Tuesday, April 5, 2011

Cuti ke Pantai Timur..

Yes peeps!! Aku akan bercuti esok untuk pulang ke kampung dengan menaiki AirAsia(eh itupun nak cakap?:P). First time nak bawa ayah sebenarnya naik kapal torbang.
Dia tak pernah naik. Saja nak tengok berani ke idak. Asal aku tanya tak takut ke nak naik kapal torbang ni? Dia cakap mana takut, macam naik lori je. Wah cakap besau kan?
Kita tunggu dan lihat.



Yerp kampung ayah kat Kelantan. Memang ayah asal sana. Mak aku Terengganu. Aku je murtad, kelahiran anak Pahang. Hahaha.



Erm cerita pasal Kelantan, kitaorang sebenarnya dah fobia nak mengaku asal sana. Bila orang tanya, mesti terkaku kejap.Jawab tetap jawab. Jujurlah kan? Buat apa nak
selindung. Kitaorang fobia, selepas aku clash dengan ex aku dulu. Erm aku bukan nak aibkan dia. Tapi, jelek sangat ke orang Kelantan ni? Hina sangat ke? Sampai
aku ditolak bulat-bulat?*hoh emosi! Sebab tu lah kitaorang fobia.


Even mak wak Ajim pun tanya masa merisik. Eh asal Kelantan ke?? Akak aku dah terkaku nak jawab apa. Sebab takut adiknya ditolak lagi. Kedebush jatuh. OK tak lawak =D.


Tapi, alhamdulillah wak dan keluarga terima kami seadanya. Masa wak dan family cakap, tak semestinya orang dari sana itu jahat. Itu dependslah for individu nak
terima ke taknak. So jenis family wak tak kisah. Asal pandai jaga family, hormat family dah cukup.. Oh masa tu tak tahulah perasaan macam mana..
Rasa nak menangis berjurai-jurai. Dalam hati bersyukur sangat-sangat. Alhamdulillah sampai sekarang hubungan kami sekeuarga ok..


Tapi tak elok la buat macam tu kat orang. Asal dia Melaka je taknak, asal dia Kelantan je taknak, asal dia Johor pun taknak... kita serumpunkan? Tak semua orang
yang kita pandang serong tu tak baik..Tak semestinya setitik nila habis susu sebelenga. Erm itu semua jodohhhhhh..


Eh terlupa plak belum siap thank you tag nak tampal kat beg doorgift!



Tata peeps n my luvly blog! *kata blog, eh geli aku* =D.



*auto publish*




.:. By .:.

4 comments:

mrs.spicy said...

heheh..ai bangga u jadi orang kelate=p

nurl said...

slamat bcuti by ;)

aTy _faRed~ said...

semoge selamat tiba dan kembaLi dear...:)

kasihredha said...

selamat bercuti, jgn lupa beli keropok ;)