Wednesday, June 27, 2012

Pengalaman menerima kedatangan Tuan Muda Faris V1.1

Bismillahirrahmanirahim.

Sebelum start cerita mari kita saksikan gambar ini :D


wajah disinari cahaya bulan purnama. Ko hado? Muahahahaha. Gambar masa 32 weeks mengandungkan Faris.


OK start. Sambungan kepada entry yang INI. Siapa baca? Kalau Faris baca entry versi sambungan ni (,bila besar nanti) pun sure mama dia kena maki. Ape ke panjang sangat mama dia bercerita hahahaha.

Oh sambung pasal virus. Erm virus tu adalah sejenis penyakit kelamin. Penyakit tu tersebar daripada suami atau orang lain semasa bersama. Masa tu wak baru je lepas check darah masa dia masuk ward sebab sakit perut. Tak adalah pula doktor cakap dia ada penyakit tu.


Pelikkan?


Pada suatu hari, masa aku duduk kat ward bersalin. Doktor pakar tanya dekat aku, ada tak aku bersama orang lain? Ohhhhhhoi! Mana lah pernah. Cinta hati saya wak sajeeeew :D. So doktor pakar pelik mana datangnya virus tu. Dia cakap mengandung ni macam-macam. So dia tak bagi aku risau sangat.. Dia suruh makmal check darah aku. Dipendekkan cerita, check-check tak ada -__-. Alhamdulillah.


Tak payah la aku nyatakan pihak private mana yang salah check darah aku tu. Biarlah rahsia.


Banyak pengalaman aku masa duduk kat ward bersalin. Mula-mula seriau...Lepas tu macam hati ini redha apa yang akan berlaku.


Macam-macam  juga cerita dapat dikongsi dengan kakak-kakak yang nak bersalin masa tu. Dengar orang menjerit tahan sakit, nak beranak pun ada uolllssss. Pukul 2 pagi masa tidur pun boleh terkejut dengar orang menjerit nak beranak -____-".


Tapi bila dengar baby menangis dah keluar tengok dunia..rasa sejuk sangat hati ni.. Dalam hati selalu tertanya bilakah turn aku. Bila mama dapat jumpa Faris. Macam mana rupa, ikut sapa.. ..tak lupa juga suruh Faris kuat supaya aku dan Faris dapat berjumpa suatu hari nanti.......


to be continued............... :P




No comments: