Wednesday, June 20, 2012

Faris di Bukit Gambang Water Park.

16.6 haritu, balik kampung...lepas tu kakak offer nak pergi Gambang tak? Apa lagi kan... aku ni pantang.....pantang ajak berjalan. hue hue hue.


Masa tu kadar jerebu agak kuat tapi memandangkan Pahang banyak hutan simpan, so kadar jerebu adalah kurang. Beranilah haku bawa Faris keluar. Lagipun Faris ni suka bebenar air. Macam abah dia kot. Abah dia kalau mandi mahu nak dekat sejam duk dalam bilik air. Ntah belek apa. Kalau aku 10 minit dah cukup lama bagi aku. Tak retilah nak duduk dalam bilik air tu lama-lama.


Faris, kalau nampak airkan...kaki dia memang tak duduk diam. Agaknya nak berenang macam anak SMS tu agaknya -_____-". Advance budak sekarang ni kan? Mak aku cakap, masa aku baby dulu asyik tidur je. Baby sekarang lain. Bijak semacam. Keluar perut terus celik biji mata dia -_-.


Kitaorang sampai Gambang nak dekat pukul 2 petang. So ok lah. Aku tak mandi pun, just Faris dengan abah dia je. Faris pun aku suruh wak rendam kaki je. Bagi dia merasa. Aku tak ada pantang larang. Mak aku lagilah, dia tanya apsal tak rendam Faris betul-betul. Ha ha ha. Ada orang tak kasi kan baby masuk kolam kecik-kecik ni kan?


Erm bagi aku, aku ok...Ala tengok mat saleh tu ok je kan campak baby derang kat dalam kolam...By ko bukan mat saleh....laki ko jawa ok jawa. Hahaha. Eh betul, aku ada baca memang elok untuk paru-paru dia. 


Bukan tak takut...takut tapi erm sampai bila kita tak expose anak kita kan? Tawakal je lah. Bila fikir negatif tak elok juga.


Ok ni ada sedikit gambar Faris dalam kolam dengan abah beliau. Banyak gambar tapi malas nak transfer dari tab.. layan je la eh.


Ko dah jadi abah wak? Hahahaha wak ni kan nampak je macam tak hirau anak..tapi bila nak pergi kerja ke mesti dia ambil gambar Faris..main dengan Faris. Pastu nampak muka dia lain...macam tak sanggup nak tinggalkan Faris. Syahdu lettewwww :D



Budak mutak ni kalau dah lepas kena air, sure dia tidur nyenyak. Kat rumah pun macam tu...kalau dia nangis, panaslah tu. Mandi-mandi..pastu dia tidur -_-". lama giler dia tidur waktu ni.. Senang mama dia nak makan :D.




Time ni nak balik dah...Kenapa lelaki tak nampak tua eh? Eh lupa memang wak muda setahun dari aku. Hahaha


Gambar aku bersama anak?
















Mestilah di kuarantin dulu...tunggu aku kurus dan maintain macam dulu. Hahahaha Aci?




2 comments:

CikNaa said...

same cam anak ciknaa..
rendam je dia ngan papa dia dalam tangki simpanan air yg besar tu.kemain suke dia.. hihi

Byzura Mj (By) said...

CikNaa: best kan cik na tengok aksi dia...hihihi tak sabar nak ajar dia swim swim :P