Showing posts with label wak ajim. Show all posts
Showing posts with label wak ajim. Show all posts

Thursday, October 31, 2013

Homemade snowy vanilla chocolate cake to beloved husband birthday.

Ceh tajuk. Ada yang muntah hijau kang! Hehehe. 26 Oktober yang lepas, sahaja aku try buat kek untuk suami. Celebrate awal sikit dari tarikh sebenar sebab tarikh sebenar adalah hari kitaorang bekerja. Memang tak sempat sangat aku nak buat itu ini. Dan yang lagi satu takut mood MALAS aku datang. Hehehe.



So, waktu weekend sahaja lah yang boleh membantu buat itu ini kan? Memang dah lama nak try buat snowy kek. Almaklumlah diri pembuat kek adalah peminat setia cheese. Hehehe. So beli barang awal-awal sebab taknak wak Ajim tahu. Tapi, akhirnya dia tahu juga sebab aku kecoh-kecoh lupa nak beli cheese cream! Hahaha. Kantoi. Cuma rupa wak Ajim tak tahu kek tu macam mane :P.



Bakar kek selama 30 minit lebih kurang. Sebab aku nak buat dua lapis. Sambil-sambil aku tunggu kek sejuk untuk sapu cream cheese, aku buat topping cream dia. Jimat masa kan? Hehehe. Cuma lambat sikit masa nak parut cheese. Tak pandai sebenarnya. Main parut je. Kejap besar kejap kecil cheese aku tu. Hahaha. Takpe janji sedap dimakan. Hahaha.Puiii. Nak gak puji diri sendiri.



Ok jom tengok hasil kek aku :D.




Macam cantik jewww, macam comel jewww, macam sedap jeww. Hahaha. Inilah hasil snowy vanilla choclate cake aku. Amacam? Hiasan aku beli kat Daiso je. Macam-macam ada! Comel-comel tau kat Daiso.




Haraf maaf. Disebabkan kek ini aku buat, haruslah gambar kek aku tepek banyak kali :P.



Lilit atas kek tu  huruf, 3?. Wak Ajim suruh pasang lilin tu nak tiup, tapi aku tak kasi. Hahaha. Sayang ok! 



Birthday boy dengan kek. Potong pakai pisau Faris je uols. Tak ada pisau potong kek. Hahaha.



Birthday bersama isteri solehahahahahah dan anak yang tidak mengganggu kek di waktu kejadian. Terima kasih anak!


Kebetulan mak ada, kita belajar sekali macam mana nak buat nasi dagang untuk kali yang errrrr ke beberapa ntah. Hehehe.






Dan last....







mestilah gambar...





erm...



















Kek lagi sekali. Hahahaha

(Eh lupa nak bagi tahu, kek ni guna pemanggang ajaib je. Nanti aku share resipi)


Selamat ulangtahun husband. Semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki. Tak lupa juga, sebagai isteri doakan supaya menjadi suami dan abah yang baik. Amin.




Thank you become to half  of my life :D. Luv u!


+ By +

Tuesday, July 5, 2011

Review my day : Majlis Bertandang di Rumah Wak Ajim.

Rasanya semalam genap sebulan selesai majlis belah Wak Ajim. Hari ni baru nak review! Hahaha. Malas la dek non. Sekarang mood honeymoon :p. Tapi memang trend kan, orang kalau baru lepas kahwin senyap kan kan kan? Ntah apa diaorang buat -__-".


OK start.


4 Jun 2011 - Tarikh ni ibu dan abah wak Ajim yang pilih. Sebabnya abah punya birthday 5 Jun. Kira ok lah belah aku pun nak dekat dengan birthday aku kan? So setuju!!!!!!!



Kalau diikutkan kitaorang kahwin bulan 11 (ikut plan wak dan aku, sebab fikir mana nak gagau duit). Mungkin Tuhan cepatkan jodoh kitaorang. Alhamdulillah.


Pukul 11 pagi dah gerak ke butik area Sri Andalas Klang. Sebab, aku dah kena makeup. Dan sekali lagi aku rasa cuak untuk dimakeupkan. Aku ni jarang makeup. So takut lah kot kot muka aku jadi macam bapok -_-.


