Wednesday, January 19, 2011

Tailor Melayu.

Erm bukan nak mengeji semua tailor Melayu. Makcik aku pun jahit baju. Tapi, ada sesetengah perangai tailor ni yang aku tak berkenan. Ermmm..


Kita nak tolong Melayu. Tapi Melayu sendiri tak ikhlas. Bukan aku kutuk bangsa sendiri. 'Sesetengah' ok?


Merujuk kepada tailor tadi.


Pergi ke rumah beliau untuk tempah baju. Manalah tahu kot-kot selesa pula. Tak payah la nak balik nun jauh di Mentakab, tiap kali nak tempah baju.


Lepas tu, tengah-tengah ukur baju.. husband Si isteri ni siap-siap untuk ke kedai makan (bawa mak ayah sekali). Si husband ni ajak lah si isteri.. Si isteri cakap tapau je untuk dia.. dia ada customer..Lepas tu husband dia turun.


Ingat dah pergi la kan?


Takkkk! Si husband ni asyik call-call tanya. Si isteri pula asyik cakap takpe..takpelah.. Banyak kali si husband ni misscall, sampaikan ukuran baju pun dia salah tulis.


Pastu senyap sekejap. Tenang.



Tiba-tiba.



Si husband ni naik... La ada lagi???


Sekali si husband masuk rumah, tutup kipas daaaaaaaaa -_-"


En. abang,
kitaorang bukan datang untuk kepochi tau.. Tak ada mengumpat ke hape.. Kitaorang datang untuk tempah baju. Nak bagi Isteri awak duit. Isteri awak nak bantu awak. Awak tak baik buat isteri awak macam tu tau. Kalau awak jenis baran sekalipun, pleaselah jaga customer.


Kepada kakak (si isteri),
sebelum menjahit diskus dengan en. abang dulu. Diskus time nak open ambil tempahan bila. Diskus jangan bergaduh masa customer ada. Jangan campurkan personal prob, sampaikan salah ambil ukuran baju kami. ok?


Eceh, pandainya Mak Le Bai ni bercakap ^_^.


Entry bukan berbentuk perkauman;
.:. By .:.

7 comments:

♥♥ Kasut Pink ♥♥ said...

erk..camni pnye kes pon ade meh?

iedayah said...

aik,ad ea org cmtu dear..ciannye u..xpsl2 jd mngsa keadaan..

LittleSunshine said...

bengong tol laki dia..
bini cr rezeki tu pun nk kacau..lainlah bini gi mngorat..
aduhaiii...org melayu ni..cuba belajar etika dg customer

Byzura Mj (By) said...

♥♥ Kasut Pink ♥♥ : tu la pasal. tergamam kitaorang.tskk

Byzura Mj (By) said...

iedayah : i tak kisah. tapi kesian tengok isteri dia :(

Byzura Mj (By) said...

LittleSunshine : erm tu la pasal.. maruah isteri tu perlu jaga jugak kan?

KakFiza said...

biasela...kkdg tailor ni kene sabar dgn ujian..