Awas entry ini panjang!
Masuk hari 2. Serius malam pertama tu tidur awal sebab tak sabar nak pergi pulau. Kitaorang ambil package dengan ANNE TRAVEL. Kalau perasan, ada gambar ANNE TRAVEL dekat entry day 1 {click}.
Untuk hari ke-2, kitaorang start dengan island tour. Kitaorang ambil package One Day Tour Phi Phi Island. Sebanyak 8 tempat yo! Banyakkkk! Dapat dalam 950 bath per person (lebih kurang RM 95 termasuk makan minum dan juga desert ateh bot). Nasib Wak tak ambil dari agent yang orang taxi tu suggest. Melampau dia charge tau sampai 1500 bath per person!
Aku pagi-pagi dah gerak Wak bangun tidur, nak pekena sarapan pagi dekat sana. Oh ya kitaorang tak ambil pun breakfast kat hotel sebab ade pork. So jimat di situ. Dengan tak mandinya pecut naik skutter :D. Nak cepat sebab transport pickup dalam pukul 8.30 pagi.
Ronda-ronda jumpa orang muslim jual. Kalau nak yakin, pergi gerai orang muslim yang berhampiran dengan masjid. Selalunya dekat masjid memang banyak gerai muslim.
Ingat nak lepak sini. Tapi takut tertinggal so tapau je la.
Dan siap tapau, pergi hantar skutter. Sempat snap gambar. Ni jalan area resort kitaorang.
Dan seterusnya, masa untuk menjamah selera!

Untuk aku, nasi kerabu. Nasi kerabu dia tak ada sambal tumis budu. Tapi, dia bagi macam kicap. Bila gaul dengan nasi tu kan, rasa cukup segala! Dan untuk wak, nasi kuning. Ada gulai ayam dan ulam. Ulam wak tak makan maka isteri dialah menjadi kambing untuk hari itu. Hahahaha. Ayam goreng tu terbaik! Ayam tu jadi faberet Wak sampai hari ni. Kejap-kejap dia suruh goreng ayam Krabi. Nak resepi? hehehe.
Lepas beri-beri semua, kitaorang sedia menunggu transport di lobi. Baik beri dulu sebelum pergi. Nanti bila dah naik boat. Terpaksa pakai plastik. Hakhakhak. Dalam boat tu tak ada toilet oit!




Lepas tu, boat kitaorang stop dekat Hin Klarg. Guider akan lepaskan kitaorang untuk snorkellling.
Deng! Tengok aku pegang apa!! Katanya, orang jepun makan untuk dibuat sushi. Wak taknak pegang takut. Hahaha. Tu lah guider kitaorang yang pshyco. Sebuk dia cakap, if want to touch.. please dont cry.. Hampeh!
Lepas dah penat snork, kitaorang diberi makanan di sini, Phi Phi Don. Ni semua dalam package aku ambil. Just guna duit untuk beli gift je. Nak juga kenangan kan?
Ni makanan aku. Gila tamak kan? Lapoooo! Lepas dah siap makan aku pergi ambil tomyam dengan desert pulak . Yang macam fish & chip tu berapa kali aku topup. Sedap weh kalau pekena dengan sos Thai.
Ni perkarangan Phi Phi Don! Cantik bukan? Eh bukan aku tapi permandangan :D.
Lepas makan, kitaorang dilepaskan sekali lagi untuk snork. Open sea snorkelling!! Banyak tiger fish katanya, beware!
Tengoklah aksi aku seronok yang tak terhingga bila tengok ikan T.TLepas je tengok 1 pulau, tetiba hujan lebat. Terpaksa pulang sebab cuaca tak mengizinkan. Oh kitaorang redha sebab rasa banyaknya tempat dia bawa kitaorang.
Dalam-dalam hujan tu, dia hidang pulak desert!!
Dan pabila larut malam, kitaorang berjalan ke kedai tepi pantai.
End of day 2! Seronok sangat!! Sampai lupa nak buat anak. Eh.
Day 3 aktiviti lain ;)

6 comments:
Kak by amik agency sama gn fara gn onie amik...hehehhe...
bestttt..nak lagi! nak lgi!
fara : korang thru air asiakan?
mrs.spicy : dah dah. next entry day 3 lak! :P
by;..cantik nyer picca,,teringin nk pi...
LittleSunshine: pica cantik sebab pemandangan kat sana cantik! huhuhu miss that moment.
Post a Comment