Dah siap semua, ambil gambar dekat butik sikit-sikit buat syarat. Oh gambar dari OP tak siap lagi. So aku ambil gambar dari camera BIL aku untuk tepek kat sini. Aci la kan?


Lepas je dah selesai, kitaorang berkumpul dekat rumah makcik aku dekat Andalas.

Dengan kakak gemok aku (yang baju oren tu). Dah kurus kan! Jeles mak noks.


Rombongan Cik Yah ke rumah Wak Ajim. Demmm aku nampak gemuk! Eh bukan nampak lagi, sah haku dah demoook T.T.


Kelakar masa kitaorang dah gerak, tetiba abang wak call cakap kompang pukul 3 petang baru datang. Punyalah gelabah wak masa tu. Hahaha ko rasakan! Dulu time aku skang time ko! hahahaha. Rasalah kecuakan itewww.


Tapi, kompang tu setle juga akhirnya. Datang tepat pada masa kitaorang sampai.

Pengapit lelaki dikekalkan. Pengapit perempuan bertukar! Puas aku cari baju Nina tau. Last last jumpa juga. Kiut tak?


Kalau nak tampal gambar memang banyak. Kang slow pulak belog aku. Ni bersama BIL dan kakak gemok


Lepas selesai majlis lebih kurang dalam pukul 5 petang, kitaorang gerak untuk outdoor dekat Muara Klang.

Gambar kandid semasa penggambaran. Cewah!




and lastt...













Gambar pengantin baru yang tak berapa baru. Demok tak?


Friday, July 1, 2011

Review my day : Bersanding @ Puncak Alam.

Ya ampun!!! Malas gila nak taip tau sehari dua ni tau. Keje pun malas.


Baiklah kita teruskan. *Tarik nafas pelahan-pelahan, pastu lepas.. ok sekali lagi.. pastu lepas dengan sebut HAAAAHHHHHHHH!*


28 Mei 2011 - Pagi-pagi buta dah bangun. Semangatlah katakan sebab nak jumpa wak, kawan-kawan rapat, kawan-kawan lama, keluarga. Seronok je rasa! Cuma gementar sikit sebab aku bukan tahu catwalk depan orang. Huahuahua.

Aku dekor sikit tempat guest book dengan meja pengantin. Betulkan mana patut. Lepas tu lekat gambar-gambar mana yang patut.


Mula-mula dah letak masa malam berinai. Tapi, mak tak kasi.. Katanya buat orang bomohkan haku dengan wak, tak ke haru. Mana lah tahu ada orang dengki ke kan??


Start je pukul 11 pagi orang dah start datang. Ramai!! Ramai yang naik tengok aku makeup! Tapi, mak cakap bawah lagi ramai. Tak sempat nak tengok kemeriahan itu. Aku kena duduk diam-diam dalam bilik T_T.


Gembira tau tengok kawan-kawan, saudara datang!


Ni dalam bilik dengan makcik aku. Dia sponsor hantaran. Thanks Acik!

Wak sampai lebih kurang pukul 2 petang. Memang dah plan lepas Zohor berarak. Kuakuiwakhensemharitu. Syyyh jangan bagitahu dia. Nanti dia kembang!

Cececece. Memalu konon. Padahal aku dah telek-telek di sebalik kipas tu nak tengok wakkkk!! Hahahaha. Tak senonoh pengantin main jeling-jeling tepi kipas.


Masa ni terasa macam.... ohhh ko suamiku???? Masa nikah pun aku cakap benda sama. Lempang aku skit!

Wak, wak ko rasa hape??


Dia cakap dia tenang sekarang.. tenang-tenang si Buaya. Hahahaha




Ok ni gamelan!! Aku suka bangat gamelan ni!! Nanti aku buat entry khas untuk gamelan dan kompang! Baru banyak entry aku. Huahuahua.








OK dah malas nak taip. Sekian. Babai!



Sunday, June 26, 2011

Salam Ahad.

Hai peeps!


Aku bangun pagi sekarang ;). Lain dengan rutin harian dulu. Kalau dulu bangun pukul 12 sampai mak bising-bising kat aku. Sekarang pukul 8 dah sedar...


Bangun pagi, siapkan bf {read: breakfast} wak. Wak kan pemajkan orang nya. Hari ni pagi kadang-kadang dia dah tanya esok nak makan apa -_-". Tapi bila malas, tak kose aku nak masak :P.


