Ustaz yang nak nikahkan kitaorang iaitu ustaz Farid dari Majlis Agama Klang, awal pagi dah call. Ingat, dia nak tanya soalan cepu emas tapi rupanya nak tanyakan wali untuk aku. Lepas tu, dia just pesan dia akan buat majlis ni sebaik mungkin dan secepat yang mungkin. Taknak lengah-lengah. Benda elok patut disempurnakan dengan cepat. *sebak tetiba*
Dah siap makeup segala. Tiba masanya aku melangkah ke kereta yang di hias khas! Sumpah aku tak tahu macam mana rupa kereta yang disiap hias. Aku cuma minta pinjam kereta Pak Ngah aku. Merc lama. Tengok-tengok dapat! Punyalah gembira tahu??!!
Teruja gila nak naik. Kereta pearl white di hiasi dengan riben dari organza dan ros pink!! Kombinasi yang cukup mengancam bagi aku! Kata pink lah katakan!! Terima kasih semua! I love that moment very much!

Sampai je. Aku posing sakan kat luar masjid (tapi malangnya gambar tu hilang *teringat kenangan itu* ). Masa posing sempat mata aku melilau cari wak. Mana wak. MANA!!! Rindu tak terkata ni!! Hahaha.
Tengok-tengok wak tengah solat Asar. Masa wak keluar serius aku nampak nurrrrr {read : cahaya keimanan}. Hahaha. Ke seri pengantin?? Wak senyum ke arah aku. Aku? Senyum tertunduk maluuuu. Hahahahaktuih! Malu konon!
Tepat pada pukul 5 petang, ustaz Farid dah bersedia kat dalam. Masa kaki melangkah masuk masjid, semuanya memandang ke arah aku. Ustaz, saksi semua tengok! Aduh malu gila!! Rupanya, family aku dan wak Ajim dah setting-kan kat mana tempat aku duduk hantaran tersergam indah kat tepi bantal nikah. Serius, indah keadaan itu! (bagi aku lah, dah majlis akukan. Hahaha).
Aku gambarkan suasana ni sebab ni je lah aku dapat gambarkan :(. Semuanya dalam ingatan aku. Serius aku ingat setiap perjalanan aku dari mula aku nikah sampai sanding. Sedihkan? Tapi, syukur, ada gambar dari pihak keluarga. So far, yang tu je lah aku kumpul dan dijadikan sebagai kenangan. Oh video pun ada. By, ko patut bersyukur! JANGAN INGAT LAGI GAMBAR HILANG TU. *nangis dalam hati.
Ok dah sambung.
Masa nak duduk atas bantal pengantin. Tak tahu apalah yang diborakan dengan wak dan ustaz. Kejap-kejap diaorang toleh {read : melihat} arah aku.

Sebelum acara akad nikah, ustaz Farid test dulu wak. Apa nak jawab, masa bila nak jawab. Wak macam mana? Ntah aku tengok dia cool je :D. Love u booboo! eh booboo pulak. Aku nak panggil b pun dia tak kasi, ni kan booboo??
Tapi kan, bila tengok video. Wak kan dia test lain. Bila akad lain. Nasib sah! -_-"
Oh ya hantaran 5 berbalas 7. Cukuplah sikit-sikit je. Berapa nilai duit hantaran pun aku tak letak. Aku taknak letak kat hantaran.
Kitaorang di sahkan sebagai suami isteri dengan SATU lafaz!!! Alhamdulillah. Masa saksi cakap sah tu, rasa macam ntah. Macam mimpi pun ada. Dalam hati duk cakap, eh aku kat masjid ke ni. Aku dah jadi bini wak ke ni!! Rasa nak lempang laju-laju tak? Hahahaha.
Sangat simple procedure nikah kat negeri Selangor. Perempuan tak ada baca apa apa pun. Dah sah, wak dan wali je sign {read : tandatangan}.
Aku nangis? Takkkk weh!! Aku bergenang airmata je.. itu pun kat dalam mata.. tak tumpah jatuh ke pipi. Mungkin sebelum itu aku dah nangis sepuas hati. Cuma rasa sebak itu ada.
Dan akhirnya kitaorang bersatu. Alhamdulillah.. Lepas tu, bergegas untuk majlis berinai kecil pula..
Wak, terima kasih banyak-banyak sebab menerima seorang gadis yang bernama NORBAIZURA MAT JUSOH sebagai pemaisuri hidupmu. Sayang wak!!!

11 comments:
TUMPANG EMBIRA....aLHAMDULILLAH
so gergous ko yunk :)))
Contest---> : 'AKU SAYANG DIA'
jgn lupa join ye :))
cantek sgt kamu by :)
seronok nye... sy tgh berdebar2 ni lg 3 hari.. huwaa nebes giler
ustaz camni la bagus, mempercepatkan benda yg baikkan dan itulah sebaiknya. Takpe la by, dpt gambar mn yg ade je pun jd la yg ptg semua da selamat..
PUAN SUE (asam.garam.gula) : me kasih! alhamdulillah :D
honey amour: me kasih!!
insyaAllah. nanti saya terjah ;)
liyana :hehehe. cool bebeh. cewah! mentang2 la dah lepas :P
Wawa Yusoff : me kasih wawa!
♥ Kasut Pink ♥ : kan? alhamdulillah dapat ustaz macam tu.. memang simple sangat dia handle. alhamdulillah.
Salam wbt Pn Zura, Saya nak tanya nama penuh ustaz farid ni boleh? dan cari2 tapi tak jumpa. Tengah isi borang apply nikah klang ni. TQ ^_^
Post a Comment