Sunday, July 24, 2011

Krabi LOVE! : Day 1

Halo halo! Berkurun nampaknya entry ni dalam draft. Letak je gambar lepas tu taip sikit tapi tak sempat nak publish. *sigh!


Ok start.


Sebenarnya tiket untuk ke Krabi ni dah beli awal, dalam awal tahun tak silap. After kitaorang dapat tahu date untuk nikah, bersanding dan bertandang :). Tapi, ada beberapa list tempat untuk honeymoon dalam plan kitaorang. Dan akhirnya kitaorang pilih KRABI! Both of us setuju sebab kitaorang memang suka pulau.



Kitaorang bertolak dalam pukul 1.25 petang sampai dalam pukul 2.40 petang (1.40 ptg waktu Thailand) tak silap. Perjalanan dalam 1 jam 15 minit. Kejap je kan?!! Sangat tak panas bontot. Hehehe.


Ni masa dah sampai Krabi. Wak la beria nak cop dulu sebab dia nak snap gambar aku. * Tak pernah tau i ambil gambar kat kaunter! pffft!


Kitaorang ambil taxi ke Aonang, Krabi. Lebih kurang 40 minit dari airport dan 30 minit dari Krabi Town. Mula-mula tu kitaorang ingat hutan mana la dia nak bawa. Hutan kiri kanan! Tapi percayalah seronok tengok cave{read: gua} dan kampung kat sana. SUASANA CUKUP NYAMAN dan cave batu kapur dia cantik-cantik ok!

Ni simpang ke Aonang.

Bila sampai resort kita orang just check in sebab dah book online untuk1 MALAM SAHAJA. Gamble tak kitaorang? Kalau agak-agak semua hotel ke motel ke full, kitaorang tidur tepi pantai. hahaha. Sebenarnya, kitaorang nak survey resort lain. Nak merasa yang lain. ITU PLAN LA.


Oh ya kitaorang just book kat Agoda.com {click} Murah tau. Silap-silap dapat diskaun lagi.


Yes! Bila dapat tengok bilik rasa sangat puas hati!! Kitaorang just book RM 132 untuk 1 malam. Tapi dapat ala ala pool access! Puas hati sangat-sangat.


Wak Ajim nampak je katil terus kedebush baring! Habis hiasan tu terlerai -_-"


Tak lama dalam bilik. Cuci-cuci badan kitaorang terus jalan-jalan survey mana patut. Untuk plan hari kedua dan ketiga pun belum book mana-mana package.


Comel tak skut kitaorang? Teringat waktu belajar kat unibersiti dulu 2 tahun naik skut. Ok kitaorang sewa skut ni dekat hotel sebelah. Sebab, dapat murah sikit. Dapat 200 bath (lebih kurang rm 20 duit kita)untuk 24 jam ok! Murah tak?


Jalan punya jalan terjumpa pasar kat Aonang. Perut pun dah lapar. So just survey kot kot ada makanan yang boleh makan sebab kitaorang tak jumpa lagi makanan halal. Tapi satu pun susah nak yakin hakhakhak. Sekali terbeli daging vavi cam ne?

Ok ni gambaran pasar tu. Nampak? Ye korang lagi nampak budak demok pakai baju hitam tu kan? Korang ngaku aku je lah T__T.


Jalan punya jalan Wak Ajim terjumpa benda alah ni. TIADA WAS WAS lagi! sedap!! Sos dia mak ai.. tahu je la kan kata Thailand. Sos memang terbaiklah.


Then, kitaorang pergi survey package untuk aktiviti hari ke-2 dan ke-3. Nak tahu package ape? Tunggu next entry boleh? :P


Lepas dah dapat package segala, kitaorang berkeliaran ke kedai-kedai di perselisiran pantai. Kitaorang jumpa pancake!! Aku survey kat blog-blog, ramai yang cakap pancake ni sedap so aku beria-ria ajak wak cuba. Belum cuba belum tahu kan?



So yummy! Banana shake tu mak ai sedapppppppppppp hanya berharga RM 2 dan wak order manggo shake . Pancake? Aku order Banana Natella Pancake dengan Apple Pancake. Punnnnn sedap! Harga dalam rm 3.50 dan rm 3.oo! Kenyang!



Lepas dah kenyang, kitaorang bercanda di tepi pantai! Gambar ada tapi takut korang muntah darah plak. Hahahaha :P


Then balik hotel. Malam sikit kitaorang keluar lagi untuk sesuap nasi. Eh tipu 20 suap kot. Hehehe. Skutter ada kan? Blasah je la. Jalan sana senang je beb tak akan sesat punya.

Kitaorang terjumpa kedai muslim. Ok diyakini. Turun skutter dan order tomyam seafood, chicken garlic spicy, manggo salad dan teh ais.Yang lain aku tak paham sangat. Banyak kap kap kap. So order ni je la. Eh ni pun dah cukup ok! Banyak gila. Bila je dia hidang tomyam tu, aku dah telan-telan air liur. Bila rasa, mak ai!!! Masamnya semua cukup (tengah menaip ni pun airliur dah penuh dalam mulut). SEMUANYA ADALAH SEDAP!!


ha tak caya?


Wak Ajim pun cakap sedap. LOL! Rupanya senang je nak cari makanan halal. Just nampak lambang bulan dan bintang. Paling penting jangan was was. Hekhekhek.


Lupa nak cakap, kitaorang decide untuk stay kat Ananta Burin Resort untuk malam pertama dan terakhir di sana. Sebab kitaorang sangat puas hati duduk situ. Nyaman. Ha nak tahu next price kitaorang dapat berapa? RM 130!! Kurang 2 hinggit! Good news la kan?


Nak tahu package apa yang kitaorang ambil, tunggu next entry. Rasa tak sabau sangat boleh email atau tweet me : http://twitter.com/#!/ByzuraMJ ;)


7 comments:

Lynn Abd Latib said...

Tak sabar tggu next entry - mcm best jek.

Byzura Mj (By) said...

littlehumblelynn : both of us suka!!

Fariza said...

ni yg x sabar g krabi.
bestnya.
excited !!!
have a nice honeymoon

Byzura Mj (By) said...

Fariza : hehehe. bila pergi?

Aty Fared said...

beshnyer gi karabi..!! setakat ni hanye dapat jalan2 dalam negare jer..tu pon hanye curik2 mase... kalau nak gi karabi kene amik cuti lame..tu yang tak dapat2 pegi lagi tu.. teringin naak pergi..!!! ramai kawan2 blogger dah pergi...!! :)

Byzura Mj (By) said...

aTy _faRed~ : pergilah! 4 hari 3 malam cukup. Tapi by suggest seminggu. hakhakhak. banyak aktiviti sana tau! banyak tempat leh pergi!!

Liyana said...

nak pegi jgk..x sempat nak honeymoon lagi..sobb..sobb..