Thursday, June 14, 2012

Susu merundum..

Sesiapa yang direct breastfeeding mesti takut if susu merundum kan? Yes, i'm also. Now aku dah start kerja...Pastinya pam-mengepam adalah menjadi rutin aku seharian. Takut-takut stok tak cukup. Like me, tak adalah banyak sangat stok..so far alhamdulillah. Itu je boleh aku katakan.


Sampai sekarang Faris belum lagi minum susu campur. Semuanya hasil ladang susu mamanya. Alhamdulillah.


Faris sangat-sangat kuat menyusu. Kalau dulu sejam sekali dia bangun. Tapi now ok..cuma dia minum sekali banyak pastu lama gila dia tidur. Kalau dia meragam boleh jadi kering gak susu aku hehehehehe.


Susu ibu ini memang bagus...tak nafikan. Dari lahir lagi aku usaha bagi susu cap gantung ni :P. Kan aku ada masalah air ketuban kurang masa mengandungkan Faris. So, masa Faris keluar je dari perut..kulit dia agak sedikit kering. Pakar dan nurse kat HSB (Hospital Sungai Buluh) memang suggestkan aku bagi susu yang banyak kepada Faris..Dari ke hari aku nampak perubahan dekat kulit Faris.


Then, masalah kedua aku adalah berdarah O...darah O ni memang senang anaknya kena sakit kuning.. So susu juga penawarnya. So far Faris tak kena kuning pun. Memang susu cap gantung ni terbaik lah! Tapi, tu semua atas usaha dan doa kita. Walaupun, Faris agak susah nak menyusu sebab mulut dia sangatlah kecil (ntah ikut sapa ntah, maybe selalu sangat tengok mulut lisa waktu mengandung dulu :P), so puting nak masuk mulut dia memang hazab..Puas jolok-jolok baru masuk hikhikhik.


Tapi, atas usaha dan bantuan nurse..aku dah jadi sangat selesa. Now Faris dah pandai kontrol..kalau susu tu agak laju dia lepaskan....agak-agak dia nak marah dia tariknya puting tu..hailahhh. cannot imagine waktu dia ada gigi nanti T_____T.


eh dah terlari tajuk :P.


Aku pernah mengalami masalah kekurangan susu. Pernah sekali pam tak keluar langsung...nak tahu apa sebabnya? Sebab aku minum kopi sedeguk! Aku teringin sangat nak minum, walaupun aku bukan lah penggemar kopi...Pastu dah tahu punca aku stop.


Aku berbalik pada minum air masak je...susu memang tak tinggal...kadang-kadang try hollick..kalau minum barli tu, memang banyak susu nya! suka!! Memang jadi batu-bata lah bila malam menjelma. Hahaha.


Bab pemakanan aku memang jaga sekarang. Walaupun orang cakap agak cerewet..tapi tak mengapalah..aku sedia berkorban demi Faris..


Jika susu Faris merundum suatu hari nanti, aku tetap redha....cuma dalah hati ini tetap berdoa agak Faris dapat susu mamanya sampai umur dia 2 tahun. amin amin amin...


Jika kita usaha, pasti ada hasilnyakan? Jika tuhan tak bagi hasilya, kita kena terima qada' dan qadar... ;)

12 comments:

mrs.spicy said...

join KIM dok bai? buat PP la kut..mcm aku booster oat, air longan kering tu aku rebus..kurma, susu..huhu..minum air banyak2..jangan seteres seteres..insyaAllah..doakan aku jugak nak bf maryam sampai 2 tahun..now pregnant mak risauuuu

Byzura Mj (By) said...

mrs.spicy: KIM? tu ape? hekhekhek...tautau..PP = pumping? Now dah buat..

oooo ok tips menarik.. aku makan gak kurma..

insyaAllah...kita doa sama sama amin :)

and last, ko pregnant??? taniahhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh beb! hapi for you!

celebration of love said...

Good luck... Habatussauda pun elok untuk milik boster... :)

SuZiE said...

gud luck! mmg akan ade 1 masa susu akan drop especially time dia dh kenal mknan pejal (dia akan kurang menyusu) or time ko nk period/tgh period or ko pregnant...
so far aku xsampai ke 2thn tu baru je gantung breast pump 3hari.. hehehe bkn sb susu merudum or dah kering tp Adam sendiri yg menolak. xnk susu ibu dah.. what to do..... sedih gak.. nk pakse pun xbole sb last2 nt susu tu terbuang or klu direct feed dia gigit jer.. ok la setahun 2bln je rezeki breastfeed Adam....

Byzura Mj (By) said...

celebration of love : realy? kena try ni :D thanks

Byzura Mj (By) said...

SuZiE: alhamdulillah ok la tu setahun...kira dah boleh bersyukur :D.

littlehumblelynn said...

Jgn risau byk2,insyaallah ada rezeki.yg ptg pumping & direct feeding.sentiasa kosongkn breast,so akn ada milk production.insyaallah boleh! !!

mrs.spicy said...

kumpulan ibu menyusu kat fb..semangat sikit buat kerja berkumpulan..haha

http://www.facebook.com/groups/KIM.susuibu/

CikNaa said...

same la ngan baby razin..
mulut kecik, lahir dulu punye la susah nk sumbat miss N kt mulut dia.. geram sesangat.skrg ni oke la sikit :)

Byzura Mj (By) said...

littlehumblelynn : insyaAllah kak lin! Semoga murah rezeki Faris. Amin.

Byzura Mj (By) said...

mrs.spicy : hahaha. ok aku usha nanti. Thanks!

Byzura Mj (By) said...

CikNaa : kan? Rasa macam nak nangis sekali bila dia susah nak masukkan mulut tu..skang dah ok, kita pulak yang takut. hahaha