Kadang-kadang kita yang memasak bukan ada selera sangat nak makan masakan sendiri kan? Tapi, jaranglah makan luar. Sekali seminggu macam tu kots. Makanan ai lagi sedap yewwww *puji diri sendiri* :p . Bukan-bukan. Sebenarnya seronok tengok wak makan sampai tambah 3 pinggan. Wak, tengoklah 2-3 bulan. Perut ko mesti buncit. Huhu.


Hari ini, wak nak mencangkul katanya. Itu pun aku paksa. Rumah dah macam rumah orang tinggal! Hahahaha.


Aku? Lipat bajuuuuuuu yang menimbun ni... Imagine kalau ada anak, lagi menimbun baju aku kena lipat kan? Oklah nak sambung melipat.


Aku yang tak suka melipat;

Friday, June 24, 2011

Review my day : Malam Berinai.

Entry lepas banyak betul mengundang spekulasi. Hahaha. Kalau ada rezeki insyaAllah. Haritu just doktor cakap simptom-simptom je. Nak confirm pun tak boleh lagi.


Wak tau je doktor cakap simptom, terus senyum meleret. Sekarang kalau je cakap loya nak muntah, kejap-kejap dia usap belakang. Pastu tanya, sayang u ok? ok ke yang? Dah macam cerita NORA ELENA plakkkkkkkk. Alah yang episod Nora loya-loya muntah tu. Nasib aku tak bayangkan wak macam abang Aaron! Hahaha.


Since semalam wak duduk berangan anak panggil dia bapak. Haih tak terselah kejawaannya tu? -_-". Habis anak aku tak moden.


Ok ok. Ada rezeki tak kemana. Nak berangan lebih pun tak boleh. Just berdoa la kan?



Berbalik pada tajuk. Kita sambung entry lepas { klik }


27 Mei 2011 - Bila balik dari selesai nikah, tengok khemah dah tersergam indah! Mak ai!! Cantik dekor. Serius apa yang aku minta lain yang aku dapat. Lagi cantik dekornya! Terus ingat arwah Hasrul. Sumpah aku ingat. Aku berterima kasih dalam hati. Syukur sangat-sangat.


Terima kasih Kak Lina dan Husband (keluarga arwah Hasrul). Terima kasih segalanya.


Semoga arwah di sana tenang dan tersenyum kerana event yang dia tak sempat manage ini berjalan lancar dan sempurna.Alhamdulillah. Alfatihah.
















Dan tepat pukul 9.30 malam, startlah acara berinai kecil. Aku just pakai satu baju. Namo {read : taknak} pakai banyak-banyak baju. Letih. Just kecil-kecilan je. Ambil gambar dan merenjis.

Malam berinai aku pakai warna purple!



Dah habis sesi merenjis, ada majlis birthday Suci pulak. Kesian Uci semenjak dilahirkan, tak pernah buat majlis. Ni dia request tau!


Punyalah dia seronok! Semua hadiah orang kasi aku, dia hangkut cakap dia punya hadiah. Hahaha.


Happy Birthday Adik!! Comel tau adik masa ni!!


Lepas tu celebrate sekali all MEI family! Family kitaorang ramai yang lahir pada bulan MEI. Ni kes jimat, kita sambut untuk semua orang. Haha.

Lain-lain upacara, poco-poco. Semua sporting. Tapi, pengantin dah cabut masuk dalam bilik... Eh bukan first night k!! Pergi ambil gamboo.



Dan bila majlis habis, start balik DIY untuk majlis sanding aku esok!!


Bunga telur impian aku. Thanks mak dan kak Ani sebab realisasikan impian ni!! Muah!



Dekor untuk meja pengantin. Sebenarnya, ni untuk dekor meja tetamu. Tapi, pihak katering dah dekor. So aku, cousin dan biras dekor untuk meja pengantin.


Ni supervisor ^_^


Then malam berinainya start pukul 4 pagi.. Gigih tak? My cousin yang sponsor. So, belasah je lah! Hahaha.



Thanks Awin for the henna. Lain kali sponsor lagi. Hahaha.


Tuesday, June 21, 2011

Review my day : Nikah di Masjid di Raja Klang.

