Friday, August 5, 2011

Krabi LOVE : Day 4.

(Sambungan Day1, Day 2, Day 3)


Dengan lafaz bismillahirrahmanirrahim,


aku dengan ini, istiharkan ini adalah entry last aku honeymoon kat Krabi. Dapat juga aku habiskan. Yes! Hehehehe.


Last day kitaorang just habiskan masa berdua, pergi jalan-jalan. Sesungguhnya macam nak sambung percutian. Tak cukup oit!

Sebelum meninggalkan bilik, ambil gambar kat bilik buat kenangan. Nak tahu? Kat kolam tulah, wak mengalami kemalangan. Boleh dia pergi gesel hidung dia kat tepi kolam tu -_-". Nasib tak patah.

Wak dengan skuternya.. Di sewa dengan harga RM 15 .. 24 jam. Actually, kitaorang nak pergi cari makanan dulu ni. Lapooor. Nak pergi gerai semalam, nak lepak-lepak dengan orang kampung.


Tapi gerai tu tutup. Tak ada rejeki. Lepastu, kitaorang singgah gerai jual laksa dan burger.

Ha aku repeat sekali lagi laksa ni. Aku lupa nama dia.. padahal haritu sibuk aku tanya apa nama dia. Rasa dia? Macam laksa johor. Cuma dia tak ada sambal belacan. Tapi, kuah dia dah cukup segala. Serius sedap!


Ha ulam selambak ni, adalah ulam untuk dimakan bersama laksa tadi!!! Sedap!! Fresh. Aku dah macam kambing dah. hakhakhak.

Oh jangan jeles dengan burger wak ni. Beef chesse burger! Ya ampun sedap!!!

Dan kali kedua aku repeat banana shake. Wak, choc shake.


Dah makan, kitaorang pergi The Saloon!

Aku tak potong pun rambut. Treatment ke hape pun tak buat, padahal murah (terasa rugi) . Wak je potong rambut. Dia beria-ria sangat nak potong rambut. Nak try katanya -_-


Tadaaaa~ macam abang-abang tak? :P



Lepas tu, kitaorang pergi berjalan-jalan di kedai tepi pantai sebab nak beli sedikit gift nak bawa balik Malaysia. Bila lagi nak pergi :( (ayat kesian, semoga wak terbaca hakhakhak)


Oh sempatttttt kan? Bercanda di persisiran pantai :P


Dah habis posing, kitaorang balik ke resort. Double check barang sebelum pulang.

Lupa plak nak ambil gambar kat resort. Nahhh hamik! Us~


Wak tak habis-habis berdoa sebelum balik tu.. Dia doa janganlah flight delay...OBER!{read: over!}


Sebab apa tak nak delay??

sebab dia nak pergi tengok abang-abang dia main bola. Ni lah aksi wak terlampau. OBER lagi!

Selamat sampai ke Malaysia! Wak yang paling gembira hari kejadian.



Semoga kita dapat pergi honeymoon lagi ;)

+ Tamat +

5 comments:

Fariza said...

syoknya.
ala... nanti fariza dpt g bp hari je. hu3
syoklah naik motor. romantiknya. suka...
makanan menyelerakan, lg2 tgh puasa ni. ha3

Byzura Mj (By) said...

Fariza : hahahaha. bila pergi?

littlehumblelynn said...

By

bab paling best masa cuti adalah makan.
Rasanya mmg teringin nk pg,dok usha AA promo dulu.

Salam ramadhan dik.

Fariza said...

fariza g next year. tp x reti2 nk sabar. miahahaha. xlah. harus sabar.

Byzura Mj (By) said...

Fariza : takpe. berangan dulu itu HARUS! hahaha