Sunday, April 3, 2011

i love my mom!!

Gambar tak clear T.T .


Since aku cakap kat mak aku, aku bz kerja, mak aku sikit-sikit dah ambil alih kerja kahwin aku. Walaupun dia tak larat mana dah sekarang, tapi dia nak juga membantu. Terima kasih makkk... Nanti aku update pasal kerja kahwin ya! Aku sendiri teruja. ekekeke.


Punyalah rasa bersalah cakap bz kat mak.. erm balik kerja agak lambat then aku tidur. Tak sempat nak buat itu ini. Letih. Banyak tertangguh. Nak salahkan kerja? Oh tidak. Kalau boleh aku nak siapkan kerja aku sebelum aku cuti panjang. Memang lately ni aku fikir kerja je.


Dan waktu hujung minggu je aku fikir pasal kerja kahwin, apa yang perlu follow up. Letih tahu? Aku rasa orang yang dah kahwin tentu alami benda yang sama. So redhaaa je la kan?


Memang tak nafikan aku banyak urus sendiri. Nak harap mak ayah, pun dah berumur.. so komunikasi pun dah kurang..Jadi, aku taknak diaorang fikir sangat. Aku yang masih muda (muda ke? :P) ni patut buat itu ini. Betul tak?


Hari ini aku bawa mak aku seharian pergi cari barang, baju melayu ayah untuk pakai masa majlis sanding nanti. Dan sekarang ni hah baru nak ngadap blog, baca blog orang. Kadang-kadang rasa sedih dengan diri sendiri heh. Jiwa kacau :P.


Ni mak dah tidur, aku pulak yang menaip. Kalau ditenung-tenung wajah mak sedang tidur ni ha.. erm rasa sayu dalam hati.. rasa sebaaakkk


Sebab, teringat kata mak.. KALAU TUHAN NAK AMBIL NYAWA SEKALIPUN, BIARLAH LEPAS ANAK AKU YANG SORANG NI KAHWIN..


erm....makkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk







.:. By .:.

4 comments:

fainie_riz said...

ibu2 mmg yg terbaek la...(",)

lind said...

sedih plak baca ayat yg last tu. harap org tua kita sihat lagi masa majlis kita berlangsung.

Byzura Mj (By) said...

fainie_riz : kan? love!

Byzura Mj (By) said...

lind : yerp insyaAllah. amin