Wednesday, July 11, 2012

3 months, saya di Sunway Lagoon!

Assalammualaikum semua.



Sabtu lepaskan, mama kita bawa kita pergi Sunway Lagoon. Apa Sunway? Ko ado? Kita ado. hahahaha saje titeww nak gurau . Jangan marah tau. Nanti cepat tua :P


Mama bawa kita sebab kita suka main air. Sebenarnya, hari tu family day mama kita. Kita tumpang sekaki je.Mama kita bawa tok kita, Kakak Nina kita, Abang Sushi kita dengan abah kita. Senorok uolls!



Pagi-pagi, mama kita dah gerak kita...dia suruh kita pakai baju swim. Mama ni sejuk tau!


Ni kita masa mula-mula sampai Sunway. Tak ada orang lagi. Kita sampai awal.hikhikhik. Ha itulah mama kita... gemuk kan dia? Muka bulat pulak tu. Nasib badan mama dah surut sikit. Ya mama sibuk sangat nak kurus. Ok dah tu mama, nak kurus macam mana lagi...nanti abah tak suka...tak suka peluk...errrr.


Tengok muka kita...muka ngantokkan? Ni dengan Abang Shushi kita. Dia tak bagi panggil Abang Uci..dia suruh panggil abang Shushi. Layankan je la.. sebab dia selalu layan kita. Hehehehe.



Kita jalan-jalan dalam Sunway Laggon tu, semua tak buka lagi..Banyak permainanan.Nanti bila kita besar nak pergi lagilah! Nak main semua tu...Lepas jalan cuci mata, mama park kereta kita dekat kolam air kanak-kanak. Kira oklah tu senang kita nak main air. Mama cakap orang ramai sangat...nak nak dekat beach. Aouchh kita tak suka ramai-ramai ni..panas.. demandkan kita? Betul tanya mama kita...nanti kita jerit kalau panas-panas ni, ha masa tu sure Sunway bergegar. Lalalala



Kita tak salin pun baju sebab kita dah pakai dari rumah...So teruslah tok kita bawa kita ke dalam air..


Mula-mula kita nangis sebab sejuk.. Tapi lama-lama kita rasa syok plak.

 Kemam-kemam mulut kita tahan sejuk tau. Hahaha. Padan muka kita.


Lepas tu, kita dah tak heran dengan rasa sejuk tu. Tak caya?

Tengok kita dah happy tau! Gelak-gelak kita dalam air. Abang Sushi kita plak, tinggalkan kita. Ntah mana dia pergi. Meroyan lah tu dalam air. (tangan di dada)




Pastu kita tercari-cari juga mana dia.. rupanya dia kat sini! Sampai hati tinggalkan kita main sorang-sorang. Tak apa, nanti kita besar...kita lak tinggal Abang Sushi. Muahahahaha Ok tak telakar -_-.


Ke mana dia pergi? Kat sini uolss, main telongsorrrrrr.



Tengok tu aksi dia..kemain kan!

Dia lepas gian la tu. Hahaha 




Lepas tu dia pergi kat titewww dia pujuk titewww.


Kita tak layan dia.. kita majok...Huh.Lepas tu, tok kita pun penatlah..duk asyik pegang kita..mama lak duk snap snap gambar. Letih tau ikut kehendak mama. Lepastu, mama ambil kita lak. Dia bawa kita kat tempat lain.

Mama bawa kita dekat tempat ala yang leh naik pelampung pusing pusing tu...Tengok mama kita ada macam gadis remaja tak? Eh eh ni mama kita taip...dia tu perasan skit. hekhekhek


Mama ajar kita berenang pula. Tapi ramai sangat orang, air macam tak jernih.. Mama suruh abah bawa kita ke kolam renang lagi satu. Kita tak tidur uollsss. Kuat tak kita?


Ha ni abah kita...dia suka sakat kita...tengok tu! Kita nak mandi tapi dia tak tenggelamkan kita. Dia sibuk suruh kita ambil gambar. Boring la..astik ambil gambar je.Pastu kita jerit la..




Pastu dia rendamkan kita. Hahahaha tau takut.



