Friday, June 22, 2012

Raja Suami.

Salam Jumaat uolss!


Malam semalam, lepak depan tv dengan mak, wak dengan Faris. Yang lain semua naik atas. Tidur gamaknya. Kitaorang just layan tv dengan Faris la. Faris suka borak-borak sekarang, ntah ikut sapa. Meleleh-leleh airliur kalau dia bercakap -____-". Dan yang paling best, dia dah pandai ketawa! Lawak je. Cepat betul baby membesar kan?


Mak layan drama kat tv3 sebenarnya...lepas tu baru teringat malam ni ada program ni...



Semanis Kurma :D. 
Eh dengar cerita uztazah ni kena komen pasal dia pakai baju bling-bling eh? #gosiptetiba



Memang selalu layan dengan wak. Yela apa salahnya tengok ceramah agama kan? Ni asyik bola siang malam. Kadang-kadang kena dengar ceramah untuk muhasabah diri. Nak nak wak. hehehehe. Macam la aku baik sangat :P


Semalam berkisarkan Raja Suami. Waaaah best! Banyak pesanan untuk wak. Wak lagi? :D. Ye untuk para suami..


Masa tajuk Raja Suami ni didebatkan dengan Ifa Raziah dengan Ustaz apa ntah..tak ingat. Dia cakap lah, kalau isteri membebel tu pasti ada sebab.Sebab, suruh kita(para suami) buat kerja. Ni bukan queen control. Kita fikir ke arah positif....hekhekhek terkena wak di situ.


Tambahnya lagi, apa salahnya kalau suami buat kerja tanpa arahan.. bangun pagi dah buat itu ini...Ni nak tunggu isteri mengarah je.. Pastu cakap isteri membebel dan suka mengarah. YES! Terkena kat batang hidung wak lagi. Hahahaha.


Pagi tadi, ada juga perubahan dekat wak. Tanpa disuruh dia buat semua...siapkan botol dan susu Faris.. Angkat barang Faris masuk dalam kete. Ha kan senang begitu wahai wak! Tak payah isteri you ni jadi singa betina hari hari..


So marilah kita tengok ceramah agama :D. Semoga kita berubah kepada lebih baik dari hari ke sehari. 




2 comments:

Qhaifa Nur said...

alhamdulillah, jika para suami berubah selepas ikuti ceramah berkenaan...

Byzura Mj (By) said...

Qhaifa Nur: alhamdulillah :)