Showing posts with label Thailand. Show all posts
Showing posts with label Thailand. Show all posts

Friday, August 5, 2011

Krabi LOVE : Day 4.

(Sambungan Day1, Day 2, Day 3)


Dengan lafaz bismillahirrahmanirrahim,


aku dengan ini, istiharkan ini adalah entry last aku honeymoon kat Krabi. Dapat juga aku habiskan. Yes! Hehehehe.


Last day kitaorang just habiskan masa berdua, pergi jalan-jalan. Sesungguhnya macam nak sambung percutian. Tak cukup oit!

Sebelum meninggalkan bilik, ambil gambar kat bilik buat kenangan. Nak tahu? Kat kolam tulah, wak mengalami kemalangan. Boleh dia pergi gesel hidung dia kat tepi kolam tu -_-". Nasib tak patah.

Wak dengan skuternya.. Di sewa dengan harga RM 15 .. 24 jam. Actually, kitaorang nak pergi cari makanan dulu ni. Lapooor. Nak pergi gerai semalam, nak lepak-lepak dengan orang kampung.


Tapi gerai tu tutup. Tak ada rejeki. Lepastu, kitaorang singgah gerai jual laksa dan burger.

Ha aku repeat sekali lagi laksa ni. Aku lupa nama dia.. padahal haritu sibuk aku tanya apa nama dia. Rasa dia? Macam laksa johor. Cuma dia tak ada sambal belacan. Tapi, kuah dia dah cukup segala. Serius sedap!


Ha ulam selambak ni, adalah ulam untuk dimakan bersama laksa tadi!!! Sedap!! Fresh. Aku dah macam kambing dah. hakhakhak.

Oh jangan jeles dengan burger wak ni. Beef chesse burger! Ya ampun sedap!!!

Dan kali kedua aku repeat banana shake. Wak, choc shake.


Dah makan, kitaorang pergi The Saloon!

Aku tak potong pun rambut. Treatment ke hape pun tak buat, padahal murah (terasa rugi) . Wak je potong rambut. Dia beria-ria sangat nak potong rambut. Nak try katanya -_-


Tadaaaa~ macam abang-abang tak? :P



Lepas tu, kitaorang pergi berjalan-jalan di kedai tepi pantai sebab nak beli sedikit gift nak bawa balik Malaysia. Bila lagi nak pergi :( (ayat kesian, semoga wak terbaca hakhakhak)


Oh sempatttttt kan? Bercanda di persisiran pantai :P


Dah habis posing, kitaorang balik ke resort. Double check barang sebelum pulang.

Lupa plak nak ambil gambar kat resort. Nahhh hamik! Us~


Wak tak habis-habis berdoa sebelum balik tu.. Dia doa janganlah flight delay...OBER!{read: over!}


Sebab apa tak nak delay??

sebab dia nak pergi tengok abang-abang dia main bola. Ni lah aksi wak terlampau. OBER lagi!

Selamat sampai ke Malaysia! Wak yang paling gembira hari kejadian.



Semoga kita dapat pergi honeymoon lagi ;)

+ Tamat +

Wednesday, July 20, 2011

WORDLESS WEDNESDAY 0.2

Banana Nuttela Pancake. Ada yang tahu tak?



Entry Krabi akan menyusul. Aku siap bawa laptop balik rumah tau. Semata -mata untuk mengarang! Oh dah lama tak menaip panjang-panjang. OK jangan muntah baca entry panjang-panjang :P.


Tuesday, April 26, 2011

Golok, Thailand.

*entry lama yang ada di dalam draft


Ingat lagi masa waktu kecil, kalau mak dan kak ani nak masuk Golok.. aku lah orang yang kena duk seberang (Rantau Panjang, Kelantan) sebab aku seorang tak ada passport. Hua hua hua. Maklumlah, dulu nak ada passport pun tak mampu.


Sekarang, bila kerja.. nah! Sudah ada passport ;)...*kecohhhhhhhhhhhhh~ hahahaha


Kitaorang masuk Golok tak melalu imigresen. Kitaorang seludup masuk ikut jalan lain. Hahaha. Ada bran? Selambe je. Kalau kena masuk penjara Thailand haaa tak kawin nanti haku nyah!