Cer tengok gambar bawah ni tak habis-habis abah nak ambil gambar. Layanjela.



Tengah-tengah kita mandi kan kita jumpa uncle K. Alah dia ni kawan mama. Sibuk nak suruh ambil gambar ala-ala macam majalah mangga. Hey apa kelasss kau jah! Mama pun layankan je lah.


Ha ni gambar dia. Ok kita nak hantar ke majalah mangga sekarang. Hahaha


Pastu dia kacau-kacau kita dengan abah kita.


Dia ajar kita tapi kita buat muka tatau.. Hahaha kesian uncle K. Lepas tu dia bosan terus ke geng dia. Buat apa ntah. 



Kita pun main air lagi. Mata kita tak nantok la. Mama duk cakap dah la dah la main air tu. Heyyy tak tahu ke kita tak puas lagi? Hish mama ni.


Tengok ni kita berenang, pandai kan kan kan? Sila cakap pandai..nanti kita tak nak kawan.


Hik letih juga taip dekat blog ni yek? Apa korang pun penat ek nak baca? Padan muka korang. Hahahaha.


Tengah kita berenang, abang Shushi dengan kak Nina datang dekat kita. Tengok tu. Ntah apa meroyan dua orang ni.



Muka kita tengah geram.. bukan meneran ya. Mama kita cakap muka kita macam tokey Humaira tu. Hahaha. Lawak mama ni (tangan di dada lagi)


Lepas tu kita nyamuk uolsss. Kita haus. Kita nak minum...Abah pun bawa kita naik atas.. Mama dan tok mandikan kita...mandikan kita dengan air mineral.Bilas-bilas. Nak pergi toilet, mama cakap ramai. So bantai je la. 



Nak tahu kita buat apa lepas minum susu?



Kita titow...hikhikhik penatlah uols.


Lepas tu mama cerita kat kitakan, dia pergi bersuka ria dengan abah kita. Hammmmboi kemain.


Tengok ni... Gambar berdua + abang Sushi lagi. Tak hengattt.



Ala dia pergi naik pelampung keliling kolam je. Ok la tu, kita tak adalah jeles sangat. Hehehehe.


Tengok abah kita, dah macam orang cacat jumpa air. Hahaha. Lepas je mama kita dengan abah kita puas main air, mama pergi salin baju...abah pergi main gelongsor pulak.


Bagi chance tok kita mandi kolam.


Ni lah tok kita. Muda remaja giteeew. Hihihi puji tok sendiri :P


Kita kan tidur sampai 3 jam. Haaaa puas kita tidur. Mama cakap semua orang tengok kita tidur. Sebab, kita tidur meniarap. Semua orang takut kita lemas. Dah puas tidur, kita ehek ehek nak susu...


Korang sila abaikan atok cina kat belakang tu. Hahaha apalah atok ni. OK sambung cerita, mama kalau kat luar dan siang hari...dia tak bagi kita ngembeng.. dia bagi kita botol. Kalau kita meragam je dia hulur tetek. Ha tau takuttt.. 


Lepas tu semua orang dah puas main air.. kita pergi jalan dekat mini zoo dalam Sunway Lagoon tu.. Tapi kita tak tengok sangat lah haiwan kat dalam tu..mama tak kasi sebab takut ada bakteria. So kita duduk je layan ambil gambar dengan mama.



Dengan mama. Mama oren kita pun oren. Abah? Hitammmmm dia memang hitam. hahahaha


Kalau tak meragam, kita macam ni lah....cenyum cenyum.. tapi kita susah nak cenyum macam mama kita. Mama kita tu muka masam kan? Tapi hati baik....Hahahaha macam kita.



Lepas tok habis tawaf, kita pun nak balik dah...ada party birthday lepas tu.



Last, kita ambil gambar satu keluarga.. tapi kita mengamuk sebab kita lapar. hehehehe


Mama, nanti kita pergi lagi ya!


LOVE Faris Daiyan.


2 comments:

MOMMYLIN said...

best2... teringin nak bawak hafidh pergi sunway gak la... :D

Byzura Mj (By) said...

Allene : hehehe. bagi bb explore. best!