Tuesday, July 3, 2012

Pengalaman menerima kedatangan Tuan Muda Faris V1.2

Sambungan dari SINI dan SINI. (entry ni panjang, aku pun sakit jari jemari nak menaip :P)


Lepas je 3 hari duduk dekat ward bersalin.. Doktor pakar lepaskan aku balik ke rumah.. Tu pun sebab jantung dan pergerakkan baby sangat cantik masa duduk kat ward. Alhamdulillah. Faris sangat kuat tau sayang.. Mama hari-hari cakap, sabar ya Faris.. Nak keluar pun tunggu waktu. Faris kuat.. mama tahu Faris kuat.


Hati ibu mana yang tak sedih... bila didapati air ketuban dah kurang..then takut pergerakan baby terhenti dengan secara tiba-tiba. Lepas tu, doktor sebelum ni ada cakap...apa keadaan Faris kena terima.. kemungkinan akibat dari air ketuban kurang, pertumbuhan baby terbantut.T_______T. Down sangat masa tu.. wak banyak bagi kata semangat.


Lepas je dapat keluar ward, doktor pakar suruh datang seminggu sekali dan kerap buat CTG. 


Balik. Aku try cari kelapa muda.. memang aku minummm je. 1 hari sebiji. Masa checkup dari minggu ke seminggu, air ketuban aku naik. Alhamdulillah tapi Faris still songsang. Taknak langsung pusing. Doktor cakap maybe dia selesa. Tu pasal taknak pusing..


Hinggalah Faris capai 38 weeks dalam perut ni. Mama kagum dengan Faris. Kuat..kuat sangat. Still rasa Faris gerak dengan aktifnya, nak-nak bila pergi ke hospital. Nak jumpa awek kat sana eh?? :P. Bila doktor pakar cakap OK kita dah boleh proceed untuk operation. Tengoklah esok atau lusa.. GLURRRRP! Operation! Just cakap ok doktor, saya pun kesian tengok baby ni.. saya rasa pergerakan dia kat situ je.


Aku tetap redha dan berdoa agar aku dapat jumpa Faris walaupun dalam hati ni penuh dengan debaran.

Gambar kenangan duduk dalam ward. Kesian, malam je tidur dengan kawan-kawan ward. Wak tak boleh masuk T___T sebab duduk kat ward bersalin dulu sebelum ke ward biasa.



Malamnya, aku dah masukkan ke ward biasa.. sementara tunggu nak operation, tanya doktor bila nak buat.. dia cakap maybe Jumaat.. Esok (Khamis) dah penuh. Lega rasa. Memang nak hari Jumaat punn.


Esoknya, ramailah datang menjenguk.. kakak (gemuk dulu) pernah operation.. dia banyak bagi kata semangat. itu ini bla bla bla. Faris? Sangat baik dalam perut ni he he he he.


Jumaat. Tibanya perut aku nak dibelah!

Gambar sebelum masuk bilik bedah. Wak la orang suka bergurau dengan aku. Tak ada langsung riak muka takut dekat muka dia bila tahu aku nak kena bedah.

Ok saya dah malu. Hekhekhekhek

Dah sampai waktu! Pukul 1 aku dah kena ready. Tapi pukul 2 baru masuk bilik bedah.


Aku siap borak-borak dengan nurse masa derang tolak aku.. hehehe derang cakap aku kuat. Yeke? dalam hati I ada taman u. Kalau dilayan boleh cebik cebik nak nanes. Ha ha ha


Wak langsung aku tak nampak dia bimbang sikit pun. Kental betul. So bila aku dimasukkan dalam bilik bedah. Wak dengan mak aku, tunggu kat depan. Derang siap berurut kat mesin you alls. Tabah tul kan? Aku kat dalam berpeluh peluh haha.


Masa pembedahan berlaku, tekanan darah aku turun.. sempat aku cakap.. doktor kenapa saya rasa nak pitam? Hahaha. Rupanya tekanan darah rendah sangat. So diaorang tak proceed untuk bedah lagi... tunggu aku ok baru diaorang proceed balik. Bila dah proceed. kelepuk kelepang keluar lah Faris.. 10 minit je uolls. Cepatkan?


Mama nampak Faris..nampakkkkk! Putih sangat Faris. Doktor lepuk punggung dia.. dia nanes uwwwekk uweeek hehehe. sejuk hati mama tau Faris.


Faris dimasukkan dalam bilik untuk dibersihkan.. aku doktor cuci dan tutup semula perut. Semua aksi semua benda aku tahu sebab aku nampakkk!


Lepas tu, Faris keluar bilik. eh bukan Faris.. nurse la bawa dia. He he he. Nurse bawa jumpa aku.. tanya aku baby girl ke boy.. eleh soalan kacang.. mesti lah boyyyyyyyyyyyyyyyy! Masa tu nurse bagi Faris cium mama tau. Nganga-nganga mulut Faris. Cari tetek la tu. He he he. 


Lepastu Faris di bawa ke ward lain. Mama tak nampak dah Faris. Abah pula jumpa Faris. Abah azankan Faris..


Dah siap semua.. aku pun terus dikeluarkan dari bilik bedah...tiba dengar..yang yang yang...alhamduilillah.. tersengih-sengih wak datang kat aku :D. Oh sayu masa tu.. tapi kaberrrr. hehehe. Wak cakap comel anak kita.. putihhhh je yang.


Oh berbunga gila hati mama masa tu Faris. Tak sabar nak jumpa Faris kat ward!

Selepas kena sembelih ha ha ha ha. Kaki lansung tak boleh gerak kena bius.


Dalam 30 minit juga tunggu Faris datang dekat mama...




tiba-tiba nurse masukkkk bawa Faris.. dan mama pun dapat tengok Faris secara dekat dan terang!!




So inilah...


Buah hati mama, Faris Daiyan Ahmad Nazim. Fresh dari oven. Hehehe



Mama dan abah sayang Faris!

2 comments:

Cik Siti Hajar said...

comelnye baby akk... putih gebu!....

Byzura Mj (By) said...

Cik Siti Hajar: tu masa lahir.. hehehe selalunya baby akan berubah. tunggu dia pandai main kat padang.. sure nampak gigi je. hahaha