Friday, August 3, 2012

Botol susu kesukaan Faris.

Budak Faris ni kan dah banyak peel [perangai] sekarang...Kalau naik kereta nak berdiri tengok jalan.. pastu membebel (ke nyanyi?) sorang-sorang. Kadang-kadang nak gelak tengok aksi dia.


Bab makan, dia belum makan lagi...dah decide minum susu ibu sepenuhnya dulu...nanti 6 bulan Faris makan k...Mama tahu faris kalau tengok makanan, macam nak melahap je. Sabar tau anak.


Ada la bagi Faris jilat-jilat buah lai skit-skit hihihihi. Nakalkan mama kamu? :P


Bab botol pula, dulu since berpantang...aku kasi tommee. Botol dia sebijik macam ni.



Ada dua botol macam ni kat rumah. Memang tak beli banyak..


Dia memang menyusu dengan eloknya. Ada gak aku belikan dia Avent tapi dia tolak. Langsung taknak try....Ok selamat lah di situ, sebab botol avent mahal sikit. Ha ha ha ha ha. Faris ni memang jimat cermat orangnya. Kalau pampers tu dia taknak yang mahal...nak yang sederhana dan selesa. 


Dari dia dalam perut kot macam tu. Kalau checkup kat private, mesti dia tidur...kalau kat gomen dia aktif. Ke kamu ni orang gomen? -__- Eh orang gomen kan selalu jimat cermat :P.


Lepas tu, dia tolak tommee...baru tersedar anak haku dah masuk 3 bulan so kena tukar puting :D. Tak sedar Faris dah 3 bulan. Maka oklah semula dia menyusu. Ehhhhhhhhhhh nak masuk 4 bulan dia buat hal dah....dia kadang-kadang tolak botol tommee tu. Dah sudah....


Cerita kat jiran kakak dia kasi botol mams. Suruh Faris try. Mula-mula dia taknak. Ok redha je lah masa hantar kat pengasuh. Takut juga dia mengamuk.. So standby 2 botol kat Faris satu tommee satu mams...



Balik-balik, pengasuh tu cakap dia menyusu ok je pakai mams! Yeay!!!!!



So semalam aku survey lah dekat web online :D. Kalau dah perempuan, shopping untuk anak pun jadik! Hahahaha.




Nak beli corak ni untuk Faris tapi semalam kat Setia Alam city mall tak ada stok. hukhukhuk. Tetiba nampak botol yang ni......


haku rembat satu, sebab nampak kejantanan skit. Jiran kakak kasi warna purple. Ceh alasan kan! Tak ngaku diri ni memang gila kalau tengok botol susu dan puting :D



Nanti, mama nak beli lagi. Shhhhhhhhhhh jangan bagitahu abah k :p




+ By +


2 comments:

mRs mysarah said...

anak i pown dah reject botol skrg. nak cuba tukar botol jugak lah. botol MAM ni pown mcm ok jugak ;)

Byzura Mj (By) said...

mRs mysarah: so far faris x menolak mam. ok la tu kot. hihihi. banyak minum sebab puting dia lubang besar nak banding dengan tommee