Friday, April 22, 2011

Kota Bahru, Kelantan.

Pergh lama gila tak pergi sini. Kalau ke Kota Bahru memang tak sah la kalau tak singgah Pasar Siti Khadijah kan? Aku cari apa? Mesti lah telur penyu. Kah kah kah kah. Tapi malangnya bila sampai kat telur penyu, terus tangan di tarik oleh kakak. Dikatanya telur penyu banyak kolestrol! T_T


So ronda-ronda je lah. Cari jeruk!


Barang basah. Terletak di ground floor.

Rempah ratus. Juga terletak di ground floor.Nampak 2 orang tu?? Sakan beli rempah ratus untuk stock! Kalau korang nak belikan, sila beli rempah ratus- Selising, Pasir Putih. Memang sedap!

Wak Ajimdijual juga di ground floor.


Oh ya. Kalau B2B nak cari bunga telur, doorgift pun ada dekat ground floor. Aku tak beli sebab semua dah beli. Huhuhu. Mak cakap jangan membazir! Kalau ikutkan hati ni nak beli lagi. Haih.

Then kitaorang pergi makan. Tak silap tingkat 3. Maggi sup for Suci. Memang lengkap dengan hirisan perut, limpa bagai. sedap!

Laksam untuk aku. Dan nasi sup untuk wak. Then kitaorang semua order sarsi botol. Dah mahal skang. RM 1.40 sebotol. Kalau dulu Rm 1.00 je.

Ni pula dekat White house. Kat Kota Bahru ni, kopitiam paling femes White house ni la. Kadang-kadang penuh dengan ahli politik.

Roti bako! Sedap! Kena sapu sendiri majerin dan kaya.

Telur separuh masak untuk kuatkan tenaga jalan. Hua hua hua hua.

*Abang beca, abang beca di tengah jalan. Putar-putar untuk mencari makan.... Ni masa ni saja nak bawa Suci naik beca. So kitaorang naik beca untuk ke Kedai emas! Heh!


Kalau di Kota Bahru, emas dia sangat kualiti dan design up-to-date. Nak tahu sini lagi murah tau! 139/gram. Nak bandingkan dekat KL. Fuhh mahal! 157/ gram! Kalau nak tukar emas pun murah sini. Dia ambil 8 % je!

Dan aku rembat satu barang kemas untuk dijadikan hantaran! So di sini aku dan wak tutup kes untuk hantaran. All done!!!!!!!! Yihawpml yahoo Macam Mana Nak Elak Cukai Pendapatan?




Entry seterusnya ke golok, Thailand!


.:. By .:.

5 comments:

leeza said...

bestnye~ siyes,teringin g pasar siti khadijah.. bile la dapat =(

Suzie Ahmad said...

skrg dah RM162/gram la cik by... baru je naik 2-3 hari lepas....

Byzura Mj (By) said...

L.e.e.z.a : g la.. amik promo AA. senang dan murah!

Byzura Mj (By) said...

SuZiE : aku g seminggu yang lepas. so aku compare waktu sebelum naik. hehehe.aci? :D

Ajwedding said...

wahhhh dh settle brg kemas.sgt best..lega wak yer..he3..mas dh mahal..xsuka xsuka