Monday, November 29, 2010

Uyakan pandai melukis?

Teheeee. Dah lama tak melukis. Oh Uya tu panggilan untuk keluarga. Ntah macam mana dapat Uya.. Diaorang cakap ada mainan ke keropok ke apa ntah jenama oya.. Ha bantailah! =D.


Sebenarnya kan, dah lama tak melukis. Dari start masuk unibesiti sampai lah sekarang. Jari jemari dah keras. Campur tiada idea sekarang..


Dulu memang suka melukis. Sangat-sangat suka. Boring-boring study masa sekolah, baring atas katil melukis. Sampaikan angan-angan nak jadi pelukis kat pasar seni ^_^.Kalau ayah menjerit dari luar bilik, tanya tengah study ke..Iakan aje. Padahal tak tahu, anak nya berangan ntah sampai mana. Hahaha.


Semalam just tunjuk kat BIL (brother in law), baju untuk nikah. Sesuai tak kalau macam dalam gambar tu (Kalau siapa perasaan ada design baru dalam majalah pengantin). BIL, cakap cantik..cuba buat kelain. Kelainannya, hanyalah di kepala.. Tskkkkkk kelainan apalah sangat. Takut Tok Kadi terkejut beruk je kalau pakai macam tu -__-".


Lepas tu, dia membebel. Cubalah melukis...kan pandai melukis.. bla bla bla... (Caranya macam mencabar!)Design apa yang patut. Baru nampak bayang-bayang katanya! Grrrrrr *dalam hati*


Lepastu dia suruh, aku compilekan letak dalam file. Ermmm macam proposal la....


Tak silap ada baca entry Xora, buat proposal pasal perkahwinan kan? Ha lebih kurang macam tu. Bukan apa, BIL cakap takut kita terlupa..Bukan exactly sama apa yang kita lukis atau rancangkan...



Baiklah-baiklah... Aku akan cuba! Tapi kalau aku lukis manusia tidak seperti manusia..jangan marah pulakkkkkkkkkkkknye! Hahahaha!


p/s : Anggaplah coretan pasal perkahwinan ini biasa-biasa sahaja. Hanya di alam realiti bukan fantasi. Hanya kualiti bukan mewah seperti seorang yang mempunyai hidung yang tinggi. Ha belasah! =B





.:. By .:.

2 comments:

Royalshoppingarcade said...

o nak nikah ya?ada satu make up artist ni cantik la dia make.check out razzle dazzle rose kat FB atau her blog kat kulatouch.blogspot.com

check out jugak my shopping arcade ya kat
royalshoppingarcade.blogspot.com

or royalshoppingarcade FB

tx.see u

Byzura Mj (By) said...

Royalshoppingarcade : insyaAllah..

ok nanti terjah! =)tq