Friday, April 22, 2011

Bahulu Bako!

As you know, dah kenape awok cakap english education pulok. :P. Ok baru-baru ni kan aku balik kampung ayah kat Kelantan kan? Secara tradisi memang begitulah kalau nak dekat kahwin ni. Kena balik kenalkan bakal suami dekat keluarga. Dah la lama tak balik. Ada dalam 5 tahun lepas kitaorang balik. Lamakan?


Tapi, tradisi tu tak adalah wajib. Kebetulan AA buat promotion, kitaorang rembat terus tiket untuk8 orang. Semua RM183. Ha murahkan??? Berbaloi-baloi. Lain kali naik kapal torbang je lah. Ni kalau drive sampai 8 jam- 12 jam apa kes? -_-". Semua tempat nak singgah. Perjalanan 1 hari pun boleh jadi 2 hari, kitaorang ni. He he he he



Sampai-sampai sana, terus bawa wak Ajim kenal keluarga. 2 hari juga ke Besut - Pasir Putih. Dalam 2 hari tu juga kenalkan seluruh keluarga. Itupun ada yang tak sempat jumpa. Punyalah ramai sedara-mara mak ayah ni. Tapi kadang-kadang, tak sedara pun dia cakap sedara. Hahaha. Belasah.


Dan dalam-dalam menziarahi keluarga.. adalah tempat-tempat lain juga yang kitaorang kunjungi. Hehehe. Orang cakap, alang-alang menyeluk pekasam bio sampai ke pangkal lengan! Entry akan kembali melambak! Siaplah korang :P


Masa majlis bertandang baby aritu, tak sempat nak merasa bahulu bakar kat tepi jalan. Tapi kali ni, sempat merasa! Aduh memang seronok! Kat area Pasir Putih memang banyak gerai-gerai bahulu bakar ni..


Tak mainlah yang pakai oven. Guna sabut hokeh! Baru sedapp.

Perisa asli.


Perisa pandan. Bahulu bakar ni aku suka yang rangup di luar, agak lembik di dalam. Sedap wooo!

Akok.

Pulut kelapa muda bakar. Apa ntah nama tradisional dia. Bingai? Ntah.


Wak Ajim, kalau aku beli yang pelik sikit mesti dia tanya apa ni? apa ni?


Tapi, saya suka awak sebab awak senang makan!

.:. By .:.

4 comments:

mrs.spicy said...

kui pulut ade kelapa tu kegemaran...waaa..ape eh name die..aishhh

kasihredha said...

gambar last tu nama dia binga kelapa...loghat kelatenya...biko nyor...sedap2 lama dok make goni...faham tak BY?

Byzura Mj (By) said...

mrs.spicy s : tu kakak di atas dah menjawab ;). sedapkan?

Byzura Mj (By) said...

kasihredha : mestilah faham kak. kalau tak faham mesti ayah by cakap, by ni murtad kelate. kekekeke.