Thursday, November 4, 2010

Tengah berusaha untuk menguruskan badan..

Ye. Tengah berlari sekarang...lari setempat. Uh Uh Uh. sungguh penat. Hahaha. Ok tipu. Apa jadah berlari. Kang orang ingat aku gila kat tepi tingkap ni ha...


Setakat ni berat masih lagi 50 kg. Tssk. Nak kurus sikit dalam 47-48 kg. Tapi taknak sampai 45 kg. Sah macam tengkorak bergerak!


Makan malam dah stop. Tapi, agak-agak lapar aku tibai gak maggi kari dengan telur masak separuh. Sllllrrr!! Kalau duduk rumah sewa boleh la kontrol. Tapi, kalau member ajak makan luar..tibai juga. Cuma ambil nasi separuh. Hoh. Kira separuh tu banyak la kan?


Kadang-kadang terfikir, macam mana orang yang diet tak makan nasi. Aku boleh tu boleh. Tapi bagi masa 2 hari je...pastu lutut aku dah ketar-ketar =D. Dasar perut orang jawa memang tak boleh kosong!


Entah macam mana lah nak kurus. Kejap naik kejap turun. Kejap naik mendadakkkk!!



Pengsan.



.:. By .:.

8 comments:

mrs.spicy said...

tinggi ko ko berapa bai? bukan ke 163? ok lah tu 163 berat 50..

zack_blossom said...

bai...bai dah kurus dah..xmau diet2 agi k..kalu kte leh transfer lemak ni, kte dh kasi kat bai tau..bai dh cantik dh camtu...xmau kurus sgt...=)

Bai said...

mrs.spicy : ah ah =D. Nak sikit je lagi.. =D

Bai said...

zack_blossom : sikit je lagi.. hehehe.ada double chin! tskkkk

Kasut Pink said...

by tahan lagik boleh bg mase 2 hari.. kami ni sehari x jumpe nasik tak lengkap hidop.. Manjang lapor sesaje.. Jawa eh? same la kite..

Bai said...

Kasut Pink : hehehe. kalau makanan ada, kunyah gak :P. Tak. Tapi Wak ajim jawa =D

Espresso Guy said...

X mau makan nasi ehh?? hahaha... wrong time to start laa beb...

Bai said...

Espresso Guy : eh wrong time? kenapa pulak? ok je.. tetap maintain =p