Wednesday, June 20, 2012

Kepala ku yang botak.

Aha not me. no no no no *jari telunjuk goyang kiri ke kanan*


Botak itu mestilah Faris :D. Minggu ni genap Faris akan cukur ke-5 kali, so lagi 2 kali nak cukupkan 7 (di hari Jumaat). Ni pesanan mak. Dia cakap anak lelaki elok cukur 7 kali beserta selawat 7 kali di hari Jumaat. Katanya lagi, anak akan jadi baik, dengar kata dan bijak.


So far, masa Suci dulu pernahlah cukur selama 7 kali ni. Ternyata memang Suci baik. Tak usik kalau barang-barang kaca atas meja ke. Buat hal sendiri je. Memang untung kakak aku. Aku belum tahu lagi Faris cam mana. Nanti kita saksikan hekhekhekhek


Faris ni agak terlambat cukur jambul...Ustaz pun tegur ritu. Aku cakap nak tunggu majlis sebab nanti tak ada pula rambut nak potong. Ustaz tu cakap seeloknya selepas 7 hari di lahirkan. Buang segala kekotoran kat badan dia, InsyaAllah dia akan jadi baik. (Masa tu Faris agak penangis orangnya)


Oh memang sedar dah lambat nak cukur. Memang salah diri sendiri.


Now Faris ok sangat...memang boleh dipuji. Kadang-kadang je la dia meragam. Masa tu meroyan la kejap ha ha ha ha.


Lepas je majlis cukur jambul..Faris botak dah, sampai sekarang. Tunggu habis 7 kali la, baru rambut Faris tumbuh...Tak sabar rasanya nak buat rambut dia ala ala anak Beckam hak hak hak.


Ni gambar Faris masa sebelum dan selepas dibotakkan.


Rindu Faris (masa ni)



dah start membotakkan diri oleh abah beliau T____T


Saya dah botak! Kunun nak amik gambar macam orang "propicional", tetiba Faris jerit. Ha amik ko! :D


Yeah menjadi! Dia duk diam je.



Helo budak mutakkkkkkkk LOVE you!

4 comments:

Mag said...

br tahu budak lelaki kene cukur banyak kali

armouris said...

terjumpa info ni, pasal botak… sharing is caring :) - Botak, Keguguran Rambut Masalah Keturunan

Byzura Mj (By) said...

mrs.spicy: nanti i share dengan you buku yang ada juga cakap sebegini k :)

Byzura Mj (By) said...

armouris : sokay :). lots to share ekceli ;)