Monday, February 14, 2011

Kalau nak buat business biarlah mulut under control.

Erm.. Aku rasa sampai sekarang aku duk teringat peristiwa tadi. Sampai sekarang, kadang-kadang aku duk tergelak bila teringat orang yang buat business sewa canopy tu. Macam lawak pun ada... ntah. Ada gak orang macam tu.


Macam ni cerita dia. Aku nak tempah extra canopy untuk majlis aku nanti. Just nak 2 je extra. Pergi kedai dia, dia tak ada..boleh tunggu lagi. Last-last aku pergi cyber cafe sebab ada panggilan urgent dari rakan office. Then balik rumah. Lepastu tunggu punya tunggu, sampai aku tertidur tak juga call.


Last-last dah petang tu aku call dia, suruh datang rumah. Ok dia datang.


Masuk je, dia cakap "dik kalau orang depan ni tak bagi adik dirikan khemah, adik cakap abang..biar abang sound je. Tempat ni abang yang punya". Heloo!! First time ko jumpa customer macam ni ke ko cakap?? Erm ok lagi.Bawa masuk dalam rumah.


Lepas tu dia masuk... "wahh lawa rumah ko dik.. pandai ko hias".


Then aku jawab, "ni rumah akak saya. saya menyewa je kat Shah Alam".
Lurus aku ni -_-"


Ok duduk meja makan. Dia keluarkan katelog kain scallop untuk khemah.


"Abang pakai kain jenis mahal dik. Kain murah tak mainla. Macam akak ko punya langsir ni, kain dia abang dah simpan dalam kotak dah. Orang tak pakai kain macam ni dah".


OK dah 2 keburukan ko tunjuk. FINE. Layan lagi.


"Saya nak tambah canopy je bang. 2 canopy kecik. PA sistem abang ada?"


"Ada.. ko nak yang macam mana. yang 500 ada yang 1000 ada.. Canopy abang bagi ko 5 abang tambah 1lah jadi 6. Ko baik ambil dengan abang je dik.. dengan orang lain mahal"


"PA sistem tu kalau nak lagu je boleh? Canopy emak saya dah book sekali dengan katering"


"Dik kalau nak lagu je baik ko pasang radio kuat-kuat".


OK KONDEM lagi customer ko. FINE.


"Canopy tu ko cancel je. Mak ko amik dengan siapa dik. Ko ambil dengan abang. Abang kasi lebih....Ada customer abang macam ni lah dik.. amik katering dengan canopy... pastu dia tambah lagi dengan abang.. abang tak puas hati dik.. abang sound katering tu..abang memang pantang dik!! "


Dah pulak. Kalau aku ambil ko, sure ko perang dengan katering aku pulak kan?


Orang cakap nak canopy 2 je, ko suruh aku ambil lebih kat ko. Ko ingat aku banyak duit?


Last-last dia cakap tanpa henti. Duk mengumpat sana sini. "Ko tahu dik, orang sebelah tu semalam dia punya kenduri.. ko tengok?? Ntah apa-apa dia punya canopy, abang punya jauh beza cantik..bla bla"


Last-last aku tak tahan, aku cakap biarlah orang lain pun ada taste sendiri bang.. mungkin tu pilihan dia.



Then, aku yang kena bidas balik! Pastu dah mula telinga aku dengar sebelah kanan keluar belah kiri. Hazab!


OK. Mulakan buat mimik muka dengan malas nak mendengar. Lebih kurang 30 minit lepas tu dia bla.



AMAN DUNIA.


Call balik catering yang aku book. Last dia boleh tolong. Akhiri dengan ucapan Alhamdulillah.


Tutup kes.


p/s : Minta maap la bang...saya memang tak layan orang banyak mulut macam abang. Banyak sangat. Ni bukan biasa,ni dah luar biasa. Takut saya nak menyewa dengan abang.


.:. By .:.

8 comments:

kasihredha said...

by telah mbuat keputusan yg baik.
Kalau akak pun akak tak suka org macam gini....
kalau business begini perangainya...hancur...semua pelanggan lari.

mrs.spicy said...

haih..kipochi nyeeeee..

Wawa Yusoff said...

Eeee....annoying gile kot orang mcm tu... dala nak bisnes boleh plak mengumpat orang lain. x mustahil kalo kite amik dia esok2 ade harapan gak kena kutuk belakang2.. ish2. bagus u amik dia.... not good la mcm tu...

sorry, emo. haha :)

Wawa Yusoff said...

Eeee....annoying gile kot orang mcm tu... dala nak bisnes boleh plak mengumpat orang lain. x mustahil kalo kite amik dia esok2 ade harapan gak kena kutuk belakang2.. ish2. bagus u amik dia.... not good la mcm tu...

sorry, emo. haha :)

Byzura Mj (By) said...

kasihredha : tu la kak...lelaki tu uhuhuhu

Byzura Mj (By) said...

mrs.spicy : itu baru sikit. Yang aku ingat je aku tulis.. yang lain dah kedaung.. hahah malas dengar

Byzura Mj (By) said...

Wawa Yusoff : ha 2 kali komen. emo betul la tu. hahaha.

tau takpe. tak mustahil kan dia kata belakang. so kalau boleh elakkanlah.

♥♥ Kasut Pink ♥♥ said...

makaih camni pnye org pon ade.. sok2 ko pnye kenduri plk die duk kondem.. sengal abg tu..