Friday, July 20, 2012

Tips taknak bagi anak meragam masa 'bz time'

Eh nak bagi tips plak kan? Ko baru anak sorang By, tak perlulah nak kasi tips. Ha ha ha ha. Saje nak share dengar korang je ni.. macam mana nak train Faris dari start dia 'buat' meragam.


Orang cakap Faris baik, antara baby yang baik. Alhamdulillah. Tapi tipu lah Faris tak meragam.Sekali dia jerit ha bergegar juga otak ni hahahaha.



Faris mula-mula memang ok.. masa ni masa ni


Masa dia baru keluar dari oven dan masih tak pandai 'tolak' bedung.



tak silap lepas je beberapa hari dah pandai menolak bedung.



Tak percaya?



see! Tangan keluar la...kaki keluar la...pastu bahu nak menggeliat sana sini la.


Rindu Faris time ni. Bau baby baby sesangat :D


ha bila time macam ni?



agak menggelegak otak.-__-" hahahahaha! See dah tak bebedung sebab nanes je :(


Faris seorang baby yang akan menangis time pukul 12 tengahari dan nak dekat pukul 12 malam. Tak tahu sebab apa. So apa kitaorang buat? Jumpa ustaz hahaha. Tapi ustaz cakap, tak ada apa-apa...baby lelaki biasalah. Itu katanya. Yang kita mengadap ni agak menguji kesabaran juga. Hehehehehe


So aku dengan mak tukar time dia menangis...Ye la cuba korang bayangkan..time pukul 12 tu kan orang nak memasak la, time budak balik sekolah la...erm..kan susah nak bagi pengasuh nanti. So kitaorang ubah time dia tido..waktu pukul 12 tu kitaorang jadikan time untuk Faris tidur ;).


Nak tahu macam mana cara?


OK.


Aku akan bangunkan Faris pada pukul 7 pagi. Main main main...pukul 8 baru mandi. Lepas tu bagi susu tapi tak bagi dia tidur..main dan main lagi. Dalam pukul 9 pagi baru lah tidur. Faris akan tidur 2-3 jam. Ikut mood. Lepas tu dia menyusu..lepas tu tidur balik. Dapat tangkap tak aku buat cam ne?


Contoh, Faris akan tidur pukul 9 pagi..bangun pukul 11 pagi. Then akan tidur balik sampai pukul 2 petang. Faris akan bangun dan main lepastu. Pukul 3 petang atau 4 petang dia akan tidur balik..see! Tak ganggu waktu bz dah kan?


Malam sama je langkahnya. Alhamdulillah, Faris dah ikut time tu sampai sekarang..



Tapi kan, yang lebih penting...bangunkan anak anda pada pukul 7 pagi dan mandikan sebelum pukul 9 pagi...pada petangnya, mandilah dalam pukul 6 petang. InsyaAllah anak anda lebih segar dan moodnya akan ok.


Selamat mencuba. :)









6 comments:

Allene said...

good idea. nak cuba gak la... :)

CikNaa said...

bby razin bila dah mandi segar je.
selagi tak mandi aduh gelisah dia..

PUAN SUE said...

goood..bagus jugak tu

Byzura Mj (By) said...

Allene : selamat mencuba dear ;)

Byzura Mj (By) said...

CikNaa: melekit kot dia rasa CikNaa.

Byzura Mj (By) said...

PUAN SUE: langkah ni paling mujarab.. now Faris dah displin bab tu.Alhamdulillah :)