Kenapa?"


"Nina nak jadi flower girl. Nak pakai lawa-lawa. Nanti Cik Su belikan baju eah? Chiffon ke lace ke eah? pastu Nina nak sanggul ke letak bunga... mesti comel". mak ai mintak chiffon atau lace tu! Ko ingat makcik ko kayo?Maaflah siapa nak jadi pengapit aku tu, anak sedara aku dah cop.


Yang Suci pun menyampuk..


"Adik nak jadi flower booooiii(boy).... Ina gilll(girl) adik boiii..."


Tunang ni Cik Su belikan adik baju ya?


*angguk-angguk*


Aku dah belikan Suci baju, siap dengan samping...

"Tapi adik tak nak pakai samping..macam gillll(girl) je. Yeah! Boleh jadi pengapi... Ina takdeeeeeeee". Hah menjawab!


Tunang mana ada pengapit. Excited lebih 2 orang ni... Berpeluh ketiak aku.




.:. By .:.

Tuesday, September 21, 2010

Misi surprise yang tidak menjadi ;(

Mood sekarang adalah sedih.

1. Tak dapat nak buat surprise pada wak ajim.

2. Tak dapat barang yang aku nak. Tapi tu takpe ada rezeki, adalah.


Tapi, yang perkara 1 tu memang aku agak terkilan. Ingat tak pada entry ini(sila click untuk lanjutan)? Aku dah beli, konon-kononnya nak buat surprise untuk dia. Cincin adalah berbentuk sebegini....

Cincin ni jatuh cinta pandang pertama. ^_^


Malangnya cincin ni besar! Masa beli haritu rasa muat-muat je. Tapi bila test kat jari dia (siap suruh dia tutup mata tahu?), terlucut (terjatuh) dari jari. Bayangkanlah cincin tu memang besar.


Lagi sedih cincin ni tak boleh nak tukar sebab beli masa vacation haritu.


Berusaha juga untuk kecilkan, tapi malangnya juga uncle tu tak buat. Haih. Berapa kali dah aku sebut malang. Tak baeek tak baeeek ^_^"


Korang tahu tak kat mana nak kecilkan cincin? Ada masa lagi ni... huhuhu. Kalau tak, kena let go-kan lah then cari hantaran lain. Tapi, hantaran apa? Kasut?

Dugaan~

.:. By .:.

Saturday, September 4, 2010

Sedang menunggu sang kekasih.

Cet!Tajuk nak jiwang. Hahahaha. Tepat je pukul 12 tengahari, aku nak bersiap keluar!Akceli, ada plan hari ini. Plan hendak membeli barang hantaran secebis dua. Terus plan berbuka puasa sama :) * senyum gedik*


Tatau nak ke mana lagi. Mungkin ke Sunway Pyramid, Semua house, Mid Vall? Haish kalau fikir jem, malas aku nak pergi banyak tempat. Tapi, jenis aku suka usha then beli mana berkenan. Kang jumpa yang lebih elok, mulalah menyesal. Tak pun aku beli lagi. Tak ke pembaziran namanya tu?


Banyak benda tak done lagi. Hai kadang-kadang tak tidur dibuatnya.


Pastu bila fikir duit, lagi lah tak tidur. Bulan ni lah nak raya, bulan ni lah roadtax mati. Dan bulan depan, majlis (hint-hint) dan vacation... SEMUA TU DUIT!!!


Nak taknak aku tempuh dengan redha dan pasrah. Hahaha.


Semenjak dua menjak ni pun aku tak tahu sama ada nak nangis ke gelak. Semoga tuhan bukakan pintu rezeki dan permudahkan segalanya. amin.

.:. By .:.