*so, jangan tiru saya :P

Kitaorang ikut sungai! Naik boat. Salah sorang dari kitaorang tak bawa IC lagi. So, berlakon buat deekkkk :D. Lepas hokeh!


Dekat je. Tu dah Golok, Thailand.


BIL buat-buat daftar untuk satu group. Aku dan yang lain, dah lari ke hadapan. Hahaha.

OK. Masa untuk naik motor ke Golok town. RM 3 untuk satu orang. Best woo dapat naik dengan mamat Thailand hensem. Hahaha. Wak? Dia naik dengan orang lain.

Dah sampai! Sila terjah dari satu kedai dan ke satu kedai. Banyak gila kedai! Sayangnya baju lelaki kurang. Hahaha. Maaf wahai lelaki. This is woman time!!


Nina pun dah kemaruk baju. Mana tak nya murah. Oh lupa nak cerita, kat sini boleh terima duit Malaysia dan Thailand. So tak perlu tukar duit Thailand. Lagi pun nilai harga dia sama je dengan kita. Contoh la kan, 100 baht duit dia sama dengan rm10 duit kita.


Sandal-sandal ini semuanya RM 15 je you alls.


Mak biasalah. Tak habis-habis dengan kacang. Dia penggemar kacang. Sampaikan kartun kacang kat RTM1 pun dia layan tak pernah miss -_-"

Ewah sempat! Untuk tatapan semua. Haha.

Ni kuih pelik aku jumpa kat Golok. Kuih perahu apa ntah. Dalam dia kacang. Tapi makan dengan cili api?? Tak mampu nak mencuba sebab time ni dah kenyang dah belasah nasi Paprik! Oh sini tak delah susah nak makan, sebab ramai muslim.

Kedai brooch ni aku tak pergi. Mak dan lain-lain pergi. Sebab, aku dan akak aku kena tinggal.. kitaorang dah taksub dengan baju tidur masa tu. Hahaha


Sesudah selesai shopping. Marilah kita terjah Rantau Panjang pula ;). Wak Ajim sibuk nak cari baju bola. Gred A sini murah! Ok layan. Bagi fair :P

Di Rantau Panjang tak beli apa apa pun. Just layan colek buah je! Sedappp!



Oh ya B2B, di Rantau Panjang ada jual doorgift yang murah hokeh!



Semput tak baca entry ni? :P


.:. By .:.

Friday, February 4, 2011

Hari terkahir di Hat Yai, Thailand.

OK ni entry untuk last day kat Hat Yai. Just pergi jalan 2 hari je. Hari last adalah hari penghabisan untuk bershopping! Pagi-pagi, kakak dah ajak pergi Pasar Pagi Hat Yai.


Tak nak lepaskan peluang. Suka je tengok suasana pagi kat sana. Meriah! Ada jual ulam-ulaman, sayur, bunga semualah!! Termasuk pork, katak, kura-kura..ular...erkk??hehe. Betul tak tipu.


Geram tengok bunga. Kat sana murah-murah!! Kat sini kenapa mahal kan? *sedih*


Suasana pagi. Kakak sampai terlocat-locat nampak katak. Hahaha. Lawak.


Kerepek jangan cakaplah. Memang banyak. Halal atau tak je. Sekali keropok kulit ular :P.. Haaaa


Lepas je pergi pasar pagi.. Pergi berjalan-jalan sekitar town. Masa ni, dah tak larat nak ambil gambar... Penat macam patah pinggang.


Habis berjalan, sambil-sambil tunggu bas.. sempat buat manicure =D. Boleh berangan diva kejap. Hahaha.




Lepas je buat manicure, sempat potong rambut sekali!!! Puas hati. Sekarang sudah berambut pendek ya dek non.




Sekian laporan short vacation, Hat Yai, Thailand....next!!!!!!!!!! :D;
.:. By .:.

Thursday, February 3, 2011

Night Market. Hat Yai, Thailand.

Salam, cewah. Habis tertunggak cerita kan? Nak tulis je orang ni panggil.. nak keluar lah apa lah. Kata cuti -_-". Last-last save je dalam draft.


Ok sambung. Bila malam hari, kakak ajak aku pergi pasar malam kat Hat Yai. Naik tuttut..RM 2.
Bila sampai je.. mak ai.. lagi banyak barang-barang perempuan! Bayangkan sampai tak tahu nak pilih yang mana. Rambang mata.


Sini tak adalah barang yang branded. Cuma biasa-biasa je...Banyak barang seperti kasut, baju, aksesori wanita, spender wanita pun ada. Hihihi. opssss~


Murah-murah. Kata penjual tu, kedai branded beli kat sini juga..tapi sampai kat sana packaging dan cop lain. Huhuhu. Mungkin ada betulnya juga kan? No komen =D.


Jom saksikan apa ada kat sana.

Kasut yang bermacam jenis. Kasut macam Ayu Raudah pakai masa bersanding pun ado.


Minah ni tak dijual ya. maap. hahaha


Beranika topi!


Aksesori!!



ok yang ni lelaki terpaksa tutup mata. Hahaha. Betul ni tak tipu.


Spender!! Hahaha murah-murah!! 5 helai rm 10 =D.


Baju!! Berjenis-jenis baju ada.



Lepas je jalan-jalan ke pasar malam. Kitaorang lepak kat gerai-gerai depan hotel. Sangat-sangat meriah. Macam-macam ada jual. Ada makanan, ada pakaian, ada jual handbag. Kalau malas nak berjalan. Jalan depan hotel pun dah cukup.


Ni salah satu gerai muslim. Jual nasi briayani, som tam dan ayam goreng.


Kat sana memang femes pulut mangga. Sepanjang jalan mesti nampak pulut mangga ni.


Dim sum kan? Sedappp.


Yang ni dia akan bakar dan letakkan sos thai. sedappp jugak!


.:. By .:.

Wednesday, February 2, 2011

Di sekitar Hat Yai, Thailand pada waktu pagi dan petang.

Ni cuma short vacation. Just teman kakak berjalan-jalan. Dia dah lama tak pergi Hat Yai. Aku? Lagilah, tak pernah pergi :D. First time masuk belah siam nu.. Erm Hat Yai?? Boleh dikatakan syurga membeli belah! =D


Pergi hari Jumaat malam dalam pukul 10.30 malam dengan menaiki bas. Sampai sana lebih kurang pukul 6 pagi. Cuma satu je lecehnya naik bas ni. Kena turun naik bas untuk cop kat borderpass. Lain semua ok.


Ni borderpass nak masuk Thailand.


Sampai je Hat Yai terus check in di Mayflower hotel. Rupanya senang je nak cari hotel kat Hat Yai ni.. memang banyak. Mayflower ni kira ok lah, 3 bintang kot. Semalam RM 90, 900 bat Thailand lebih kurang... Ni untuk 2 katil single ok! Aku kongsi dengan kakak untuk satu katil...hihihi. Yang lagi satu katil, bagi kat kawan kakak. Kata nak tidur je kan?

Di kaunter Mayflower hotel.


Lepas je check in, mandi, basuhkan badan bagi segar.. haruslah mengisi perut terlebih dahulu.


Isi perut di Salwa Restoran. Restoran ni adalah restoran makanan halal. Kat Hat Yai kena tengok gak kedai makan dia... Sekali ada pork goreng kicap halia. Bukan ada pork je, ada ular goreng sekali. Haaaaaaaaaa tak ke haru? -_-"


Lepas isi perut haruslah berjalan di sekitar bandar Hat Yai.


Penuh dengan baju wanita! Suka!!!



Di Pasar Hat Yai. Aku lupa lah nama dia. Sekali tengok macam Pasar yang dekat Penang tu kan?


Naik tut tut. RM 2 ke mana sahaja.


Di Plaza Hat Yai. Memang berbaloi-baloi.. Sampai tak tahu nak pilih mana satu. Banyak sangat pilihan!


Lepas je jalan-jalan.. Kitaorang singgah ke gerai-gerai tepi hotel. Saja lepak-lepak cari makanan.

Antara yang terfemes kat sana. Nenas!!! Makan dengan sos cili pedas!


Lepas tu haruslah pekena pulut mangga!


Dan yang paling best mestilah pulut duriannnnnnnnnnn!! yum yum!!! Tiba terasa nak makan! Huahuahuahua.



Malam kami ke Night Market!! Ha lagi berbaloi tau!


.:. By .:.