Wednesday, January 4, 2012

Mengenai checkup for pregnancy.

Ramai yang tanya pasal checkup-men-checkup ni. Di mana, macam mana...So far aku buat checkup dekat 2 tempat. Satu klinik kerajaan (masa 5 bulan baru aku register) dan satu lagi dekat klinik panel, Klinik Perubatan Menara (dekat dengan office).


Kalau ada yang me-was-waskan aku selalu ke UMRA, Shah Alam. Rasanya macam banyak tempat je aku pergi hahaha. Tapi, yang tetap, klinik kerajaan dengan klinik panel je :).


Kenapa aku buat 2 tempat? Memula itu aku buat satu tempat je. Konon malas nak tempat lain. Lagipun senangkan dekat office je. Tapi setelah di kaji selidik dan nasihat dari family, aku buat juga checkup dekat klinik kerajaan. Dan kini baru aku tahu ada pro n cons nya.


Senang kalau ada buku PINK tu, incase kalau kita tumpah darah ke apa kan.. memang rujuk kerajaan. Hospital swasta tiada jaminan untuk itu...Macam swasta pula, layanan memang tip top. Kalau kita nak consult dari gynae swasta pun tip top. Tapi kalau gov ni paham je lah, kadang-kadang garang tsssk .


Itulah sebabnya aku buat 2 tempat. Janji baby aku sihat, aku sanggup buat apa sahaja :). Tapi, depends kalau rasa yakin just continue je apa yang ada sekarang.


Sekarang, aku duk fikir di manakah tempatnya aku akan bersalin! Hahaha kompius mak. Ada sesiapa nak bagi suggestion? Area Shah Alam, Damansara, Klang atau Sungai Buluh mana yang ok?




3 comments:

Shasha Azmar said...

anggerik pun masih kompius kat mana nak bersalin.samada kat hospital gomen atau swasta.sebabnya mcm anggerik kat kajang ni,hospital gomen terdekat adalah kajang.tapi yg tak bestnya, hospital kajang tak benarkan hubby masuk labour room.anggerik nak 1st baby ni biarlah hubby ada dgn anggerik msa sesi menge'push' nanti.poning den..

Byzura Mj (By) said...

anggerikhijau : samalah. Nak PPUM tapi dia tak bg husband masuk gak. erm hospital sungai buloh bagi...tgh fikir lagi huhu.

Suzie Ahmad said...

aku ade xperience bersalin 2-2 (govt & pvt) so far alhamdulillah.. 2-2 ok & best.. rezeki kot.. 1st bersalin hospital serdang.. ms tu thn 2008 hospital tu baru 3thn beroperasi.. hubby bole masuk & procedure pun ok jer smooth.. xde la garang ker ape ker.. xtau la sb baru ker ape.. yg 2nd kat Ampang puteri.. service mmg la tip top sb kebetulan ms nk bersalin tu mmg betul2 aku sorg jer yg nak bersalin mlm tu.. so tumpuan mmg kt aku sorg jer la + specialist doc yg monitor.. sebenarnya depends pada keadaan kot.. sb ade gak member yg bersalin hospital serdang dia ckp teruk gak dia kene.. nk citer pjg la plak.. ;)