Thursday, January 3, 2013

9 months Faris.

Alhamdulillah Faris kini sudah masuk di awal minggu 9 bulan. Mama sentiasa berdoa untuk Faris. Faris 8-9 bulan memang selalu sangat sakit. Haritu masuk ward disebabkan kahak ganggu penafasan. Dan beberapa minggu lepas, anak mama masuk ward lagi sebab demam virus.



Mama tak kisah pun kalau waktu kerja atau tidur mama terganggu. Semuanya demi Faris. Walaupun orang cakap, nilai pahala untuk menjaga seorang anak adalah sangat banyak.. tapi mama taknak hitung itu semua.. Mama nak Faris membesar dengan sihat.


Mama tahu kadang kala mama mengeluh. Tapi bukan keluhan penat...mama buntu.. buntu tak tahu nak buat apa bila Faris tak sihat. Bila Faris menangis melalak.


Tiap kali tengok Faris tak sihat, tiap kali tu la mama menangis. Setiap kali Faris tidur..mama mesti monitor setiap pergerakan dan penafasan Faris  T____________T.


Kenapa mama macam tu? Mama pun tak tahu... Jawapan paling tepat adalah mama nak Faris sihat dan mama dapat membesarkan Faris.



Faris sekarang dah pandai meniti-niti. Alhamdulillah. Maybe tak sihat nak membesarkot kan?


Gigi pun dah 7 batang. Banyakkkk. Sampaikan ada yang suruh mama check kat doktor umur Faris sebenar..takut tersalah kira masa mama mengandungkan Faris :D. Macam macam kan?



Jadi ibu macam nilah. Kena hadapi setiap apa orang kata. Itu belum Faris besar, sekolah, kerja dan kahwin. Eh..kesitu pulak :P.



Ini ada gambar Faris duk meniti..Hailah berpeluh mama duduk belakang Faris monitor tau. Tapi ketahuilah anak...gelagat tu buat mama hilang stress! ;)



Faris taksub dengan suratkhabar lama...paper lama :D

Sesekali berpusing...buat mama cuak! Takut awak jatuh la.


Semakin mengganas :D

Mama kena perhati kan awak selalu takut awak makan paper lama, kasut la, pen la -___-"




Bila besar, Faris baca ni..mesti Faris rasa nak peluk mama ;). How sweet my mama. Hakhakhakhak.


+ By +

2 comments:

Allene said...

debab lagi dia wlaupun baru baik...

Byzura Mj (By) said...

Allene: alhamdulillah. dia demam ni tak turun berat badan dia...makin naik :D. suka!