Friday, December 10, 2010

Aparagus + cendawan : sedap sekali!

Dah lama tak cerita pasal masak-masak kan? Blog ni pun dah macam B2B punya blog dah. Sendiri bacapun sendiri dah boring. Hahaha. Bila jalan-jalan kat blog orang lain, blog nipun dah jadi one of the B2B lists. Tsskk. Malu haku nyah! :P


Maaflah, tuan punya blog taksub ke arah style-style kahwin sekarang ni.. Jumpa je berangan sendiri... Hahaha. Astaghfirullahalazim~


Ok. Haritu, just try makan dekat Asam Pedas Thai, Seksyen 7, Shah Alam. Semua masakan adalah sedap-sedap!!


Salah satu masakan yang sedap adalah aparagus campur cendawan. Last, aku minta permission dekat kawan nak belasah semua. Hahaha. Keji.


Then balik rumah mak haritu, ternampak aparagus. Cuba, try, rasa...*dah cuba try lagi!*

Sekali jadikkk!



Nak resepi? Senang je rupanya.



Bahan-bahan : Aparagus, cendawan dalam tin, cendawan kering, bawang putih, sos tiram dan tepung jagung.


1. Rendamkan aparagus dengan garam seketika, supaya pahit aparagus hilang.

2. Tumiskan bawang putih (seperti biasa, takkan tak tahukan? :P)

3. Masukkan cendawan kering yang sudah dibasuh bersih dan kembang (rendam dulu cendawan kering ni, kalau tak patah gigi!)

4. Masukkan aparagus dan after 2 minit masukkan cendawan dalam tin yang sudah dibasuh.

5. Masukkan 3 sudu sos tiram.

6. Masukkan 3 sudu tepung jagung yang dah dikacau sebati dengan semangkuk kecil air.


-biarkan seketika, then angkat-


Sedap dimakan begitu sahaja~


.:. By .:.

No comments: