Thursday, August 4, 2011

Krabi LOVE : Day 3.

(Sambungan Day1, Day 2)

Oh ya lupa nak bagi tahu. Ada yang bertanya aku ambil package dengan ANNE TRAVEL tu walk in, call atau macam mana. Jawapannya, aku just walk in. Banyak agency kat sana. Tapi, agent yang ini paling berkenan di hati.



Untuk aktiviti hari ke-3, kitaorang pilih Canoeing program! Tak sabar tau, malam ke-2 tu masing-masing duk berangan atas katil. Wak tak habis-habis cerita pasal James Bond. Oh ya dalam program ni, kitaorang akan singgah ke James Bond Island! Wak la yang paling beria nak ke sana. Gajah-gajah tak mo katanya. Nak naik gajah pergi balik Mentakab -_-.

Masa ni survey lagi aktiviti apa yang kitaorang boleh join. Nak cari untuk keesokkannya. Tapi, untuk program keesokkannya dah tak sempat nak join mana-mana sebab flight kitaorang pukul 1.25 petang macam tu. Sedih T__T. Kalau ikutkan di Krabi banyak gila aktiviti. Memang tak cukup 4 hari. Kena pergi seminggu dan lebih.

Sebelum kitaorang bertolak untuk program seterusnya, kitaorang pekena pancake untuk breakfast. Wak pilih choc pancake dan aku pilih tuna pancake. Last-last, wak dan aku berebut tuna pancake -___-" sedap oit!

Tu, Rot selaku tourist guide. Dalam van tu hanya ada 6 couple sahaja! Suka. Aku kalau boleh tak suka ramai-ramai sebab nak feel honeymoon :P.



Ok dah sampai destinasi! Gerak!!


Kitaorang tak naik speed boat kali ni, tapi kitaorang naik longtail boat untuk ke James Bond Island. Best!


Ada 1 couple dari Indonesia, 1 couple mat salleh dan 1 couple op kos JAWA! :D

Sungguh tak tipu. Permandangan cantik! Bila di tengah laut rasa macam kita dah end of world! Gagagagaga.


Lerrr minah ni tak habis-habis -_-


Yeay! (macam kanak-kanak riang -_-") dah sampai James Bond Island!


James bond jawa tahun 2011 :P.

Aku tak ingat tahun berapa. Tak silap James Bond sekitar tahun 60an macam tu. Diaorang buat penggambaran kat sini.


ouuuuuw geli :D


Kat sini ada beberapa buah kedai yang menjual kraftangan, mutiara dan lain-lain. Aku beli fridge magnet je. Cukup lah itu untuk kenangan.


Lepas berjalan, posing sana sini... kitaorang menghala ke Lot Cave untuk canoeing woit! Teruja!

Sebelum pergi kitaorang duduk atas ferri ni dulu.


Deng! Lalu bawah ni tau!! Best! Cantik sangat batu-batu dalam cave tu.


Dan juga lalu di laluan ini! Kena baring sebaring mana yang boleh. hahaha


Lepas tu kitaorang pergi mangrove forest area. Cantik! Hijau je tau..


Best haku dan wak dulu macam raja dan pemaisuri. Orang tu yang kayuh. Heeee.

Lepas tu, kitaorang dilepaskan untuk kayak selama 5-10 minit. Wak la kayuh, aku semputttttt :P



Banyak gambar, tapi kalau tepek sini...mau korang muntah. Hahaha


Lepas dah minum-minum ringan, kitaorang di bawa pula ke Restoran Koh Panyee (floating village). Makan time!! Di sini, 100% orang muslim so jangan risau.


Arrrrr rindu makanan ni! Sedap!!!! Sangat puas hati.


Kami ^__^


Habis je makan, aku ajak wak pergi jalan-jalan sekitar kampung terapung. Ada sekolah, padang bola. Haaa jangan tatau.

Wak biasalah kalau dah jumpa padang bola, mesti dia feel macam pemain negara -__-


Done program atas air. Kita ke darat pulak.


Ke Suwankhuha Temple, Monkey cave. Gambar tak leh banyak nanti timbul spekulasi lak. Tak pasal cakap aku pergi jumpa sami :P


Disebabkan hujan, Rot tanya kitaorang nak pergi ke tak ke tempat air terjun. Ni pun ada dalam program sehari ni juga. Kitaorang semua setuju nak pergi. Just tengok pun ok.

Aavan Waterfall yang bertingkat-tingkat. Kalau leh mandi sure aku dah terjun. Rot cakap, kalau tak hujan air dia jernih gila. Wak next time kita repeat nak? :P


Dalam pukul 5.30 petang, kitaorang balik ke hotel. Oh ya jangan risau, kalau ikut trip-trip ni, agent akan pickup kat hotel. Kita tunggu je kat lobi.


Petang tu, aku dan wak habiskan masa di swimming pool untuk tunggu aktiviti malam.



Dan bila malam tiba, kitaorang ke Krabi town!!


Suasana Krabi town. Pergi malam Jumaat - Sabtu (ke Ahad) tau ada night market.


Makan malam! Sedap semuanya!! Betul tak tipu. Makanan hanya berharga sekitar rm 2. Air juice bland tu pun.Murah-murah.



Dan....


Last aktiviti adalah membetulkan tulang badan sebelum pulang ke Malaysia pada keesokkan harinya. Ya, kitaorang pergi berurut! Memang tip top tempat dia. Keadaan dalam bilik tu gelap, lepas tu di dendangkan dengan lagu-lagu desiran ombak. Tenang! Wak pilih thai massage sebab dia nak ganas-ganas sikit.. Dan aku pilih oil massage. Total all RM 65 untuk 2 orang. Murahkan kan kan?? Abaikan gambar di atas dengan muka berminyak itu. Muka tu baru lepas massage :P.







Then kitaorang balik buat anak. hakhakhakhak balik ke hotel dengan keadaan badan yang ringan dan mengantoks!







Eh belum habis lagi. Ada lagi aktiviti day 4 (aktiviti last sebelum kitaorang bertolak balik ke Malaysia)







4 comments:

adventure mama said...

wahhh beshnyee krabi...i pun nak pg bulan 9 nnt..hehe..at least tgk blog u da tau nak pg mane...:P

Byzura Mj (By) said...

@iedchan : nak itut! hehehe banyak aktiviti kat sana. depends on you. hehehe

Anonymous said...

wah bestnyer jejalan kat pantai...huhu

Byzura Mj (By) said...

~AmyLiana86~ : bukan pantai je Amy, pulau.. hehehe. Best!