Friday, July 20, 2012

Me, Milk, Smurf and Ramadhan.

Esok dah nak puasa. Haish cepat je masa ni berlalu kan? Dah nak habis separuh tahun -_-. Faris pun nak masuk 4 bulan dah. Mesti windu windu dia masa baby dulu ;(.


Puasa.


Sangat mencabar untuk tahun ini. Sebabnya Faris dah ada...lepastu menyusu badan. Kalau pergi kerja kena pam lagi buat stok. Kalau cuti kena berkejaran dengan Faris...kena buat stok juga sebab latihan penyusuan belum habis. Hehehe. Ye kalau kat rumah pun bukan aku kasi direct..malam je. Siang botol. Kena ajar Faris displin sikit bab ni. Kalau tak dia nak ngembeng je. Nak berak pun susah. He he he he.


Dah kena fikir jadual nanti. Eh ko baru fikir By? Hahaha yes baru je nak fikir macam mana nak sahur, nak manage masa memasak untuk berbuka.Erm dah berbicang dengan wak, kalau tak larat aku bungkus je lauk nanti. Tapi, kalau hari-hari asyik beli mahu muntah darah makan makanan beli. Huhuhu.


Lagi puas masak sendiri kan? Rasa pun sempurna.


Lepas tu wak jenis suka makan...maka aku pun seronok untuk memasak..sempat ke idak aku memasak. Haih how la nanti -___-"


Puasa penuh? No no no sebab miss P dah datang menjengah. Sure tinggal pose ni. Puasa tahun lepas pun tak ganti pun lagi :(. Haritu, try puasa...sampai tengahari mata dah kelabu..ketar lutut.Huhuhuhu.


Walau apa pun aku tetap nak cuba untuk berpuasa. Besar ganjarannya kan untuk ibu yang menyusu dan berpuasa? Aku nak kejar ganjaran tu. InsyaAllah.


Semoga Ramadhan ini membawa berkat kepada kita semua dan ibadat kita diterima olehNYA. insyaAllah.


Selamat berpuasa kepada semua umat Islam.


Daripada;


Me and my smurf. Hekhekhekhek

No comments: