Sunday, May 8, 2011

Gara-gara penuh program.

Sekarang orang cakap hari ni lagi. Tapi kalau ikut time, sekarang dah masuk esok hari. Ok kita guna perkataan semalam. Itu lagi sesuai kot kan? :P


Gara-gara penuh dengan program semalam, tak jadi nak ke jumpa doktor gigi (wah macam ayat skema!). Postpone jumpa hari Isnin pulak. Selambe haku buat appointment petang. Hahaha. Macam tak kerja je. Maka bedebau-debau lagi lah haku tunggu result doktor.


Kalau boleh aku nak tanggal braces ni. Kato nak kawin! :P. Tapi, doktor gigi (ya guna bahasa mesia ya!) nak tengok dulu struktur gigi aku macam mana. Kot-kot boleh dia tanggal dia tanggal. Kot-kot tanggal kejap, lepas tu pasang balik.. lesappppppppppp duit haku RM 700! Mahal kalau nak pasang balik. Doa-doa doktor gigi tu ada lah caranya kan? *puh kiri puh kanan*


Semalam, pergi menjemput orang lagi. Pastu ziarah uncle kat Putrajaya. Aduh sampai-sampai kakinya dah dipotong! Gara-gara kencing manis. Haritu jari kaki je :((. Ngeris hokeh!


So nasihat untuk hari ini, kurangkanlah makan benda-benda manis. Dah tak ada mood nak menulis. Kepala ngantok. Esok kalau sempat, update pasal my DIY. Seee yawwwww :D


No comments: