Sunday, April 24, 2011

Al-Fatihah kepada Hasrul (vendor catering)

*tarik nafas

Sedang mengadap card kahwin untuk jemputan, tiba-tiba mendapat call dari nombor tak dikenali..

P : assalammualaikum..

aku : waailaikummussalam..

P : Awak kenal Hasrul.

aku : Hasrul yang mana??

P : Hasrul catering..

aku : Kenal..Kenapa?


P : saya XXX. Saya jumpa kad kahwin awak dalam beg dia. Dia excident... *Ya Allah masa ni dah mengucap panjang dan terdiam sekejap.


aku : teruk ke??


P: teruk sangat.. awak kenal family dia?


aku : tak.... tapi nanti saya tanya kakak saya. Kot-kot ada orang kenal..


P: ok.. cepat ya.. urgent.. tolong ya..


aku : ok. apa apa saya call..



Terus berlari tanya akak aku dengan bagitahu mak aku :((. Tak tahu apa perasaan masa tu. Sebab, baru jumpa dia semalam untuk bayaran deposit lagi. Hanya dalam hati ini berdoa agar Hasrul tiada apa apa. Ya Allah...


Nasib baik kawan kakak kenal abang Hasrul. Dia terus bergegas tempat kejadian.. sampai je dia call abang Hasrul.


Aku tak henti sms orang yang hubungi aku tadi. Aku tanya perkembangan Hasrul.. Dan dia khabarkan Hasrul dah tiada... Ya Allah.


Terus dapatkan no abang Hasrul untuk dapatkan perkembangan. Masa tu sedang tunggu keluarga wak untuk pengagihan balance duit hantaran.


Lepas je selesai... kitaorang terus ke rumah keluarga arwah. Tapi jenazah belum sampai...


Kitaorang pulang ke rumah dan mengambil keputusan untuk pergi ke kubur.. memandangkan tempat yang untuk semadikan jenazah arwah dekat dengan kawasan rumah kitaorang..so kitaorang tunggu di tanah perkuburan sahaja.


Ya Allah.. Baru semalam aku berjumpa arwah.. Tak tergambar rasanya apa yang rasa dalam hati. Semoga Allah cucuri rahmat ke atas arwah. Dan ditempatkan dengan orang yang beriman.


Al fatihah.


Arwah sangat baik selama aku kenal dia. Selalu tersenyum.. Kagum dengan beliau sebab muda lagi dah pandai buat business.. Tapi, siapa sangka di kala umurnya 26 tahun.. Tuhan dah ambil nyawanya. Ya Allah.. ampunkanlah dosa arwah.Semoga arwah pergi dengan aman..


Masih terngiang-ngiang lagi gelak tawa arwah.. sempat arwah berjenaka dengan aku semalam :((..


Al fatihah.


p/s : pesanan kepada yang mengambil gambar kemalangan arwah.. aku memohon jangan sebarkan..


.:. By .:.

7 comments:

tqahmisdar said...

alfatihah~

Miss Tatie said...

al fatihah..
baru tengahari td melihat orang accident dan meninggal kat nkve.... =(

EiDa_wAn!e said...

al-fatihah ~

Byzura Mj (By) said...

Miss Tatie : NKVE? arwah di lebuhraya Guthrie :(

MIZZ SUE (asam.garam.gula) said...

Al fatihah..

nieda said...

Al fatihah..semoga arwah tenang di sana..

cheQmOomOo said...

al fatihah..