Thursday, December 27, 2012

Himalaya again and again.

Bukan senang nak cari produk yang ngam dengan kita kan? Macam aku memang susah sangat-sangat. Muka sensitip tahap apa ntah. Huhuhu. 


Masa bersalinkan Faris..muka aku kan teruk..teruk sangat. Sampaikan pening nak cari produk apa.Dulu masa bujang sampai kahwin pakai Himalaya. Bila mengandung, hormon bertukar taknak langsung cuci muka. Tak hape hape rasa. Tapi nak buat acaner kan? Dah pembawakan :P



So lepas je pantang haritu, terus pakai balik masker Neem dari Himalaya. So sekarang pun continue je la pakai. Kadang-kadang ada lah jerawat tumbul seketul dua. Biasalah darah kotor perempuan mana nak lari ye dak? Kalau mereka-mereka tak tumbuh jerawat tu sangat lah bertuah. I jeles you!


Haku pakai balik produk Himalaya. Di sebabkan ramai yang tegur kulit muka semakin ok. Maka kita tetapkan produk ini! Hahaha. Jangan racun aku dah ok! Muahahaha.


Haritu pergi kedai Himalaya. Ada promotion. Wahhh lagi lah suka! Beli 3 bekas kecil, boleh campur-camput RM 35 gitewww. Wah murah kan? So rembat lah!

Beli ni satu untuk Nina. Suggest dia pakai Neem ni! Aku memang suka neem ni..sedap! Eh pencuci pun leh sedap ke? Hahaha belasah je la.



Pastu aku beli Neem scrub dengan Walnut scrub. Walnut tu share dengan wak sebab dia banyak sangat black head potong stim bila cium hahaha

Pastu aku dengan suka hati nak try ni. Neem kapsul untuk skin care. Makan ni memang kerap kencing sebab nak buang toksid dalam badan. Wah ternyata betul! Sebab aku asyik lah nak kencing. Huhuhu. Malam-malam pun bangun nak shishi.



OK. Aku beli Himalaya kali ini dengan niat, SAHAJA AKU PAKAI PRODUK KO AGAR AKU KELIHATAN CANTIK DAN BERSERI. AMIN.


:D


+ By +

1 comment:

mizzura said...

sy kalo belum makan pun rajin terkucil...kalo makan neem ni..agaknye...lencun spentot..kiki..joking..