Monday, November 19, 2012

Bercuti ke Genting 2 hari 1 malam.

Ni kisah cuti minggu lepas. Syok kan cuti lama? Hari ni nak pergi kerja pun malas-malas. Liat nak bangun hahaha.


Pergi hari Rabu, balik hari Khamis. Dekat je dengan rumah kalau ikut highway LATAR. Memula nak pergi Pangkor tapi asyik la hujan. Kang sampai, tetiba tak boleh ke pulau..sadis je. So setelah berzikir dekat telinga wak...jom la jom la..duduk rumah je.lepas tu duk ulang alik Setia Alam City mall....jom la bawa Faris jalan..jom la jom la..dengan Farisnya uuuu  eeek uuuu  eeek..maka wak pun offer ke Genting. Terus stop zikir aku. Hahahaha.


Just standby je barang memula.. Then wak cakap alang-alang sampai jom la tidur sini. Wahhhh (bunyi macam jakun kan?) ! Musim sejuk + sejuk = tidur sana = = feel like London. He he he he :P


Terima kasih wakk! You jarang buat surprise romantik macam ni.Hehe.


Cari punya cari hotel mana nak tidur..kitaorang decide tidur dekat First World hotel. Harga memang nak bunuh orang time cuti-cuti ni. Rasa nak balik tidur rumah mak tak pun rumah sendiri grrrr! Tapi bukan duit sendiri yang sedekah maka ok-kan lah. Hehehe (sengeh macam nak bagi penampo).


View dari tingkap bilik. Tingkat 14.



Dah sampai boleh pulak tergolek atas katil semua sebab sejuk. Best.Tapi sekali lagi si bini berzikir di tepi telinga...jom la turun jom la turun..nak main indoor tak? Kalau nak turun sekarang...bla bla bla...hahaha korang boleh bayangkan macam mana aku berzikir? 



Di lobi. Amik gambar dulu sepam dua. 2 orang anak buah tu ikut ke mana jua ku berada. 



Gambar seromantik yang mungkin -__-. (wak cover perut lain kali ok?)


Beli tiket indoor.



Tengok map nak main apa. Sedikit je mainan. Huhuhu.


Jalan-jalan borak dengan hantu.


 Nasib ada yang nak melayan muka mangkuk ni bergambar. Hahaha. Mangkuk sangat aku sekarang. Muka bagaikan mangkuk yang penuh dengan nasi T_________T.



Bawa Faris naik kuda. Suka sangat dia. Nasib tak nangis. Gud boy.


Tunggu anak-anak main.


Naik kapal float. Tak nangis! Ok lepas ni mama try bawa Faris tengok wayang ok!


Bersama anak buah yang tetiba datang ke Genting sebab wak ada hal dengan abang (pasal kereta baru lettew) Eh perasan tak mak budak antara anak buah tu? Perasan tak? Tak? Pannnng! Hahahaha



Bila malam menjelma, sejuk sakan. marilah ke bilik untuk bergolek. Budak Faris ni suka gila...Haihlah ikut siapa suka jalan ni nak? :D



Esoknya kita try outdoor yang penuh dengan umat!



Beli keledek untuk Faris. Dia makan ni je. Mama tak bawa bekalan. Janji kenyang kan kan? Hehehe.



Sementara tunggu derang main-main marilah berjalan-jalan di taman bunga dengan Faris. Romantik kan mama Faris ni? -_-.



Gula kapas kesukaannya.


Bila dah ramai umat dalam tu...kitaorang tak tahan pening kepala...so memasing ajak keluar.


Dah Faris, kita dah pergi Genting. Next kita pergi tempat lain pulak...




cukup cukup sudah...cukup sampai di sini sahaja (pergi Genting)







+By+


4 comments:

Wawa said...

waaaa. lame tak g genting. dulu cinta cintun 2 kali naik genting. ni dah kawen, dah ade anak, tak pernah terfikir nak g sane. mungkin sbb nti ktorang tak boleh nak main apa2 kot. eh tp dah kawen boleh sewa hotel. hehehe. bape sewa???

Byzura Mj (By) said...

Wawa: hahaha kan? peek time 250 huhuhu. nasib semalam je.

Mazmikh said...

Comel anak buah By... :)

Mazmikh said...

Comel anak buah By... :)