Thursday, February 23, 2012

Persoalan dan jawapan : Honeymoon Krabi.


Hai semua!

Wah lama tak buat entry persoalan dari pembaca. Cewah ayat aku! Wahai Andy Chester boleh kan kita share sini :P. 


andy chester 
Feb 22 (1 day ago)
to me
salam, blh syer tny pergi hneymoon at Krabi ade pkai pckage ker??
blh suggest x pckage yg kamu ambil, and brape byk habis untuk pckage 4 hari tu???
tq...


Ramai yang tanya actually... tapi tak kesempatan nak menjawab.. nak nak tengah jadi mak buyung ni..hekhekhekhek.


OK kita start.


1. Pergi Honeymoon ada pakai package ke?

Kitaorang pergi tak ikut travel agent atau package mana-mana.. just gamble...Sampai sana baru cari travel agent untuk aktiviti kami di sana (lagi murah kosnya :) ). 


2. Boleh suggest tak package kamu ambil?

Untuk hari pertama kitaorang pilih untuk island visit. Sana banyak pulau.. yang ni package untuk 1 hari siap makan. Sangat-sangat berbaloi.. kita orang pilih package One Day Travel Phi Phi island. Di mana kitaorang akan di bawa ke Maya Bay (salah satu lokasi filem the beach). Details klik sini.

Hari ke-2, kitaorang pilih Canoeing program, sebab wak (my husband) nak sangat ke James bond Island..Nak tengok details boleh klik sini ;)


3. Berapa banyak habis untuk 4 hari tu?

Actually, hotel kitaorang book dulu untuk 1 nite dekat agoda.com dapat RM132 untuk 1 malam. Konon-konon nak ambil hotel lain untuk next day, tapi dah dapat pool access kitaorang stay terus dekat hotel yang sama. Kitaorang dapat harga lagi murah! RM 128 (kalau tak silap).


so bila calculate..


Hotel : 132 + 128 + 128 = RM 388
Package aktiviti : RM 180 (One Day Travel Phi Phi island & Canoeing program ) seorang.
Untuk belanja : RM 1000 je :) itupun ada lebih...hekhekhekhek.
Tiket AA :  Dapat RM 108 kot sorang.. tak ingat dah ;)


Tips: Plan awal-awal kalau nak travel. Boleh save cost! Itu sahaja pesanan daripada By! :P





2 comments:

S.n.Fariza said...

terima kasih :)

Julie M Gumpil said...

Good info... nak tukar blog? see u k...