Monday, December 10, 2012

Cekodok Lepuk Durian.

Ha sekarang musim durian kan? Durian dari Pahang. Tempat-tempat lain ada juga ke? Aku adalah peminat tegar durian. Hehehe. Tapi kalau nak makan yang fresh tu kena kontrol dah sekarang sebab Faris menyusu...huhu.. Nanti panas pula anak aku memalam. Satu hal aku kena berjaga malam.


Disebabkan penggemar durian maka semua benda pun try nak letak durian Hihihi. Pernah try cekodok lepuk durian? Rasanya belah timur memang femes resipi ni. 



Bila ntah rasa teringin sangat nak makan. Buka peti, jerit sorang-sorang sebab ternampak lepuk durian! Wah! Syurgaaaa. Boleh buat minum petang :D.


Lepuk durian setelah dipotong dadu. Lepuk ni senang je buat dia. Ambil isi durian, korang kacau dalam kuali dengan api pelahan. Dah pekat korang angkat. Bila dah sejuk letak dalam peti. Makan sejuk sejuk begitu juga adalah syurgaaaaa!



Sediakan tepung gandum. Letak secubit garam dan air masak. Kacau sampai sebati.



Dah sebati bolehlah letak lepuk di dalam tepung tersebut. Ini adalah edisi malas..letak je semua. Muahahaha. Tak kose nak masukkan lepuk satu satu.



Dah siap begini lah rupanya. Sedap di makan dengan teh o panas. Lepuk durian di tengah akan cair di dalam mulut! Nyumsss!




Keadaan Faris sebelum dan selesai masak. Hati mak senang  nak....Jadi budak baik selamanya ya! Hihihi.




+ By +

5 comments:

oshinz said...

wahaha.. macam sedap je ni. terliur..

Byzura Mj (By) said...

oshinz : sedap di mulut saya. try la ;)

Asrol Mania said...

mak aku biasa guna kuih bakul yg x abes, dia goreng camni.. sedap seh...

Byzura Mj (By) said...

Asrol Mania: ye ke? nak try jugalah!

Haslah ali said...

Dah try...mmg best....tima kasih

My sweetie pie

Lilypie Angel and Memorial tickers