Thursday, July 12, 2012

Milk booster.

Dah jadi mak-mak ni perlulah cerita pasal anak, milk, makanan dia....progress dia. Biasalah kata pun kehidupankan? My blog bukan fokus apa-apa, just nak cerita pasal kehidupan sehari-harian..kenangan semua tu. I like! Nanti dah tua, baca ni mesti tersenyumsampai nampak gigi rongak sorang-sorang.


3 bulan 2 minggu, Faris masih lagi menetek...dalam bahasa inggeris direct breastfeeding.. tak campur lagi susu formula.Alhamdulillah. Nak cerita pasal breastfeeding ni bukan lah pakar tapi just from my exprience je. Yerp, bukan senang nak breastfeeding.. kadang merundum kadang banyaaaaaak! Bila banyak semangatlah. Bila sikit, ha jadi takut tatau tak? Takut stok habis. Huhuhuhu.


Sekarang 4 kali perah dapat dalam 5 botol = 25 oz. Kalau tak standard 20.5 oz.Syukur. Sekarang ni memang bertambah setiap kali perah (dah macam lembu plak hahaha).Seminggu sekali aku buat long pumping. Sambil-sambil layan jem...aku buat. Ye la dari buang masa duk hangin jem.. baiklah aku pumping.Lantaklah orang nampak gelembung di dada ni, aku fedulik ape. Hehehehe.


Susu ibu memang bagus tak nafikan..Contohnya lah Faris kena gigit nyamuk..kesan gigitan, sekejap je hilang. Lepastu, Faris nak kena sakit mata..aku sapukan dengan air susu, pun OK. Dari lahir memang nampak perubahan. Memang susu ibu terbaik dari ladang!


Eh sebenarnya nak cerita my milk booster. Ye milk booster aku adalah terdiri daripada :


  • Durian 
  • Air barli
  • Air soya panas
  • Lobak putih
  • Susu
  • Maggi :D tak sangka maggi milk booster aku. Hahahaha
Lain lain aku belum try. Sekarang aku nak try longan kering...Dah beli tapi tak sempat nak rebus. 


Korang macam mana?

2 comments:

SuZiE said...

cuba buat bubur kacang+durian.. bole gak as milk booster..air soya, horlicks, oat, daun kucai, sayur sawi, kurma, tppp... yg penting air masak mesti mau cukp at least 3 liter 1 hari.... gud luck!!

Byzura Mj (By) said...

SuZiE: horlicks dah try tp macam tak je...sayur sawi juga.

Kurma oh dah termasuk dalam list. Dan habatussauda. Hehehe


ah ah air masak juga tapi mak aku tak bagi minum banyak..nanti perut buncit hahaha