27 Mei 2011 - Pak kepak kebung-kebung, pak kepak kebung-kebung! Eh itu esok (28 Mei 2011). Hari Jumaat adalah hari nikah aku dan wak Ajim. Lepas je aku campak seluar ke atas bumbung tu kan? Alhamdulillah, hujan semakin reda.


Ustaz yang nak nikahkan kitaorang iaitu ustaz Farid dari Majlis Agama Klang, awal pagi dah call. Ingat, dia nak tanya soalan cepu emas tapi rupanya nak tanyakan wali untuk aku. Lepas tu, dia just pesan dia akan buat majlis ni sebaik mungkin dan secepat yang mungkin. Taknak lengah-lengah. Benda elok patut disempurnakan dengan cepat. *sebak tetiba*


Dah siap makeup segala. Tiba masanya aku melangkah ke kereta yang di hias khas! Sumpah aku tak tahu macam mana rupa kereta yang disiap hias. Aku cuma minta pinjam kereta Pak Ngah aku. Merc lama. Tengok-tengok dapat! Punyalah gembira tahu??!!


Teruja gila nak naik. Kereta pearl white di hiasi dengan riben dari organza dan ros pink!! Kombinasi yang cukup mengancam bagi aku! Kata pink lah katakan!! Terima kasih semua! I love that moment very much!

Kitaorang bertolak dalam pukul 4 petang. Takut jem Klang tu. Tahu je lah, hari Jumaat. Ditambahnya pula dengan budak dah nak start cuti sekolah. Pergh~ Alhamdulillah, tiada apa-apa yang berlaku masa perjalanan.


Sampai je. Aku posing sakan kat luar masjid (tapi malangnya gambar tu hilang *teringat kenangan itu* ). Masa posing sempat mata aku melilau cari wak. Mana wak. MANA!!! Rindu tak terkata ni!! Hahaha.


Tengok-tengok wak tengah solat Asar. Masa wak keluar serius aku nampak nurrrrr {read : cahaya keimanan}. Hahaha. Ke seri pengantin?? Wak senyum ke arah aku. Aku? Senyum tertunduk maluuuu. Hahahahaktuih! Malu konon!


Tepat pada pukul 5 petang, ustaz Farid dah bersedia kat dalam. Masa kaki melangkah masuk masjid, semuanya memandang ke arah aku. Ustaz, saksi semua tengok! Aduh malu gila!! Rupanya, family aku dan wak Ajim dah setting-kan kat mana tempat aku duduk hantaran tersergam indah kat tepi bantal nikah. Serius, indah keadaan itu! (bagi aku lah, dah majlis akukan. Hahaha).


Aku gambarkan suasana ni sebab ni je lah aku dapat gambarkan :(. Semuanya dalam ingatan aku. Serius aku ingat setiap perjalanan aku dari mula aku nikah sampai sanding. Sedihkan? Tapi, syukur, ada gambar dari pihak keluarga. So far, yang tu je lah aku kumpul dan dijadikan sebagai kenangan. Oh video pun ada. By, ko patut bersyukur! JANGAN INGAT LAGI GAMBAR HILANG TU. *nangis dalam hati.


Ok dah sambung.


Masa nak duduk atas bantal pengantin. Tak tahu apalah yang diborakan dengan wak dan ustaz. Kejap-kejap diaorang toleh {read : melihat} arah aku.

Serius cantik gila persekitaran luar dan dalam Masjid di Raja Klang ni. Syukur sangat sebab Allah bagi peluang aku merasa nikah kat situ. Syukur Tuhan! Segala susah payah kitaorang buahkan hasil. Segala doa kitaorang, KAU makbulkan. Alhamdulillah. * tetiba skrip ni macam Stanza Cinta lak :p*



Sebelum acara akad nikah, ustaz Farid test dulu wak. Apa nak jawab, masa bila nak jawab. Wak macam mana? Ntah aku tengok dia cool je :D. Love u booboo! eh booboo pulak. Aku nak panggil b pun dia tak kasi, ni kan booboo??


Tapi kan, bila tengok video. Wak kan dia test lain. Bila akad lain. Nasib sah! -_-"


Oh ya hantaran 5 berbalas 7. Cukuplah sikit-sikit je. Berapa nilai duit hantaran pun aku tak letak. Aku taknak letak kat hantaran.


