Thursday, July 5, 2012

Bulan puasa memang susu berkurang ek?

Salam semua ;).

Cerita pasal susu ni.. Alhamdulillah Faris dah 3 bulan 1 minggu minum susu mamanya. Maka 3 bulan lagi nak habiskan fasa pertama (capai 6 bulan). Ohhhh tak sabar nak habiskan fasa pertama. Banyak lagi fasa-fasa berikutnya untuk menjadi lembu ternakan Faris hahahahaha.


Erm ni nak dekat bulan Ramadhan dah. Cepat je kan? Raya nanti Faris 5 bulan dah. Yeay!! Ingat nak start bagi Faris makan bila dia capai 4 bulan lebih la.. sebab kriteria dia dah ada...


Berbalik pada tajuk..adalah borak dengan kaum-kaum ibu... ada yang risau sebab takut ketiadaaan susu nanti bila puasa. Ada yang kejar buat stok susu...Me? Risau juga..stock bukan lah banyak sangat... cukup untuk faris 2 bulan cam tu.. pastu topup topup topup je.


Lepas tu Iz [Izzie] ada bagitau, dia ada terbaca Sazzy Falak punya blog ke apa.. dia cakap memang susu akan berkurang separuh.. Lain pula dengan pengalaman mak aku, dia kata susu ok tapi anak agak meragam sikit sebab susu tawar di bulan puasa.


Emmm ingat nak start test puasa sehari dua..


Ada yang suruh makan heavy-heavy nanti sahur.. Tapikan sahur nak makan heavy? Makan pun tak lalu hukhukhukhuk


So korang ada pengalaman tak? Meh la share ;)






Pesanan khidmat masyarakat, bersama-samalah kita menjadi ladang kepada anak kita. hahaha.

12 comments:

~AmyLiana86~ said...

amy xde pengalaman lg..xleh nk share la..sb amy baru je kawen..doa2 amy cepat dpt baby mcm by ek.. hehe

Byzura Mj (By) said...

~AmyLiana86~ : taniah Amy! insyaAllah ada rezeki awak k. amin.

Allene said...

Rasanya tak drop banyak sangat kot. Sebab masa lin ganti puasa ok je susunya,...

Byzura Mj (By) said...

Allene:

yeke? By tak test lagi.. minggu depan la test. Tapi insyaAllah kan? Doa banyak2.

ainnazari said...

aduh, risaunya,harap2 susu cukup la, dh la mmg x bt stok sgt pn..bby x nak, dia prefer fresh..huhuhu

SuZiE said...

sama mcm kes aku thn lepas.. beranak bln 4.. bln 8 dah pose. risau gak susu xcukp / kurang.. alhamdulillah lebih byk.. xberkurang pun... yg penting jgn skip pumping.. mlm tu after buka pose byk minum air masak.. jauhi ais..teh..kopi anything la yg berkafein.. mkn pun byk yg berkuah2.. paling penting always +ve. jgn tgu cik B penuh baru nk pump.. penuh ke xpenuh ke 3jam pump.. gud luck!!

Byzura Mj (By) said...

SuZiE : thanks Suzie! info sangat berguna.. tp kerja susah nak pump sangat kalau acapkali. Huhuhu. InsyaAllah kan. Moga dilimpahkan rezeki Faris.amin amin.

Byzura Mj (By) said...

ainnazari : ye ke? Cuba ajar dia..Lepas tu you buat suam suam..insyaAllah one day dia pasti nak. I pakai botol tomee so far ok.. Faris selesa.

PUAN SUE said...

su dah dapat ganti puasa 7 hari..breast mmg lembik je..hihi

mrs.spicy said...

jangan bagi lagi by dia makan..tunggu jer 6 bulan..lagipon dia kan fully bf..khasiat memang dah cukup.. banyak effect kalo baby terlalu awal bagi makan, usus dia xready lagi...

aku dulu xde beza sangat kut berpuasa sambil bf..cuma xleh skip sahur..masa sahur aku wajin amik kurma

Byzura Mj (By) said...

PUAN SUE: effect eah sue? nak try la.

Byzura Mj (By) said...

mrs.spicy: tapi Faris macam nak makan ... ada baca dkt dr hazalina tu.. kateria Faris dah ade. tp tulahkan. Takut gak kalau start awal.


ooo baiklah. lepas ni leh makan kurma banyak2 hehehe