Thursday, October 21, 2010

Sabah : Day 1.

12 Oktober 2010, pergilah kami ke Kota Kinabalu, Sabah. Oh sangat teruja dan gemuruh sebab pertama kali menjejakkan kaki ke sana. Gemuruh? Sebab fikir macam manalah keadaan Sabah.. Best ke tak?? Tapi majoriti kata Sabah best! So di situ, perasaan teruja menghantui diri.



Kami sampai ke LCCT awal, sebabnya takut tertinggal!! Pernah merasai perasaan kena tinggal masa pergi Sarawak dulu. Serik!! Padahal masa tu dah awal 15 minit. Tu pun Air Asia sudah closed! Merayu bagai nak rak pun tak dilepaskan. Terpaksa beli tiket lain -__-". So takutlah sejarah berulang kembali.

Kami lepak di Old Town. Makan lah apa lagi. Semua perut macam tong drum yang perlu di isi. Hahaha. Oh ketika ini, aku baru 2 hari menjadi tunggangan Wak Ajim(macam count baby baru lahir lak). Sweet tak? Pffft!!


Perjalanan dari LCCT ke Sabah memakan masa 2 jam 30 minit.


Setibanya kami di Sabah, di bawalah kami ke kedai mamak(mee goreng yang sedap, roti canai yang sedap!!) untuk menghantar seseorang. Seseorang yang memberi kami transport untuk berjalan-jalan di sekitar Sabah. Oh terasa macam vvip masa tu. Thanks abang Alfian!!


Dan kami di bawa ke Promenade Apartment Hotel. Ye, di sini lah tempat kami menginap selama 3 malam ;).

Bapak(mak segala) besar bilik kan?Sepuluh orang pun boleh masuk. Oh ini bilik para jejaka. RM 126 semalam. Dan para anak dara di bilik lain. RM 120 semalam. Bilik anak dara siap dapur bagai. Tapi sehari pun anak dara tak memasak. Hahaha.



Selepas dah rehat-rehat di bilik, kami terus berangkat ke Monsopiad Village Culture. Sadis masa ni, sebab asyik-asyik GPS bawa kami ke kilang ^__^". Tataulah kenapa dengan GPS haritu.



Ok masuk sini RM 45 per head. Best!!! Aku pada mulanya takut nak masuk. Sebenarnya aku takut dengan orang pakai topeng, hanya menutup 'bird' nya dengan kain tu. Kalau dia dekat, sure aku ciput lari. Tsskkk.

Sebenarnya aku tak tahu dan tak pernah ambil tahu tentang Monsopiad ni.. So bila pergi baru terdedah sikit tentang Monsopiad. Seorang warrior!! Siapa nak tahu sila click sini.


Ha tu tengkorak betul, hokeh! Gerun gak bila nak masuk, takut kena badi. Hihihi.


Kat sini ada juga persembahan tarian tradisional Sabah. Persembahan ini selama 1 jam tak silap. Ada 2 jenis tarian, yang mana diaorang invite kami. Aku? test yang ni je. Tapi aku tak berjaya untuk melakukannya dengan pantas. Kaki aku tersepit dek buluh tu semasa pertengahan tarian. Huhuhuhu.




So watch it!! Jahat aku rakam video ni dan mengekek gelak kat bawah.

Gambar kenangan bersama penari-penari. Putih gebu penari Sabah ni. tssskk jeles di situ.


Oh di sini banyak merakamkan kenangan. Nak-nak masih ingat alunan irama muzik gamelan masa mula-mula menjejakkan kaki ke sini. Teringin nak buat majlis kahwin yang diiringi muzik gamelan. Heh.


Dan agenda last yang di tunggu-tunggu adalah makan!!! Kami try seafood kat Silut. Semuanya fresh. Oh teringat..tskkk.

Siput ni dah lama aku nak try. Akhirnya aku dapat merasa di Silut!!! Aku rasa, semua spesis siput aku dah makan kecuali siput babi -__-".


Siapa kata aku dah kurus? Tak nampak double chinnnnn tu??? Sedih sedih..


Esoknya kami ke Mamutik island dan Manukan island ;).



p/s : Click di Blog Iz juga ada mengenai vacation kami.


.:. By .:.

10 comments:

SuZiE said...

aku dlu kawin diiringi muzik gamelan.. yela aku kan main gamelan.. hihi... tp best sb rs mcm raja lak..raja2 kan lalu muzik gamelan yg iring.. klu rs budget xcukup nk upah org main gamelan, pasang jer CD mcm aku dlu... pape pun Sabah mmg best terutama klu ko g shopping kat pasar philipin dia.. geram tgk sayur2 murah & segar.. hehehe.....

Alfian said...

ketam kulit lembut jangan lupaa naa! hahaha

~~zaa~~ said...

bestnya!!:D

mrs.spicy said...

masa aku g kk dulu dari atas flight dah kagum dengan pantai dia. santek! ade try udang yang mcm lipan tuh? xtau ape name dia.

Bai said...

SuZiE: ko ade simpan CD tu lagi? aku leh copy hahaha..


yerp entry pasar philipine akan menyusur kemudian ;)

Bai said...

Alfian : tak lupa tsk tsk...rasa lunch nak makan tu.. tp sini tiada ;(

Bai said...

~~zaa~~ : sangat!! hihi

Bai said...

mrs.spicy : kan?

udang itu aku dah rasa masa kat TRG... udang katak kot org panggil. haha

Lady of Leisure said...

bestnya gi mamutik and manukan..

Bai said...

Lady of Leisure : best best.. hihihi