Kitaorang di sahkan sebagai suami isteri dengan SATU lafaz!!! Alhamdulillah. Masa saksi cakap sah tu, rasa macam ntah. Macam mimpi pun ada. Dalam hati duk cakap, eh aku kat masjid ke ni. Aku dah jadi bini wak ke ni!! Rasa nak lempang laju-laju tak? Hahahaha.


Sangat simple procedure nikah kat negeri Selangor. Perempuan tak ada baca apa apa pun. Dah sah, wak dan wali je sign {read : tandatangan}.


Aku nangis? Takkkk weh!! Aku bergenang airmata je.. itu pun kat dalam mata.. tak tumpah jatuh ke pipi. Mungkin sebelum itu aku dah nangis sepuas hati. Cuma rasa sebak itu ada.



Dan akhirnya kitaorang bersatu. Alhamdulillah.. Lepas tu, bergegas untuk majlis berinai kecil pula..


Wak, terima kasih banyak-banyak sebab menerima seorang gadis yang bernama NORBAIZURA MAT JUSOH sebagai pemaisuri hidupmu. Sayang wak!!!


Friday, March 25, 2011

Cerita ke Terengganu.

Pergh dah lama cerita ni, cerita masa pergi majlis bertandang Baby. See! I pergi you! Sejauh mana, insyaAllah tak ada aral, tak ada hal aku pergi.


So Jumaat 11 march bertolak la kitaorang ke Kemaman. Ha kan haku cakap cerita ni dah lama! :P.


Tidur rumah tokki(datuk) semalaman. Erm seingat aku, memang dah lama tak pergi rumah tokki. Ni je lah datuk original yang tinggal. Yang ori lain semua dah tak ada.


Pepagi lagi sebelum pergi ke majlis bertandang baby, kitaorang pergi ke pasar Cukai nak perkena sarapan pagi sana. Kerah wak Ajim suruh bangun. Bila lagi dia nak merasa semua tu. Oh wak Ajim first time datang rumah tokki.


Memang dah niat nak bawa wak pergi rumah tokki. Kata tokki, bawa wak sebelum dia bertemu tuhan. Oh sedih. Stop.

Suasana pagi. Ni kakak ipar mak. Dia ada gerai kat sana. Nampak kuih apam warna warni tu?? Pergh sedap!!! Kalau dekat sure aku tempah untuk desert majlis nanti.

Makcik ni antara yang femes. Nasi dagang dia sedap! Siapa pernah makan kuih kayu keramat? Tu dia dalam bakul biru. Sedap kalau makan panas-panas. Manesss rasanya.


Dan dalam pukul 10 pagi, kitaorang bertolak ke rumah Along untuk hadirkan diri ke Majlis bertandang Baby di Kuala Terengganu. Sampai dah lewat, sebab hari hujan. Lepas tu banyak pulak kemalangannya!

Bersama baby bucuk yang comel pakai jubah! B, ko dah macam kahwin dengan Pak Arab daaa. :D


Bersama sefamily. Eh aku belum :D


Lepas tu kitaorang singgah Pasar Payang. Mula nak cari barang kahwin.. pastu malas. Boleh? Beli kerepok lekor sudah. Pastu beli telur penyu!

Sagun. Mak bagi cadangan nak bagi bebudak. Tapi mak, macam mana kita nak beli??? Jauh!

Aneka makanan ringan.

Kita tengok penyu telur. Kita makang telur penyu :D. Aku memang suka!


Lepas tu kitaorang perkena jagung bakar tepi jalan. Tengok wak makan tak senonoh! Tapi, sumpah sedap! Makcik tu pandai bako, bako bako!

Air Nira. Pergh aku tak boleh masuk. Manesss bangat! Oh air kelapa makcik tu sangat best! Siap berebut dengan wak :D

Kalau dulu kan berebut nak ambil gambar Api kat area Kerteh ni. Tiap kali lalu sini mesti ambil gambar :D. Punyalah jakun.


Lebih kurang pukul 6 petang sampai rumah tokki. Rehat kejap perkena satar. Lepas itu, balik ke KL. Kitaorang sampai ke rumah dalam pukul 1.30 pagi macam tu. Sebab hantar mak balik Mentakab dulu.


Esokkan Pergi Perak pulakkkkk.


Oh ini ada sedikit kenangan wak bersama tokki ;).




Tata peeps! Salam Jumaat!

.:. By .:.