Friday, September 28, 2012

FD's homemade food.

Salam semua.


Kali ini nak cerita pasal homemade food untuk Faris. Sebelum tu cerita sikit pasal Faris. Faris dah start makan 5 bulan lebih. Disebabkan aku pergi Guangzhou haritu...(eh cerita pergi Gaungzhou belum up lagi kan?), aku dah ajar dia makan. Bukan apa, senang aku nak shopping kalau perut Faris ni dah kenyang. Boleh gitew alasan mak? :D


Masih awal? Kenapa tak tunggu 6 bulan? Hurm actually aku ada baca Dr.Halina punya blog. Aku baca tentang kelayakan baby untuk makan. So far Faris dah ada semua kelayakan tu. Bukan aku saja-saja bagi makan ya! Risau juga kan? Kesian kat Faris pun ada. Macam nak makan bebeno.



Tak caya? Cer tengok gambar ni.

Ni baru tangan masuk mulut, belum dia tengok kitaorang makan. Ternganga-nganga macam anak burung.



So first nak ajar Faris makan, aku bagi dia gerber pisang, apple, pear..Air jus pun...Sesi kedua aku bagi biskut beras. Biskut beras paling dia suka. Maybe sebab dia dah tumbuh gigi so boleh la kunyah.



Masuk seminggu makan, aku bagi bubur nasi + sawi + ikan bilis. Haaaaaaaa ini lagi laju. Oh anakkkk ko very kejawaan macam bapak ko -_-".


Lepas tu dia taknak dah gerber gerber tu..Dia dah sedap makan bubur nasi gamaknya. Bila bagi gerber..dia buat muka loya. Tapi, bagus juga...selamat duit mak :B.


So start dia dah suka, mulalah aku rajin (dah) memasak. Aku bekalkan Faris ke rumah pengasuh...siap bagi untuk anak pengasuh tu sekali ha ha ha ha.


So ni one of fav Faris.



Bubur nasi + lobak merah + barkoli + ikan tenggiri.


Rebus, blend dan tapis. Senang je.



Daaa~


+ By +

1 comment:

Andy Dang said...

Wao, this is cool gift for parents. Thanks for sharing.
Btw, if you are looking for more tips about Homemade baby food recipes. Try this FREE android app here https://play.google.com/store/apps/details?id=de.actsmartware.app000006982